Friday, June 29, 2012

Video: Bravo Kalai! Kasi Hantam Sama Itu Celaka...

Tengok betapa buruk dan celakanya perangai puak-puak DAP ni. 

Dengan selambanya mereka memperlekeh dan menghina rakyat yang datang meluah perasaan. Sedangkan selama ni aduan mereka langsung tak pernah diendahkan oleh Ahli Majlis dan MPSJ.

Macam mana Kalai tak hentam, dah la aduan mereka tak diendah...lepas tu bahasa kaum yang datang mengadu tu pulak diperli dan diperlekeh. 

Yang memperlekehnya pulak seorang barua DAP yang khabarnya membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia pun haram tak tahu. Dah tentu lah Kalai dan gangnya naik angin.



Kalau lah yang buat macam perangai diatas dari kalangan pemimpin BN (terutamanya UMNO), pasti DAP akan menjerit-jerit sampai keluar anak tekak mengatakan ianya rasis. Tapi bila ianya dilakukan oleh puak-puak mereka sendiri...DAP langsung senyap tak berbunyi.

Apa-apa pun, tahniah Kalai. Lain kali kasi hentam kuat-kuat lagi sama itu komunis.







Kasihan...Rakyat Mesir Tertipu Hidup-Hidup Dek Sekeping Gambar.

Gambar dan kisah dibawah ini asalnya disiarkan oleh sebuah blog pro pakatan dan kemudian dengan megah dan bangganya disiarkan pula oleh lidah fitnah online PAS, harakahdaily.

Kalau rakan-rakan pembaca sekalian rajin...boleh klik disini.


Riak dan taksub benar pencacai PAS dengan apa yang disiarkan oleh harakahdaily itu.

Bangga benar mereka apa apabila ada seorang rakyat Mesir menempekkan gambar Nik Aziz membeli air ditepi jalan sambil memuji MB Kelantan itu didalam facebooknya.

Gegak gempita pencacai PAS bercerita tentang apa yang disiarkan oleh harakahdaily itu didalam blog dan ruang-ruang forum maya mereka. Nik Aziz mereka puji sampai kelangit yang ketujuh.

Yang kasihan adalah rakyat Mesir itu. Dia tertipu hidup-hidup dek sekeping gambar.

Horas! yakin Muhammad Al Fateh takkan berselera untuk memuji dan menyumbat gambar Nik Aziz didalam facebooknya kalau dia tahu dan kenal siapa Nik Aziz sebenarnya.

Mahukah rakyat Mesir itu memuji-muji kalau dia tahu Nik Aziz yang dipanggilnya sebagai Gabenor Negeri Kelantan itu sudah berpuluh tahun tidak pernah ambil kisah dengan keadaan rakyatnya yang terpaksa menggunakan air yang kotor untuk makan minum, membersihkan diri, berwudhu' hatta ke mandi junub selain hidup dikelilingi sampah sarap?

Tergamakkah rakyat Mesir itu mengagumi Nik Aziz kalau dia tahu bahawa ulamak politik itu sedikit pun tidak rasa bersalah melihat umat Islam dinegara ini berpecah belah semata-mata kerana mahu menjaga hati dan menjilat kafir harbi yang memusuhi Islam seperti DAP yang menjadi sahabat akrabnya?

Sudah tentu tidak!...

Itu belum lagi diambil kira akan sikap Nik Aziz yang tidak peduli dengan keadaan ekonomi negeri yang ditadbirnya hingga menyebabkan rakyatnya terpaksa berhijrah kenegeri lain bagi mencari rezki untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.

Dan kalaulah Muhammad Al Fateh tahu yang Nik Aziz pernah membiarkan hingga ada rakyatnya yang terpaksa hidup merempat dan tinggal direban ayam...nescaya rakyat Mesir itu akan menyesal besar kerana memuji dan menempel gambar Nik Aziz difacebooknya.





