Dah 2 tahun berturut-turut Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Hulu Langat tak mendapat sambutan dari ahli PKR sendiri.
Tahun 2011 mesyuarat diadakan di Dewan MPKj Semenyih. Jumlah yang hadir pada masa tu boleh dikira dengan jari.
Ada yang mengatakan punca mesyuarat tahun 2011 itu tak mendapat sambutan kerana diadakan di dewan biasa. Panas dan tak selesa katanya.
Lalu adalah mulut-mulut yang mintak agar mesyurat yang akan datang (tahun 2012) diadakan di hotel.
Permintaan tersebut dipenuhi dan tahun ini mesyuarat Cabang PKR Hulu Langat diadakan di hotel Prescott Metro Inn Kajang. Selesa dan berhawa dingin.
Bagaimana sambutannya?
Maintain hambar dan lebih kurang sama macam tahun lepas.
Walaupun ada sedikit pertambahan bilangan ahli PKR Hulu Langat yang hadir, tapi jumlahnya masih boleh dihitung dengan jari.
Ketidakpuasan hati ahli-ahli akar umbi mungkin menjadi punca mengapa mesyuarat agung Cabang PKR Hulu Langat tak dapat sambutan. Baca disini, disini, disini dan disini.
1 comment:
nampaknya perjuangan keadilan yg semata-mata berteraskan kepentingan peribadi anwar semakin tdk diterima oleh ahli sendiri.
Post a Comment