Apa sebabnya pelelong khalimah Allah yang mesra gereja ini mengeluarkan kenyataan itu...hanya dirinya yang tahu.
Tapi suka Horas! untuk mengingatkan Khalid, semenjak ditubuhkan 66 tahun yang lampau...perjuangan UMNO tidak pernah berubah. UMNO tetap istiqamah membela agama, bangsa dan negara.
Selain itu UMNO selaku kerajaan sentiasa berusaha keras untuk memastikan seluruh rakyat dinegara ini dapat hidup dengan sejahtera, aman dan bahagia.
Kebajikan dan keselesaan rakyat tetap dan akan terus diutamakan dan sesekali UMNO tidak akan membiarkan rakyat hidup dalam serba kekurangan sepertimana yang berlaku nun dinegeri Kelantan yang ditadbir PAS selama lebih 20 tahun tapi rakyatnya masih tidak dapat menikmati air yang bersih dan hidup dengan dikelilingi sampah sarap.
UMNO juga tidak pernah menganggap rakyat sebagai ayam seperti mana PAS yang pernah 'mengayamkan' rakyatnya di Kelantan apabila membiarkan sebuah keluarga merempat dan tinggal direban ayam yang usang.
Nasib baik Datuk Ibrahim Ali yang selalu disumpah seranah dan dimaki hamun oleh PAS tampil bersama beberapa pemimpin UMNO menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut. Kalau tunggu pemimpin PAS...kirim salam lah.
Pada Horas!, alangkah baiknya kalau Khalid Samad minta dan menyeru PAS yang kembali pada perjuangan asalnya. Terlalu butakah Khalid untuk melihat bahawa perjuangan asal partinya sendiri yang sebenarnya sudah jauh melencong dan tersasar?
Bukankah dulu perjuangan asal PAS mahu melaksanakan Hudud dinegara ini, tapi kemudiannya berdalih mengatakan Hudud bukan keutamaan mereka apabila DAP berdehem?
Bukankah dulu perjuangan PAS mahu mewujudkan negara Islam tapi tergesa-gesa menukarnya kepada negara kebajikan apabila dijeling-jeling oleh DAP?
Bukankah dulu PAS juga yang beriya-iya berjuang akan memerangi dan menghapuskan pusat-pusat maksiat apabila berkuasa tapi kini bersama-sama menyuburkannya di Selangor dan Kedah apabila sudah berkuasa hanya semata-mata mahu mengikut rentak DAP dan PKR?
Itu hanya sedikit daripada senarai perjuangan PAS yang telah tersasar yang Horas! senaraikan. Kalau mahu dituliskan semuanya...Horas! pasti pencacai PAS akan tercirit-cirit membacanya.
Jadi nasihat ikhlas Horas! kepada Khalid dan juga pencacai-pencacai PAS yang bersetuju dengan kenyataan pemimpin PAS yang mesra gereja itu, sebelum mahu menasihat dan meminta UMNO kembali kepada perjuangan asalnya adalah lebih baik anda semua menasihat Hadi Awang dan Nik Aziz agar kembali membimbing PAS balik semula ke perjuangan asalnya.
Sebelum berkokok berdegar-degar...tolonglah belek-belek ekor sendiri yang dah terlalu banyak bergelumang dengan tahi sendiri itu dulu.
Jangan buat-buat tak nampak yang PAS sudah terlalu banyak melencong dan terlencong gara-gara memberi jilatan melampau kepada DAP dan PKR.
Dan jangan tunggu sampai dah masuk kedalam gaung baru nak sedar.
Jangan buat-buat tak nampak yang PAS sudah terlalu banyak melencong dan terlencong gara-gara memberi jilatan melampau kepada DAP dan PKR.
Dan jangan tunggu sampai dah masuk kedalam gaung baru nak sedar.
1 comment:
jahanam le ko kalid samad oii!
Post a Comment