Thursday, June 28, 2012

Lim Guan Eng Terus Buktikan PAS Perlu Patuh Dan Ikut Telunjuknya.



Kalau Horas! jadi Hadi Awang...Horas! akan ludah muka Lim Guan Eng dengan kahak hijau yang paling pekat. Bukan sekali...tapi berkali-kali.

Dan kalau Horas! jadi Nik Aziz...akan Horas! doakan agar perut Lim Guan Eng meletup dan pecah terburai.

Bayangkan...walaupun PAS dah membuktikan jilatan mereka kepada DAP selama ini bukan calang-calang jilatan hingga ketahap menjilat tapak kaki, namun Lim Guan Eng tetap tidak mahu memberi muka walau sedikit pun kepada PAS.

Semalam, dalam satu program roketkini.com yang bertajuk "Wacana II: Adakah Dasar DAP Mengancam Islam", Lim Guan Eng sekali lagi dengan tegas dan tanpa mahu memikirkan kesetiaan PAS menjilat tapak kakinya selama ini tetap menolak cita-cita PAS mahu melaksanakan hukum hudud ciptaan mereka.

Dalam jawapannya kepada soalan beberapa anak muda Melayu berkaitan hudud, anak lelaki kepada pencetus tragedi berdarah 23 Mei itu berkata, DAP tak akan bersetuju dengan hudud kerana mereka berpegang kepada perlembagaan dan tidak ada peruntukan untuk hudud di dalamnya. Pemimpin PAS perlu menerima hakikat, hudud tidak diterima oleh golongan bukan Islam.

Tak cukup dengan itu, Lim Guan Eng kata pula bahawa tidak mungkin DAP akan memujuk orang bukan Islam untuk menerima hudud yang dicanangkan oleh PAS itu.

Aduhai malangnya nasib PAS. Walaupun dah hampir licin lidah menjilat DAP...walaupun dah penat berkuntau dan bersilat mempertahankan segala perbuatan buruk DAP, sedikit pun Lim Guan Eng tak mahu bagi muka pada mereka.

Lim Guan Eng tetap keras kepala dan tetap mahu menunjukkan kepada semua yang PAS perlu selama-lamanya tunduk dibawah tapak kaki DAP.

Kerandut labuh pemimpin-pemimpin PAS benar-benar berada dalam genggaman Lim Guan Eng dan bapanya.

sumber: malaysiakini



Wednesday, June 27, 2012

Wahai Khalid Samad, Tolonglah Jaga Tepi Kain PAS Sendiri.



Baru-baru ini, dengan tak semena-mena Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad telah meminta agar UMNO kembali kepada perjuangan asalnya.

Apa sebabnya pelelong khalimah Allah yang mesra gereja ini mengeluarkan kenyataan itu...hanya dirinya yang tahu.

Tapi suka Horas! untuk mengingatkan Khalid, semenjak ditubuhkan 66 tahun yang lampau...perjuangan UMNO tidak pernah berubah. UMNO tetap istiqamah membela agama, bangsa dan negara.

Selain itu UMNO selaku kerajaan sentiasa berusaha keras untuk memastikan seluruh rakyat dinegara ini dapat hidup dengan sejahtera, aman dan bahagia.

Kebajikan dan keselesaan rakyat tetap dan akan terus diutamakan dan sesekali UMNO tidak akan membiarkan rakyat hidup dalam serba kekurangan sepertimana yang berlaku nun dinegeri Kelantan yang ditadbir PAS selama lebih 20 tahun tapi rakyatnya masih tidak dapat menikmati air yang bersih dan hidup dengan dikelilingi sampah sarap.

UMNO juga tidak pernah menganggap rakyat sebagai ayam seperti mana PAS yang pernah 'mengayamkan' rakyatnya di Kelantan apabila membiarkan sebuah keluarga merempat dan tinggal direban ayam yang usang.

