Wednesday, October 17, 2012

Aneh Tapi Benar! PAS Baiki Rumah Jin Di Kedah.



Pelik?

Jangan lah rasa pelik atau aneh. Ini memang benar-benar berlaku nun di negeri jelapang padi.

Rumah yang tidak wujud pada pandangan mata kasar pun PAS baiki.

Terbukti 'Negara Berkebajikan' yang dicanang PAS selama ni bukan sekadar dimulut. Bukan juga hanya retorik.

PAS kotakan apa yang mereka cakap.

Bukan hanya manusia biasa saja yang PAS bantu dalam agenda 'Negara Berkebajikan' mereka.
Jin pun turut merasa nikmatnya.

Maka benarlah slogan PAS FOR ALL....




Monday, October 15, 2012

Video: Lelaki Kebal Di Indonesia.

Ni baru betul-betul kebal.

Dah seratus das lebih pak polisi lepaskan tembakan....tapi tak ada kesan apa-apa. Dia masih tetap berdiri ditempatnya. Lelaki dalam video ni siap cabar suruh ditembak lagi sambil menepuk-nepuk dadanya.

Cincin yang dipakainya menjadikan tubuh badannya kalis peluru.

Tapi tumbang jugak akhirnya bila polis dapat menembak cincin yang dipakainya.....

DAP Ludah Muka PAS Kedah Untuk Kesekian Kalinya....



Dulu kecoh pasal pusat penyembelihan babi yang mahu dibuka puak-puak DAP di Kampung Tok Pawang, Kuala Muda yang majoriti penduduknya Melayu.

Mula-mula PAS nampak garang menolak kehendak DAP itu...tapi akhirnya terpaksa akur bila Lim Kit Siang buat-buat batuk bagi signal agar PAS jangan pandai-pandai nak bantah.

Maka samada suka atau tidak...terpaksalah penduduk Kampung Tok Mawang menerima kehadiran pusat menyembelih babi berskala besar dikawasan kediaman mereka.

Inilah akibatnya bila pemimpin-pemimpin PAS melampau-lampau sangat menunjukkan tahap keakuran mereka kepada DAP. Kononnya atas nama Tahaluf Siyasi.

Hari ini, berkat Tahaluf Siyasi PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat...Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik secara rasminya menolak serta tidak akan menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan yang menetapkan model berpakaian sopan atau bertudung, seperti yang dilaksanakan di Kelantan. 

Kata Lee, undang-undang berunsur Islam itu perlu ditentang sekiranya mahu dilaksanakan oleh PAS di Kedah.

Mungkin inilah yang dikatakan pemimpin-pemimpin PAS bahawa DAP amat faham dan semakin menerima Islam agaknya.

Kasihan PAS...





Tuesday, October 9, 2012

PANAS! Ustaz Nasha Dakwa Ada Pihak Anjur Doa Malaysia Jadi Negara Kristian.


Berita penuhnya.....
Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa hari ini mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian". 
Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.
"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran. 
"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya. 
Nasharuddin juga berkata, beliau menimbulkan "isu semasa yang dihadapi ummah" itu dalam konteks dakwah dan realiti politik waktu ini. 
Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Nasharuddin turut menyelar pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan prosiding saman ke atasnya. 
"Saya nak kata yang (Karpal) anti-Islam dan bukan anti-hudud," katanya yang menambah, Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.
Mungkinkah ini ada kena mengena dengan apa yang dilakukan DAP di Pulau Pinang?


Jangan kita lupa dulu MP DAP Jelutong Jeff Ooi telah bersumpah dan berikrar untuk mengangkat Kristian sebagai agama rasmi Negara dan mengangkat Perdana Menteri dikalangan Penganut Agama Kristian.




Monday, October 8, 2012

Ini Bukan Di Timur Baitulmaqdis...Tapi Di Pulau Pinang.



















Kakak dalam gambar ni menangis bila gerai tempat dia mencari rezeki 
dirobohkan DAP tanpa belas kasihan.


Di Timur Baitulmaqdis, habis Israel roboh dan musnahkan rumah serta segala harta benda penduduk Palestin.

Di Pulau Pinang pun lebih kurang sama. Habis segala gerai dan kedai tempat Melayu mencari rezeki menyara keluarga DAP hancurkan.

DAP mahu Melayu Pulau Pinang jadi papa dan merempat.

Kalau Melayu keluar ramai-ramai dari Pulau Pinang lagi DAP suka.

Ada tak PAS dan PKR tolong? Ada!...tapi setakat tolong tengok je lah.





Sunday, October 7, 2012

Terkini: Mesyuarat Agung Tahunan PKR Hulu Langat Hambar.

Dah 2 tahun berturut-turut Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Hulu Langat tak mendapat sambutan dari ahli PKR sendiri.

Tahun 2011 mesyuarat diadakan di Dewan MPKj Semenyih. Jumlah yang hadir pada masa tu boleh dikira dengan jari.


Ada yang mengatakan punca mesyuarat tahun 2011 itu tak mendapat sambutan kerana diadakan di dewan biasa. Panas dan tak selesa katanya.

Lalu adalah mulut-mulut yang mintak agar mesyurat yang akan datang (tahun 2012) diadakan di hotel.

Permintaan tersebut dipenuhi dan tahun ini mesyuarat Cabang PKR Hulu Langat diadakan di hotel Prescott Metro Inn Kajang. Selesa dan berhawa dingin.

Bagaimana sambutannya?

Maintain hambar dan lebih kurang sama macam tahun lepas.


Walaupun ada sedikit pertambahan bilangan ahli PKR Hulu Langat yang hadir, tapi jumlahnya masih boleh dihitung dengan jari.

Ketidakpuasan hati ahli-ahli akar umbi mungkin menjadi punca mengapa mesyuarat agung Cabang PKR Hulu Langat tak dapat sambutan. Baca disini, disini, disini dan disini.



Info Ahad: Apa Yang Berlaku Pada Jasad Anda Selepas Mati.....?



Sekadar gambar hiasan namun mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak. 

Pemulaan:
Proses ini berlaku pada hari pertama. Sebaik jantung berhenti mengepam darah, darah akan berkumpul dan termendap ke bahagian paling bawah tubuh. Ia dibantu faktor tarikan graviti. 