Nasib baik Datuk Ibrahim Ali yang selalu disumpah seranah dan dimaki hamun oleh PAS tampil bersama beberapa pemimpin UMNO menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut. Kalau tunggu pemimpin PAS...kirim salam lah.

Pada Horas!, alangkah baiknya kalau Khalid Samad minta dan menyeru PAS yang kembali pada perjuangan asalnya. Terlalu butakah Khalid untuk melihat bahawa perjuangan asal partinya sendiri yang sebenarnya sudah jauh melencong dan tersasar?

Bukankah dulu perjuangan asal PAS mahu melaksanakan Hudud dinegara ini, tapi kemudiannya berdalih mengatakan Hudud bukan keutamaan mereka apabila DAP berdehem?


Bukankah dulu perjuangan PAS mahu mewujudkan negara Islam tapi tergesa-gesa menukarnya kepada negara kebajikan apabila dijeling-jeling oleh DAP?

Bukankah dulu PAS juga yang beriya-iya berjuang akan memerangi dan menghapuskan pusat-pusat maksiat apabila berkuasa tapi kini bersama-sama menyuburkannya di Selangor dan Kedah apabila sudah berkuasa hanya semata-mata mahu mengikut rentak DAP dan PKR?

Itu hanya sedikit daripada senarai perjuangan PAS yang telah tersasar yang Horas! senaraikan. Kalau mahu dituliskan semuanya...Horas! pasti pencacai PAS akan tercirit-cirit membacanya.

Jadi nasihat ikhlas Horas! kepada Khalid dan juga pencacai-pencacai PAS yang bersetuju dengan kenyataan pemimpin PAS yang mesra gereja itu, sebelum mahu menasihat dan meminta UMNO kembali kepada perjuangan asalnya adalah lebih baik anda semua menasihat Hadi Awang dan Nik Aziz agar kembali membimbing PAS balik semula ke perjuangan asalnya.

Sebelum berkokok berdegar-degar...tolonglah belek-belek ekor sendiri yang dah terlalu banyak bergelumang dengan tahi sendiri itu dulu.

Jangan buat-buat tak nampak yang PAS sudah terlalu banyak melencong dan terlencong gara-gara memberi jilatan melampau kepada DAP dan PKR.

Dan jangan tunggu sampai dah masuk kedalam gaung baru nak sedar.





Mari Makan Malam Bersama Anwar Ibrahim


Pilih yang mana suka.....

Nak pilih meja yang menghidangkan makanan dan minuman HARAM boleh...nak pilih meja yang menghidangkan hidangan halal pun boleh. Janji sokong Anwar!

Mat Sabu dan pencacainya pun pernah buat benda yang sama dulu. Selamba badak je melantak di restoran yang ada menyediakan hidangan dari daging babi.

Ada babi pun ada babi lah...Abang Mat tak kisah. Janji sokong PAS!...






Tuesday, June 26, 2012

Akhirnya Dr Che Rosli Tewas Dan Buat U-Turn Berkaitan Isu Lynas.



Sebelum ni Dr Che Rosli kata PR hanya menakut-nakutkan orang ramai apabila mengatakan Lynas adalah loji nuklear.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata loji Lynas tidak merbahaya kerana loji tersebut hanya memproses bahan tabiee...iaitu nadir bumi.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata radiasi yang dihasilkan oleh Lynas lebih rendah daripada radiasi yang dihasilkan oleh aktivi melombong bijih.

Sebelum ni YB Che Rosli kata tidak adil membiarkan PKR memanipulasi dan menyatakan fakta yang tidak benar berkaitan loji Lynas.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata tuduhan yang dilemparkan oleh PR tentang loji Lynas tidak saintifik dan tidak akedemik langsung.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata PKR hanya menggembar-gemburkan isu Lynas dan dia sudah lama bersabar melihat tindak tanduk pemimpin PKR tersebut.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata, sebagai saintis nuklear dan sebagai ahli PAS...dia malu dengan tindak tanduk PR yang memutarbelit fakta berkaitan Lynas.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata dia tidak peduli dan tetap akan menyatakan kebenaran walaupun dengan amaran Penerangan PAS yang meminta dia tutup mulut berkaitan isu Lynas.

Dan kerana sebab-sebab itulah Dr Che Rosli tampil untuk mengingatkan rakyat dan masyarakat yang mereka tak perlu takut tentang pembinaan loji Lynas. Dalam ertikata lain...apa yang cuba disampaikan oleh Dr Che Rosli, loji Lynas itu SELAMAT.

Tapi kini, mungkin oleh kerana tekanan pihak tertentu...akhirnya Dr Che Rosli tewas. Pendirian beliau berkaitan isu Lynas berubah.

Hari ni kata Dr Che Rosli, kenyataannya sebelum ini hanya merangkumi satu bahagian sahaja. Secara keseluruhan...operasi Lynas adalah TIDAK SELAMAT.

Hari ni Dr Che Rosli kata Lynas adalah MERBAHAYA.

Dan paling dahsyat...

Hari ini Dr Che Rosli kata dia akan ambil tindakan undang-undang pada mana-mana pihak yang menggunakan namanya...atau lebih tepat, kenyataannya sebelum ini yang mengatakan bahawa loji Lynas itu tidak merbahaya.



Aduhai busuknya cara politik Pakatan......




Monday, June 25, 2012

Maka Teruslah Pencacai PAS Tertipu....

Pencacai PAS selalu melalak mengatakan parti mereka bakal melaksanakan Hudud.

Pencacai PAS kata...parti serba sempurna mereka akan melaksanakan Hudud sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada mereka untuk berkuasa di Putrajaya.
Itu kata pencacai PAS....

Tapi apa pulak kata pemimpin agung mereka?


Hambik kau!

Pemimpin agung mereka kata ada perkara lain yang lebih penting untuk dilaksanakan selain daripada hudud.

Dalam bahasa mudahnya...hudud itu sebenarnya tak berapa penting pada PAS. Dan hudud itu juga bukan keutamaan pada PAS

Kasihan pencacai PAS....selamanya tertipu dengan janji-janji pemimpin sendiri...



Sunday, June 24, 2012

Video: Contoh Perangai Jijik Lebai PAS.

Serbannya bukan main lagi.
Berjanggut ikut sunah Nabi....tapi perangai, mintak ampun.

Hati busuk macam bangkai.

Menjaja doa macam peniaga pasar malam menjaja jualan masing-masing. 
Kalau doa yang dipohon itu elok tidak mengapa...ini tidak, doanya minta supaya saudara seagama dan sebangsa dihancurkan hanya demi untuk mendapat sedikit kuasa politik dari DAP yang memang jelas anti Islam.

Inilah contoh perangai jijik dan melampau lenai-lebai PAS yang mengaku mereka lebih Islam dari orang Islam yang lain.

Haprak sungguh!...



Saturday, June 23, 2012

Kebodohan Gerombolan Lembu Pawah PR Makin Kritikal.





Datuk Abdul Murad Khalid adalah bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.

Baru-baru ini beliau membuat pemimpin dan pencacai Pakatan macam cacing kepanasan bila membuat kenyataan bahawa kira-kira 13 tahun lepas Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Senang cerita beliau mendakwa Anwar Ibrahim menguasai harta dan wang sebanyak RM3 bilion dalam beberapa akaun.

Pemimpin dan pencacai Pakatan cepat-cepat menafikan kenyataan Datuk Abdul Murad dan mengatakan beliau telah diupah dan semua itu adalah taktik kotor UMNO untuk menjatuhkan Anwar.

Biasalah....lembu pawah PR akan menafikan apa sahaja perkara yang tidak baik mengenai Anwar. Bagi mereka Anwar terlalu suci dan sesekali tidak akan melakukan salah dan silap.