Anggota badan menjadi merah unggu pada bahagian bawah dan pucat memutih bahagian atasnya.

Kulit dan otot-otot mulai mengendur dan suhu jasad menurun. Proses fisiologi berhenti bekerja. Otot akan mula mengeras didahului otot mata dan diikuti otot-otot yang lain. Mayat menjadi kejang dan keras. 

Dalam masa yang sama struktur membran sel jasad menjadi rosak dan pembebasan enzim penguraian pun bermula. 

Proses 'Pemecahan Sendiri'
Proses ini mula berlaku pada hari pertama hingga hari ketiga. Otot yang keras mulai mengendur. Bakteria Anaerobik yang boleh hidup dalam keadaan tanpa oksigen mula aktif dan membiak dengan banyaknya didalam organ perut. 

Bakteria tersebut akan mengurai segala zat yang ada didalam jasad seperti protein dan karbohidrat. 

Warna kehijauan akan timbul. Aktiviti bakteria inilah yang menyebabkan mengapa perut menjadi bahagian yang paling awal rosak, membusuk dan terurai.

Peringkat 'Pembusukan'.
Proses pembusukan ini berlaku dari hari ketiga hingga hari ketujuh. Warna kehijauan yang muncul semasa proses 'Pemecahan Sendiri' sebelum ini kemudiannya akan merebak ke saluran abdomen, dada, paha dan akhirnya keseluruh jasad. 

Keseluruhan jasad kemudiannya menjadi gelap kehitaman. 

Mata akan tersembul keluar selain perut mengembung dan akhirnya pecah mengeluarkan segala isinya akibat tekanan gas yang terhasil daripada aktiviti bakteria didalam usus kecil.

Proses pereputan ini turut merebak kepada organ-organ dalaman yang lain seperti jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan sebagainya.

Proses 'Pereputan'.
Proses ini mula berlaku pada hari ketujuh dan seterusnya. Pada peringkat ini kulit tubuh akan menjadi kemerahan dan melepuh dan akan tertanggal dengan sendirinya. Kulit ini kemudiannya akan tertanggal dengan mudah. 

Segala cecair yang ada didalam jasad akan mula mengalir keluar.

Bermula dari kepala, daging reput yang ada dijasad akan mula gugur berluruhan sedikit demi sedikit. Kuku dan rambut turut luruh. 

Proses pereputan terus berlaku dimana otot-otot mereput, hancur sedikit demi sedikit dan seterusnya terpisah daripada tulang.

Tisu-tisu lembut dijasad kemudiannya secara perlahan-lahan akan menjadi kecut dan kering.

Cacing dan ulat turut menyumbang dalam proses pereputan ini. Faktor suhu dan jenis kimia tanah juga ada peranannya.

Proses ini akan berlanjutan sehinggalah yang tinggal hanyalah tulang temulang sahaja.

Dah habis ke prosesnya?

Belum lagi.....

Pada peringkat terakhir, bakteria dan mikro organisma lain akan mula mengerumuni tulang-tulang yang tinggal. Tisu-tisu tulang dimakan sampai tiada lagi apa-apa yang tinggal. 

Namun ada pendapat ulamak yang mengatakan masih ada sedikit sisa tulang yang berbaki. Tulang yang sangat kecil itu disebut 'Ajbudz Dzanab'. Dikatakan dari 'Ajbudz Dzanab' inilah manusia akan dibangkitkan semula oleh Allah SWT untuk dihitung segala amal perbuatannya dihari akhirat kelak.

Wallahu'alam.....

Itulah pengakhiran pada jasad yang selama ini kita belai dan kita jaga dengan sebaik mungkin.

Beruntunglah mereka-mereka yang dipilih oleh Allah SWT, yang jasad mereka tidak hancur binasa dan kekal terpelihara sehingga hari dipertemukan semula dengan Penciptanya.

Kredit gambar: pakcikli00



Saturday, October 6, 2012

Setiap Hari PAS Semakin Munafik!...



Soal memakai tudung atau tidak memang isu kegemaran puak PAS.
Kononya PAS sensitif dan amat peka soal aurat perempuan.

Biasanya wanita-wanita yang tak memakai tudung akan mereka cerca cukup-cukup.
Pasti keneraka kata mereka.

Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana Ustazah Arbaiyah menibai dan menghina wanita yang tak bertudung semenjak dia menjadi ahli seumur hidup dan seterusnya menjadi penceramah PAS. 

Bukan sedikit juga isteri-isteri pemimpin parti seteru mereka yang PAS nerakakan kerana tak bertudung.

Walaupun elok akhlak dan mulia peribadi....PAS tak peduli. Kalau tak bertudung PAS akan balun.

Berstatus isteri orang dan berkhalwat dengan lelaki lain dibilik hotel pun PAS boleh cover line kan asalkan siwanita curang itu bertudung.

Begitulah lebih kurang yang Horas! dapat gambarkan tentang peri pentingnya menutup rambut aka bertudung pada PAS.

Tapi tahukah rakan-rakan pembaca sekalian akan hapraknya perangai mereka-mereka yang mengaku lebih Islam berbanding Islam orang lain ini?

Di Kelantan yang sudah puluhan tahun menjadi sarang PAS, soal wanita bertudung atau tidak sebenarnya bukanlah perkara penting pada pemimpin-pemimpin mereka.

PAS memang munafik....


Juga lihat disini...




Thursday, October 4, 2012

Khalifah Kesayangan PAS Yang Celaka!..



Ada sebidang tanah dinegeri yang dikuasai khalifah.
Tanahnya tidaklah sebesar mana, tapi kedudukannya strategik kerana berada ditengah kota.

Asalnya diatas tanah itu mahu dibangunkan dengan rumah-rumah kos rendah bertingkat-tingkat oleh kerajaan yang telah berjaya digulingkan khalifah sebelum itu.

Melihat akan strategiknya lokasi tanah itu, khalifah jadi tamak. Takkan tanah sebegitu berharga mahu didirikan dengan rumah-rumah kos rendah?

Lagi pulak khalifah tahu, yang banyak memerlukan rumah kos rendah ni Melayu...bertambah tak peduli lah khalifah.

'TATAK MANYAK UNTUNG MAA!!'..kata khalifah marah-marah.

Lalu khalifah dan orang-orang kanannya menjual tanah tersebut kepada pemaju yang kaya raya.

Tujuannya agar diatas tanah itu dapat 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta. 

'BALU MANYAK UNTUNG MAA!!!...kata khalifah sambil ketawa.

Tapi ketawa khalifah yang tamak haloba tak lama...........





Gempar! Sudah Ada Petanda PR Bakal Menang Besar PRU13.



Ini bukan main-main....ini serius.

UMNO dan BN perlu berhati-hati..

Malam tadi penyokong-penyokong PR heboh di FB, diblog, ditwitter dan disegala macam medium cyber.

Kata mereka, tanda-tanda PR bakal menang besar dalam PRU13 sudah nampak.

Kata mereka ini bukan tanda sebarang tanda. 
Juga bukan petunjuk sebarang petunjuk.

Ianya petanda yang mengesahkan langkah PR ke Putrajaya takkan dapat ditahan-tahan lagi.
Ianya juga petanda yang perjuangan Anwar Ibrahim bakal sampai kekemuncaknya.....

Petanda ini menyakinkan mereka bahawa Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh.

Ini petandanya.........................


Muahahahahahahhaha...!!!!!!

2000++ dislike video bual bicara DS Najib berkaitan bajet 2013 dikatanya petanda PR bakal rampas Putrajaya.

Bila rata-rata mahasiswa dan mahasiswi balun PR dalam pilihanraya kampus dikatanya pula itu bukan petanda mereka tolak PR.

Apa sangatlah nak dihairankan kalau setakat 2000++ dislike video DS Najib di youtube.

Kalau dicampurkan staf Anwar di Tropicana, staf Lim Guan Eng di Penang, staf Nik Aziz di KB, staf Khalid Brahim di SUK...

campur pulak dengan staf-staf pemimpin PR yang lain....

lepas tu campur lagi dengan cai-cai PR yang ada 4-5 akaun di youtube, memang dekat-dekat 2000++ lah jumlahnya..

Apa nak hairan?






Sampai Bila PAS Mahu Mempermain-Mainkan Hudud Untuk Keuntungan Politik?



Dah berpuluh tahun PAS menggula-gulakan rakyat dengan hudud mereka.

Dah berpuluh tahun juga PAS menggunakan hudud untuk memarakkan kebencian rakyat kepada UMO dan kerajaan.

Acapkali PAS kata UMNO tak mahu hudud.
Acapkali juga PAS kata UMNO tolak hudud.

PAS kata mereka amat mendambakan hudud dilaksanakan di negara ini.

Selalunya dengan nada sedih dan bercampur kecewa...PAS katakan apalah daya mereka mahu melaksanakan hudud kalau UMNO selaku kerajaan menentang dan membantah.

Samada kita sedar atau tidak...itu sebenarnya hanya skrip basi PAS.

PAS sendiri hakikatnya tak minat dan tidak serius walau sedikit pun mahu melaksanakan hudud yang kononnya mereka perjuangkan.

Sebenarnya hudud hanya sekadar digunakan oleh PAS untuk menjadikan rakyat menilai bahawa UMNO tak pentingkan agama. PAS gunakan hudud untuk kepentingan politik jahat mereka.

PAS sanggup mengarahkan ribuan ahlinya berdemo dan mengganas dijalanan dalam bersih 1 hanya kerana mahu kerajaan dan SPR memenuhi kehendak mereka...tapi sekalipun PAS tak pernah berdemo menekan kerajaan agar melaksanakan hudud.

PAS sanggup mengarahkan ribuan ahlinya berdemo dan membuat huru hara dalam bersih 2 hanya kerana mereka bersyak wasangka kerajaan menggunakan SPR untuk menang PRU....tapi sekalipun PAS tak pernah berdemo menekan kerajaan agar melaksanakan hudud.

PAS sanggup mengarahkan ribuan ahlinya mengamuk, membuat kerosakan serta membelasah dan mencederakan sesiapa yang menghalang mereka dalam bersih 3....tapi sekalipun PAS tak pernah berdemo mendesak kerajaan mengkaji dan melaksanakan hudud yang mereka mahukan.

Itulah PAS, mereka sanggup buat apa sahaja hatta sampai melakukan sesuatu yang boleh mengancam nyawa orang lain demi politik. Tapi sekali pun mereka tak pernah bangkit melakukan perkara yang sama demi hudud yang kononnya telah mereka perjuangkan selama puluhan tahun.

Pendek kata, sebutlah demo dan keganasan apa yang perlu dilakukan, PAS akan sentiasa sanggup asalkan ada keuntungan untuk poltik mereka disitu.

Tapi cubalah ajak PAS berdemo mengamuk demi melaksanakan hudud yang mereka sendiri mahu....mampus hidup balik 7 kali pun PAS tak akan minat nak buat.

Masih mahu percaya PAS memang benar-benar serius mahu melaksanakan hudud dinegara ini?

Tepuk dada tanya lah selera.....








Wednesday, October 3, 2012

Wow! Ceramah Pakar Ekonomi PAS Di Semenyih...



Jangan main-main dengan kepakaran Mahfuz dalam bidang ekonomi.

Setakat perancangan belanjawan Perancis yang dipanggil 'Combat Budget'...ada dalam poket Mahfuz.

Mahfuz dah analisis ekonomi Perancis.
Mahfuz dah kaji belanjawan Perancis.
Mahfuz dah teliti bajet Perancis

Mahfuz tau Perancis sekarang tengah beri tumpuan kepada pengurangan hutang negara serta kos pinjaman yang kian meningkat dan pengurangan defisit perbelanjaan awam.

Kalau bajet Perancis Mahfuz boleh ulas dengan hebat...setakat bajet Malaysia apalah sangat.

Celah gigi Mahfuz je tu.

Melopong lah ahlul PAS di Semenyih mendengar gorengan ekonomi Mahfuz nanti

Muahahahahhahhahahahhahahha.....!!!!!