Berikutan penafian oleh pemimpin-pemimpin Pakatan itru, Datuk Murad Khalid kemudiannya tampil membuat kenyataan yang beliau bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki bagi membuktikan kenyataannya berkaitan Anwar memiliki RM3 bilion itu bukan fitnah yang sengaja direka-reka.

Sekali lagi pemimpin dan pencacai Pakatan terkejut ketakutan.

Mereka tahu pendedahan itu bukan main-main. Jika dakwaan tersebut sengaja direka-reka oleh bekas Penolong Gabenor Bank negara itu...mana mungkin beliau sanggup memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Lalu, kerana terdesak mahu melepaskan tengkuk Anwar daripada skandal RM3 bilionnya itu, maka segerombolan lembu pawah Pakatan telah menghasilkan surat dibawah.



Dengan surat palsu diatas, mereka berharap orang ramai dapat dipengaruhi kononnya dakwaan berkaitan berbilion wang yang dimiliki oleh Anwar itu adalah konspirasi UMNO semenjak tahun 1999 dan Tun Mahathir dikaitkan sebagai perancang utamanya.

Inilah sikap gerombolan lembu pawah Pakatan. Mereka tidak teragak-agak untuk berbuat apa sahaja atau memfitnah sesiapa sahaja bagi menutup keburukan perangai serta salah laku pemimpin mereka.

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, surat tersebut pernah dijaja oleh pemimpin serta gerombolan lembu-lembu pawah Pakatan sekitar tahun 1999 bagi memfitnah Tun Mahathir. Dan kini mereka menjajanya sekali lagi bagi menyelamatkan tengkuk Anwar.

Horas! tak berminat untuk mengulas dengan panjang lebar bagi membuktikan surat tersebut adalah palsu. Rakan-rakan pembaca yang bijaksana sekalian nilaikanlah sendiri samada surat yang ditujukan Tun M kepada Tun Daim itu palsu atau tidak.

Horas! yakin anda ada jawapannya.





Email Pembaca: Fatwa Sesat Seorang Totok Pakatan Rakyat.

Dalam Pakatan Rakyat...penyokong-penyokong mereka dibenar dan digalakkan untuk menjatuhkan hukum dan mengeluarkan fatwa sesedap rasa. 

Syaratnya...hukum atau fatwa tersebut mestilah menunjukklan kebencian melampau kepada kerajaan, raja-raja Melayu dan bangsa Melayu sendiri.

Fatwa yang dikeluarkan oleh mamat bengong dibawah ini adalah salah satu contohnya.




Pemimpin-pemimpin PAS pulak langsung tak pernah menegur apatah lagi menghalang perbuatan menjatuhkan hukum dan mengeluarkan fatwa sesedap rasa pengikut dan penyokong-penyokong mereka.

Nampaknya makin jahanam agama Islam mereka kerjakan demi keuntungan politik....

sumber: masterpiece




Email Pembaca: Hasil Terbaik Perjuangan PAS Untuk Pelajar UiTM Shah Alam.

Kalau tengok Dari Jauh Nampak macam Tempat Parking Biasa.

Tapi bila datang Dekat Rupa-rupanya ada Pusat Karaoke.Tersembunyi di Tingkat Parking dalam Bangunan Giant Sek7, Shah Alam.

Kalau Dahulu Shah Alam terkenal dengan Gelaran Bandar Islamic yang Suci. Tidak Ada Pusat Hiburan, Tiada Pusat Karaoke, Tiada Panggung Wayang.

Tapi Sekarang Tidak Lagi, Dibawah Kepimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat semuanya sudah Berubah.

Pusat Karaoke Sangat Dekat dengan Rumah Sewa Pelajar UITM dan Juga UITM itu Sendiri.

Adakah Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS tidak nampak Ataupun Buat-buat Tak Nampak?






sumber: masterpiece