Kalau mahu membaca kupasan hebat Mahfuz tentang bajet 2013 yang dibentangkan DS Najib baru-baru ini....rakan-rakan pembaca sekalian boleh klik disini.
credit foto pada Maklong Aziz




Abu Jahal, Abu Lahab Dan Neraka Jahannam - Dulu Itulah Mainan Mulut Anwar Dan PAS.


Dulu masa Anwar marah pada PAS...Anwar kata PAS lebih jahanam perangainya daripada Abu Lahab dan Abu Jahal.

Anwar ludah muka PAS kaw-kaw.....


PAS ludah Anwar balik dan katakan Anwar adalah ahli neraka. 

Bukan setakat Anwar yang dinerakakan PAS...yang mengundi Anwar pun PAS humbankan sekali kedalam neraka.


Pendek kata dulu PAS dan Anwar Ibrahim saling ludah meludah.

Anwar ludah PAS...PAS akan ludah balik.
PAS ludah Anwar...Anwar akan ludah balik.

Tapi sekarang dah lain..


Yang dituduh lebih jahanam perangainya dari Abu Jahal dan Abu Lahab dah jadi pejuang Islam sejati yang tiada tolok bandingnya dimata Anwar.

Begitu jugak dengan PAS. Kalau dulu Anwar disumpah seranah sebagai ahli neraka....kini PAS akan kata mengundi Anwar di Permatang Pauh ibarat menempah banglo-banglo indah di syurga.

Kini mereka berjilat-jilatan antara satu sama lain. PAS jilat Anwar...Anwar jilat PAS. Kemudian bersama-sama pula mereka menjilat celah kangkang DAP.

Sambil menggendong agenda jahat lagi busuk DAP...mereka bekerjasama dengan erat untuk merosak dan menjahanamkan negara ini walau dengan apa cara sekali pun.

Kalau perlu menabur fitnah...mereka akan lakukan.
Kalau perlu merusuh ditempat-tempat awam...mereka akan lakukan.
Kalau perlu mengamuk dijalanan...mereka akan lakukan.
Malah kalau perlu ambil dana dan tajaan dari yahudi...pun mereka akan lakukan.

Inilah politik kelas sampah dan mangkuk jamban terpakai....

PAS dan PKR.....kedua-duanya perlu dihumbankan kedalam longkang dalam PRU13 nanti......termasuklah DAP.





PAS Dan PKR Dibadutkan Oleh Ahli Sendiri....



Video: Doa Anak-Anak Yatim Dimakbulkan Allah SWT.


Kerajaan PR terpaksa pulangkan tanah yang suatu masa dulu pernah mereka rampas dengan zalim dan tanpa belas kasihan.



Tapi doa lebai-lebai PAS yang mintak macam-macam keburukan diberikan kepada PM, kononnya kerana menganiaya mereka serta Anwar Ibrahim tak pernah makbul walau sekali pun.

Bukan seorang dua lebai-lebai PAS yang berdoa...tapi beribu-ribu orang yang cukup dengan sembahyang hajat dan doa munajatnya.

Sedangkan doa mereka-mereka yang teraniaya amat mustajab dan tiada penghalangnya dengan Allah SWT. 

Contohnya doa 200 orang anak-anak yatim yang bernaung dan menumpang kasih di YBK yang dianiaya oleh kerajaan pakatan Selangor. Mereka tak perlu menunjuk-nunjuk merintih berdoa dan bersolat hajat dipadang-padang seperti yang dilakukan PAS.

Jumlah mereka pun bukan beribu atau berpuluh ribu orang seperti jumlah pengikut PAS...tapi doa mereka dimakbulkan Allah SWT dengan kadar segera.

Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah yang telah memakbulkan doa anak-anak yatim YBK......Allahhuakbar!



Tuesday, October 2, 2012

Mentaliti PAS, Tayar Kereta Pancit Pun Syak Ada Orang Aniaya.


(Zulkefly melihat tayar keretanya ditukar selepas dipancitkan di Masjid Pengerang, semalam)

Kononnya berkias lah tu. Cakap kerja memancitkan tayar kereta dia tu dilakukan oleh 'KUMPULAN' yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit.

Padahal kumpulan yang dia maksudkan tu UMNO lah...siapa lagi?

Tak kan lah 'KUMPULAN' yang dia maksudkan tu angkatan tentera Singapura!

Dia langsung tak syak tayar kereta dia kena paku ke..kena skru ke...Tapi dia syak ada orang aniaya.

Inilah mentaliti haprak PAS. Apa saja kejadian buruk yang menimpa mereka...mereka akan tuduh UMNO lah puncanya.

Mat Sabu ditangkap berkhalwat dengan Normah...UMNO disalahkan...

Kalah di PRK Tenang dikatakan sebab banjir. Dan banjir tu pulak puncanya pasal UMNO buat naya lepaskan air diempangan.

Kambing Jamnapari tak beranak...salah UMNO.

Sejengkal dari opis MB Kelantan ada sarang pelacur....salah UMNO.

Keluarga miskin duduk dalam reban ayam di Kelantan...salah UMNO...

Pendek kata semuanya pasal salah UMNO.

Jangan besok kalau buasir Mat Sabu keluar menjulur (klik disini) pun disalahkan UMNO sudah lah...



Monday, October 1, 2012

3 Fakta Ringkas Yang Menunjukkan PAS Amat Takut Kepada DAP.




Sematkan tiga fakta ringkas ini dikepala anda.

Berdasarkan pengalaman Horas!...tiada pencacai tegar PAS yang mampu menjawab atau mengonar baring bila 3 fakta ringkas ini disemburkan kepada mereka. 

Kebiasaannya mata mereka hanya akan terkebil-kebil macam ayam berak kapur dan kemudiannya terus menukar topik.

FAKTA 1: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKS) keluarkan garis panduan untuk memisahkan tempat duduk lelaki dan perempuan Islam yang belum berkahwin ketika menonton wayang. DAP tidak setuju dan Ronnie Liu kemudiannya menggunakan kuasanya untuk menghalang garis panduan tersebut daripada dilaksanakan. PAS tidak mampu melakukan apa-apa dan terpaksa bersetuju dengan tindakan Ronnie Liu itu.

* Cadangan mengeluarkan garis panduan tersebut datangnya daripada Ahli Majlis MDKS dari parti PAS sendiri.

FAKTA 2: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pernah mengeluarkan arahan melarang umat Islam bekerja dipremis yang menjual dan menyediakan arak. Ronnie Liu dengan kuasa yang ada mengarahkan agar MPSJ menarik balik arahan tersebut. Pemimpin PAS langsung tidak berani membantah melainkan akur dan tunduk dengan kehendak Ronnie Liu. 

FAKTA 3: Selaku Exco Agama Islam Selangor, Dr Hassan Ali pernah bertindak agresif menghalang sekumpulan umat Islam dari dimurtadkan di Selangor. Sikap Dr Hassan Ali itu tidak disenangi oleh DAP. DAP mula menekan PAS agar memecat Dr Hassan Ali. PAS yang akur kepada kehendak DAP akhirnya mengambil keputusan memecat Dr Hassan Ali. Hasilnya, Semenjak Dr Hassan Ali dipecat, sudah ada sekumpulan pendakwah Kristian yang berani menyebarkan ajaran agama mereka disekitar Shah Alam. 

Itu baru berhadapan dengan Ronnie Liu.

Bayangkanlah pula bagaimana tahap ketakutan mereka kalau berhadapan dengan Lim Kit Siang atau Karpal Singh. Silap-silap boleh menggeletar seluruh tubuh badan mereka.

Masih nak harapkan PAS menjaga dan memartabatkan agama Islam dinegara ini? 

Kirim salam lahhhhhh!




Sunday, September 30, 2012

Santai Ahad: Kerana Sayang, Mayat Isteri Dipamerkan Dimeja Tetamu.



Kematian mengejutkan isterinya membuatkan Jeff Green sangat sedih. Lalu untuk mengatasi kesedihannya, 

Kalimat terakhir Lucy ” Kita akan bertemu lagi di Syurga” tidak cukup untuk meyakinkan Jeff untuk bersama isterinya itu lagi.. Dia memutuskan untuk tidak membiarkan Lucy pergi begitu saja…lalu dia meminta izin perintah untuk memperbolehkan dia membawa mayat isterinya ke rumah.

Jeff Green melakukan sesuatu yang sangat luar dari kebiasaan. 

Mayat isterinya yang bernama Lucy yang meninggal akibat penyakit jantung pada usia 29 tahun tidak dikebumikan, sebaliknya Jeff Green menjadikan mayat isterinya sebagai hiasan meja hidangan tetamu.

Dia menempah meja kaca khusus yang boleh menghentikan proses pereputan mayat yang berharga USD$6000.

Cedok dengan sedikit suntingan dari kisahdunia.com



Saturday, September 29, 2012

Aduhai Mahfuz Oiiii...HAHAHAHAHAHAHA!!!!



Setiap kali selesai saja pembentangan bajet...Horas! pasti tertunggu-tunggu ulasan dari Mahfuz.

Horas! amat-amat teruja dan keterujaan Horas! semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bukan tak ada pemimpin PR yang memberi ulasan dan pandangan setiap kali selepas DS Najib membentangkan belanjawan...tapi ulasan dan komen mereka bosan dan sekadar mengulang skrip lama.

Komen Anwar Ibrahim....dialah yang bagusnya.
Komen Azmin Jamban...macam bagus-bagus
Komen Nik Aziz....ke laut.

Komen Hadi Awang?....lagi lah langsung tak ada kelas......

Tapi komen Mahfuz tulus ikhlas. 
Komen Mahfuz sentiasa segar.
Komen Mahfuz ada kelasnya yang tersendiri.
Mahfuz takkan recycle komen-komennya yang dah lepas.

Ni dia antara komen Mahfuz yang Horas! tunggu-tunggu dan dalam masa yang sama....untuk rakan-rakan pembaca sekalian hayati......
"Belanjawan tersebut adalah belanjawan selamat tinggal dari Najib sama ada sebagai Perdana Menteri atau Menteri Kewangan. Sama ada BN kalah atau menang dalam pilihan raya umum akan datang, inilah penggal terakhir bagi Najib dalam kabinet".

"Kalau dengan segala tipu dayanya BN menang sekalipun dalam pilihan raya akan datang, ia dijangka lebih tipis dari kemenangannya pada tahun 2008. Akibatnya, Najib akan dihambat seperti Umno hambat Pak Lah setelah beliau gagal mendapatkan majoriti dua pertiga untuk BN dalam pilihan raya 2008 lalu".
"belanjawan tersebut bagaikan wasiat Najib dalam pembahagian harta. Berbilion-bilion diwasiatkan untuk anak-anak kesayangan atau kroni-kroni Umno yang pakar membodek dan mengampu. Anak-anak yang tak mahu atau tak pandai membodek dan mengampu pula, dapatlah sagu hati RM1,000, RM250, RM200 atau RM7.80" 
Tumpuan belanjawan panik Najib itu adalah untuk menggula-gulakan rakyat supaya memberi peluang kepada Umno BN sekali lagi. Namun begitu masih terdapat unsur ketirisan dan hendak mengkayakan kroni"
"Belanjawan Najib tidak ada daya penarik. Orang Putih kata tak ada 'wow factor. 

Kita baca berita tentang belanjawan Perancis yang dipanggil 'combat budget' dengan memberikan tumpuan kepada pengurangan hutang negara serta kos pinjaman yang kian meningkat dan pengurangan defisit perbelanjaan awam" 
Komen mahfuz benar-benar mengambarkan apa yang ada dalam kepalanya.

Dalam erti kata lain....komen Mahfuz benar-benar menunjukkan betapa sebenarnya otak beliau hanya cerdik sedikit berbanding otak SEMUT dan itulah yang mengujakan Horas!.

Memang berbaloi menunggu komen Mahfuz kerana anda boleh berderai air mata kerana ketawa....kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah!.....



Kalau Tak Bengong Bukan Pemimpin PR Namanya.


Bila cukai tinggi dan kerajaan BN tak mengambil tindakan proaktif untuk menurunkannya...maka berderet-deretlah pemimpin PR mengutuk dan memaki hamun BN. 

Mahfuz yang tak tahu apa-apa pun secara tiba-tiba boleh menjadi pakar ekonomi menghentam kerajaan.

UMNO dan BN zalim kata mereka.
UMNO dan BN perlu dijatuhkan kerana menindas rakyat kata mereka.

Tapi bila kerajaan turunkan cukai, tiba-tiba pulak pemimpin PR tak puas hati.

Contohnya Nurul Izzah.

Nurul Izzah anak perempuan kepada Anwar dikhabarkan amat terkejut dengan kadar pengurangan cukai dalam Bajet 2013 yang dibentangkan oleh DS Najib semalam.

Inilah stail politik haprak Pakatan Rakyat. Apa yang dibuat kerajaan BN tiada yang betul dimata dan dikepala otak mereka.



Tak turunkan cukai...mereka bising.
Dah diturunkan cukai...pun mereka bising.
Kalau dinaikkan cukai....lagilah mereka menggila....

Pembangkang di Malaysia kualitinya berada dibawah paras sifar. 
Kualiti pembangkang di Malaysia boleh diletakkan dalam kelas sampah dan mangkuk jamban terpakai.

Pembangkang di Malaysia hanya tahu membangkang apa sahaja yang dilakukan kerajaan. 

Sedangkan mereka sendiri tidak mampu melakukan satu apa pun untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Yang mereka tahu hanyalah mengadakan ceramah dan memaki hamun seteru politik mereka pagi petang siang dan malam. Mengelentong dan memperbodohkan rakyat dengan angan-angan Mat Jenin mereka.

Bilalah agaknya rakyat boleh dapat barisan pemimpin pembangkang yang berkualiti dan ada standard yang tinggi?

Yang boleh menghasilkan serta melaksanakan idea-idea hebat untuk kebaikan dan kesejateraan rakyat serta memajukan lagi negara.







'Fatwa' Ngeh Dan Cerita Kedai Kopi Cina Di Johor.


Untuk membantu DAP memancing perhatian orang Islam dinegara ini, pemimpin PAS kerap kali memberi gambaran bahawa pemimpin-pemimpin DAP amat hormat kepada Agama Islam.

Bukan setakat itu sahaja...pemimpin PAS tanpa sedikit pun rasa malu dan rasa bersalah turut membari gambaran bahawa DAP lebih mesra dengan agama Islam kalau mahu dibadingkan dengan UMNO.

Lebai-lebai PAS yang kebanyakannya memang kita sedia maklum malas berfikir dan sentiasa taksub melulu kepada pemimpin mereka boleh lah dikelentong, tapi umat Islam yang mahu berfikir tidak semudah itu untuk diperbodohkan oleh pemimpin PAS.

Bukan sedikit kenyataan dan perilaku yang ditunjukkan oleh DAP yang boleh kita jadikan bukti bahawa parti tersebut bukan sahaja tidak menghormati Islam...malah turut memandang rendah pada agama yang dijadikan agama rasmi negara ini.

Jangan lupa..Teresa Kok dengan sombong dan kurang ajar tidak mahu membuka kasutnya ketika memasuki Masjid Negara semasa demo bersih dulu. Dan ketika itu azan sedang dilaungkan.

Juga jangan lupa...bagaimana Manoharan Malayalam dengan biadabnya pernah menjadikan doa yang diamalkan oleh umat Islam ketika memasuki tandas sebagai bahan lawak. Manoharan cuba menggambarkan betapa bodohnya umat Islam kerana ketika mahu membuang air pun mereka perlu berdoa.

Seperti biasa, PAS sedikit pun tak pernah berbunyi dengan penghinaan keatas Islam yang dilakukan oleh pemimpin DAP itu.

Begitu juga halnya bila Ngeh Koo Ham baru-baru ini menyambung kurang ajar Teresa Kok dan Manoharan dengan mengatakan tindakan umat Islam yang melakukan protes besar-besaran keatas penghinaan yang dilakukan keatas Rasululah SAW sebagai membuang masa dan tenaga semata.

Ketika rata-rata umat Islam dinegara ini marah dengan kenyataan kurang ajar yang dibuat Ngeh itu...tiba-tiba tampil beberapa orang pemimpin PAS bangkit membela dan  mempertahankan Ngeh dengan membuat kenyataan bahawa apa yang dikatakan Ngeh itu hanya pandangan peribadi dan juga ada kewajarannya.

Bukankah pembelaan itu bakal menjadikan pemimpin DAP semakin besar kepala dan merasakan apa sahaja yang mereka perkatakan tentang Islam itu benar dan wajar?

Kerana mendapat pembelaan dari PAS itulah Ngeh kini semakin biadab dan cuba menunjukkan dia lebih faham tentang Islam berbanding orang Islam sendiri.

Pada Ngeh umat Islam dinegara keliru tentang apa yang halal dan haram dan mereka perlu diajar tentangnya.
Pada Ngeh umat Islam dinegara ini suka menokok tambah apa yang telah ditetapkan sedangkan Allah SWT sudah beri kebebasan untuk mereka minum apa sahaja kecuali arak.

Kerana merasakan dirinya lebih faham tentang Islam berbanding umat Islam sendiri....maka ber'FATWA'lah Ngeh.



Pada Ngeh, asalkan namanya kopi..maka ianya halal untuk dinikmati oleh umat Islam.

Tapi Ngeh tidak tahu bahan apa yang terkandung ketika proses membuat serbuk kopi juga diambil kira oleh Islam. Islam tak mengajar asalkan namanya kopi dan warnanya hitam sahaja boleh disebat.

Tidak tahukah Ngeh ada kilang milik kaum yang sebangsa dengannya yang mencampurkan gelatin babi didalam serbuk kopi yang mereka keluarkan?

Kalau Ngeh tak tahu...maka apa yang berlaku di Johor ini mungkin boleh dijadikan contoh.

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.
Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.
Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.
“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.
Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.
Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.
“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.
Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.
“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.
“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.
“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya - Metro
Pada Ngeh, berhentilah untuk sibuk masuk campur dalam urusan umat Islam. 

Dan pada PAS...tolonglah nasihatkan pemimpin DAP yang kini menjadi teman sejati anda agar lebih hormat dengan Islam dan hukum hakam yang termaktub didalamnya....




Nik Aziz Lelong Tongkat Buruk Untuk Bajet PRU.




Terharu benar puak PAS bila Nik Aziz mengambil keputusan untuk melelong tongkat yang sudah sekian lama beliau gunakan.

Bagi mereka...pengorbanan Nik Aziz yang sanggup melelong tongkatnya bagi membantu mencari dana Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) itu sungguh suci murni dan tiada tolok bandingnya.

Bagi mereka peristiwa Nik Aziz melelong tongkat itu amat bersejarah.

Tapi puak PAS tak tahu yang Nik Aziz sebenarnya memang suka bab-bab melelong. Nik Aziz takkan berfikir dua kali untuk melelong apa sahaja asalkan ada sedikit keuntungan politik yang bakal beliau perolehi.

Lupakah puak PAS yang Nik Aziz dengan selamba dan tanpa rasa bersalah pernah MELELONG kalimah ALLAH untuk digunakan oleh kafir terutamanya DAP?

Kalau kalimah ALLAH yang tiada galang gantinya Nik Aziz sanggup lelong...jadi apa sangatlah setakat nak lelong sebatang tongkat yang bila-bila masa boleh diganti dengan yang baru?








Friday, September 28, 2012

Video: Mengapa PAS Lebih Sanggup Menjilat Syiah Daripada Bekerjasama Dengan UMNO?

Syiah dan PAS memang tidak dapat dipisahkan. 

Ada yang mengatakan Syiah semakin membiak didalam PAS selepas Mat Sabu dilantik sebagai Timbalan Presiden.




Thursday, September 27, 2012

Wednesday, September 26, 2012

Rakaman Audio Mansor Othman Kutuk Lim Guan Eng.



Tapi memang dah fitrah pemimpin PR agaknya..yang terang-terang keluar dari mulut sendiri pun mampus hidup balik pun diaorang takkan mengaku.

Bab konar baring bila menjawab soalan wartawan, tambah-tambah bila dah kantoi dengan isu panas....pemimpin PR memang nombor wahid.

Baik pemimpin PKR, DAP atau PAS...sama saja semuanya. 2x5.

Tengoklah Mansor Othman bila ditanya wartawan betul ke suara dia yang mengutuk Lim Guan Eng dalam rakaman audio yang tersebar tu. Dia jawab 'PRU dah nak dekat'...bengogggg!

GRO Berbikini Di Hulu Langat, Tahniah PR!


KAJANG: Hanya berbikini. Itulah taktik terbaru bagi menarik pelanggan ke sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Batu 9, Cheras dan pernah dua kali diserbu pihak berkuasa sebelum ini.
Difahamkan, pusat hiburan berkenaan hanya menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam berikutan mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan. GRO itu pula akan berbikini ketika menemani pelanggan di 15 bilik khas yang disediakan.

Namun, kegiatan tidak bermoral yang beroperasi di premis dua tingkat itu diserbu lagi Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas melakukan intipan.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, Ops Noda yang dijalankan kira-kira jam 12 tengah malam itu berjaya menahan 53 wanita warga Vietnam berusia antara 18 hingga 35 tahun yang dipercayai pelayan pelanggan pusat hiburan itu.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai penjaga premis berkenaan manakala 15 pelanggan yang berada dalam pusat itu diperiksa sebelum dibebaskan.

“Hasil pemeriksaan atas semua GRO terbabit mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial. Berikutan itu, semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, pusat hiburan dua tingkat yang mempunyai 15 bilik hiburan itu sudah dua kali diserbu sepanjang tahun ini dan dikesan menggunakan lesen pusat latihan nyanyian.

Malah, pemilik premis itu turut meletakkan kadar harga sehingga RM500 bergantung kepada kecantikan GRO terbabit selain tips antara RM50 hingga RM60 untuk 20 minit khidmat ‘Butterfly’ iaitu menemani pelanggan berhibur.

Rohan berkata, premis itu turut dikesan menjalankan aktiviti melebihi masa hingga jam 12 tengah hari keesokannya.

Dalam operasi berasingan yang dijalankan D7 IPD Serdang di sebuah pusat karaoke di Putra Walk, Pinggiran Putra, di sini, lima GRO warga Vietnam berusia antara 19 hingga 25 tahun turut ditahan.

Operasi yang diketuai Pegawai Risikan Operasi D7, Inspektor Roslin Mohd Isa turut menahan seorang penjaga premis berusia 27 tahun - Metro

Puluhan tahun UMNO/BN mentadbir Selangor, tak pernah sekalipun tempak-tempat maksiat yang menghidangkan hiburan melampau sebegini wujud di Hulu Langat (Batu 9 terletak didalam DUN Dusun Tua).

Tapi baru empat tahun lebih PR mentadbir, DUN Dusun Tua yang majoriti penduduknya orang Melayu sudah tercemar dan terdedah dengan pusat maksiat ala-ala di Thailand.

Penyelaras DUN Dusun Tua, Mohamad Jan Sulong dari PAS harus bertanggungjawab dengan perkara ini.

 

Jangan setakat pandai bercakap mengutuk UMNO itu ini...begitu begini. Tapi tiba-tiba buat-buat buta tuli bila pusat maksiat tumbuh subur didepan mata sendiri.




Tuesday, September 25, 2012

Siapa Kenal Panana Ni?



Kurang ajar tak agak-agak.
Lepas sekor...sekor lagi kafir harbi menghina Islam dinegara ni.

Ni lah hasilnya bila PAS dan PKR kuat sangat back up kafir harbi.

Benda-benda macam ni paling kuat pun PAS cakap... 'Tak apalah....dia tak paham Islam'....

Apa pun...kalau ada yang kenal dengan pananarama sekor ni, tolonglah buat apa yang patut.....





Monday, September 24, 2012

Penambahbaikan Soalan Kubur Oleh Arbaiyah.


Sebagai seorang Islam, wajib kita beriman pada perkara-perkara yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Antaranya ialah azab kubur dan juga soalan dari dua malaikat Allah (Munkar dan Nakir).

Berkaitan soalan Munkar dan Nakir, selepas dicabut nyawa anak Adam dan selepas jasadnya dikuburkan, Munkar dan Nankir akan mengangkat mayat itu dari perbaringan dan meletakkannya dalam keadaan duduk. Malaikat Munkar dan Nankir dengan suara bagaikan halilintar memulakan soalan terhadap ahli kubur. 

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?

Yang ditanya oleh kedua-dua malaikat itulah yang selama ini kita selaku seorang Islam fahami sebagai soalan kubur.

Amalan soleh ketika didunialah yang akan menentukan samada kita mampu atau tidak mampu menjawab soalan kedua-dua malaikat itu.

Tapi rupanya soalan-soalan kubur yang sedia ada itu tidak memadai buat seorang hamba Allah bernama Arbaiyah Abd Manan.

Selepas menyertai PAS dan merasakan dirinya lebih beriman, lebih bertakwa dan lebih beramal soleh berbanding orang lain, Arbaiyah merasakan ada sesuatu yang kurang serta tidak kena tentang soalan kubur.

Pada Arbaiyah...soalan yang sedia ada itu tidak memadai.
Pada Arbaiyah...soalan yang sedia ada itu perlu kajian semula.
Pada Arbaiyah...soalan yang sedia ada itu perlu penambahbaikan.

Dan yang paling penting pada Arbaiyah...satu lagi soalan perlu ditambah oleh Munkar dan Nakir...... 

Setelah berfikir dengan semasak-masaknya, akhirnya Arbaiyah mengambil keputusan untuk menambah satu lagi soalan pada soalan kubur yang telah sedia ada itu.

Maka kata Arbaiyah......




Maka menangis bercucuran air mata lah umat Islam dinegara-negara lain apabila mendapat tahu tentang 'fatwa' Arbaiyah.

Mereka tidak dapat menjadi ahli atau menyokong PAS kerana parti PAS tiada dinegara mereka...

Jadi bagaimana mereka akan mampu untuk menjawab soalan kubur yang secara rasmi telah ditambah oleh Arbaiyah???




Thursday, September 20, 2012

Tahaluf Siyasi Ke Bahalul Sejati?



Dalam arena politik negara ini, istilah Tahaluf Siyasi diguna pakai oleh PAS untuk bekerjasama dan bersekongkol dengan DAP bagi menumbang dan memusnahkan UMNO yang mereka jadikan musuh politik.

Tapi pada Horas! kerjasama PAS dan DAP bukanlah boleh dikatakan sebagai berTahaluf Siyasi sebaliknya kerana PAS itu Bahalul Sejati.

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, secara ringkas Tahaluf Siyasi boleh diterjemahkan dengan maksud kerjasama politik antara Islam dan bukan Islam.

Ada dua pendapat serta pandangan para ulamak berkaitan Tahaluf Siyasi. Pertama, kebanyakan ulamak mengharamkan tahaluf secara mutlak.

Manakala yang kedua, sebahagian lagi ulamak mengatakan Tahaluf Siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan dan termasuk dalam urusan pemerintah dengan syarat yang paling utama, pihak Islam hendaklah dominan dalam Tahaluf Siyasi itu.

Pandangan dan pendapat yang kedua itulah yang diguna pakai PAS dalam menghalalkan hubungan kerjasama mereka dengan DAP.

Tapi persolannya, dominan dan berkuasakah PAS keatas DAP? 

Bolehkah PAS dianggap berTahaluf Siyasi dengan DAP jika perkara paling utama dalam pandangan kedua yang mensyaratkan pihak Islam perlu menjadi dominan tidak mampu dilaksana dan dipenuhi oleh PAS?.

Bukan sekali dua PAS menggigilt ketakutan apabila disergah DAP...tapi berkali-kali.

Bukan sekali dua juga PAS senyap menikus bila ada kalangan pemimpin DAP yang melakukan perbuatan dan membuat kenyataan yang terang-terang mengguris perasaan umat Islam.

Bahkan hingga sampai kesatu tahap PAS sanggup menghumbankan perjuangan puluhan tahun mereka yang mahu mewujudkan negara Islam kedalam lubang jamban semata-mata kerana mahu menjaga hati DAP yang amat sensitif dengan apa-apa perkara yang berkaitan Islam.

Begitu juga dengan nasib hukum hudud.  Hudud yang telah sekian lama diperjuangkan oleh PAS dan sering pula dijadikan senjata untuk menghentam UMNO kini hanya menunggu masa untuk turut sama dihumban kedalam lubang jamban kerana DAP dari dulu hingga kini tetap konsisten menolaknya dengan keras.

Tanda-tandanya sudah pun boleh kita lihat apabila Setiausaha Agung PAS pernah mengatakan walaupun PAS mendapat suara mutlak untuk memerintah negara, undang-undang hudud bukan agenda utama yang akan dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat.

Adakah membuang perjuangan untuk mewujudkan negara Islamn bukan satu kerugian pada PAS?

Banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan PAS amat takut kepada DAP...tapi dengan muka tak tahu malu, pemimpin-pemimpin PAS masih tetap mengatakan mereka berTahaluf Siyasi dengan DAP dan DAP juga kononnya tunduk patuh kepada mereka.

Pencacai tegar mereka boleh lah pemimpin PAS kelentong dan bodoh-bodohkan kerana kita tahu tahap pandir pencacai tegar PAS bukan calang-calang. Mereka akan mengiyakan sahaja semua kata-kata pemimpin mereka hinggakan kalau Nik Aziz mengatakan butir-butir tahi kambing yang bewarna hitam itu elok dimakan untuk membersih hati nescaya tahi kambing amat sukar untuk ditemui dinegara kita kerana habis kesemuanya ditelan pandir-pandir didalam PAS.

Tapi umat Islam lain yang yang celik akal dan tahu menilai mana yang salah dan mana yang benar takkan boleh mereka bodoh-bodohkan.

Sekilas pandang mereka sudah tahu bahawa selama ini PAS bukan berTahaluf Siayasi dengan DAP...tapi kerjasama itu terjalin semata-mata kerana PAS sebenarnya Bahalul Sejati.

Dan hanya Bahalul Sejati sahaja lah yang tergamak untuk melelong agamanya demi sedikit keuntungan politik didunia.

Apa pun...itulah Tahaluf Siyasi gaya alagaPAS.....