Friday, June 21, 2013

Padan Muka, Duduklah Korang Dalam Penjara 20 Tahun...(Dapat Bonus Lagi 5 Tahun)



HUKUMAN PENJARA BEKAS GURU AGAMA DAN SUKARELAWAN DITAMBAH KEPADA 20 TAHUN 
Shah Alam, 21 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menambah hukuman penjara seorang bekas guru agama dan seorang sukarelawan yang menyebabkan kematian seorang penghuni Rumah Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) lima tahun lepas, daripada 15 tahun kepada 20 tahun. 
Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohammed Azizi Mohd Vello, 30, dan Mohd Shuhaidi Mohamad, 31, terhadap sabitan dan hukuman 15 tahun penjara ke atas mereka yang diputuskan Mahkamah Sesyen di sini pada 29 Feb tahun lepas. 
Nurchaya turut menolak permohonan peguam Abdul Halem Mohamad Husin yang mewakili Mohammed Azizi dan Mohd Shuhaidi agar pelaksanaan hukuman ke atas kedua-dua anak guamnya ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. 
Sebaliknya beliau memerintahkan Mohammed Azizi menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia dijatuhi hukuman di Mahkamah Sesyen pada 29 Feb tahun lepas manakala hukuman penjara ke atas Mohd Shuhaidi diarahkan berkuatkuasa hari ini berikutan tertuduh berada dalam jaminan. 
Pada 29 Feb tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas kedua-dua tertuduh selepas didapati bersalah menyebabkan kematian Megat Mohd Amirul Adha Sobri, 23, di Perkid yang beralamat di No: 9, Jalan Sentosa, Batu 14, Hulu Langat, kira-kira pukul 11 pagi, 26 Jun 2008. 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda. 
Mengikut keterangan kes, mangsa yang pengsan selepas kejadian itu telah dikejarkan ke Hospital Ampang tetapi disahkan meninggal dunia dan punca kematiannya adalah akibat hentakan senjata tumpul di kepala. Doktor turut mengesahkan terdapat 70 luka pada badan, kepala, muka, paha dan kaki mangsa. 
Seramai 18 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. 
Mohammed Azizi, sukarelawan di Perkid, sebuah badan bukan kerajaan yang menumpukan kepada isu seperti murtad di kalangan orang Melayu Islam, dadah dan akhlak, menyertai rumah kebajikan itu pada awal 2007 untuk menerima rawatan dan sebaik pulih menawarkan diri sebagai sukarelawan di pusat itu. 
Mohd Shuhaidi yang juga ketua operasi Perkid Hulu Langat pula menyertai rumah kebajikan itu pada 2004. 
Timbalan Pendakwa Raya Fazillah Begum hadir bagi pihak responden sementara peguam M.Athimulan dan Ridha Abdah Subri hadir sebagai peguam pemerhati bagi keluarga mangsa. 
Sumber : BERNAMA

Aku pernah tulis pasal perangai dajal perkid ni dulu. Kalau rajin boleh baca kat sini 



Friday, May 17, 2013

Apa Khabarnya Kutipan Derma Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu PAS?


Berapa banyak derma yang dapat dikumpul?

rm500k?.
rm1 juta?..
rm2 juta?..

Ikut kata pemuda pas pusat malaysia, hasil kutipan tabung tu akan disampaikan terus pada semua waris wira negara yang gugur di lahad datu.

Dan kata pemuda pas lagi, mereka AKAN CUBA sedaya upaya untuk sampaikan hasil kutipan derma tu pada semua waris yang terlibat.

Kalau ikut paham aku, bila guna perkataan AKAN CUBA, maknanya kalau dah cuba sedaya upaya tapi tak dapat jugak disampaikan....dah tak boleh kata apa dah. Iya lah...DAH CUBA sampaikan...kalau tak berjaya nak buat macam mana?

Harapan aku....jangan sampai duit kutipan derma tabung perajurit tragedi lahad datu pas tu jadi macam tabung memali sudah lah.




Lidah Rasmi Syaitandaily: Antara Pengiktirafan MB Kelantan Dan Penghinaan Lim Kit Siang.

MB Kelantan yang baru, datuk ahmad yakob sambut baik kabinet baru yang diumumkan ds najib.

Siap iktiraf lagi yang ds najib ada hak untuk pilih sesiapa yang dirasa layak jadi jadi anggota kabinet.

Thursday, May 16, 2013

Perlukah Sekolah Vernakular Terus Dikekalkan?...


Kalau ditanya pada aku...aku akan jawab tidak...

Macam mana nak pupukkan perpaduan kaum kalau sedari kecil anak-anak yang berlainan latar bangsanya sudah diasing-asingkan dalam pelbagai sistem pendidikan?

Kalau melayu boleh korbankan Sekolah Melayunya dan ditukar kepada Sekolah Kebangsaan atas semangat nak memupuk perpaduan, mengapa pulak kaum cina dan kaum india tak mahu kehilangan sekolah jenis kebangsaan mereka atas semangat yang sama?

Pemuda PAS Selangor Pantau Kerajaan Negeri, DAP Dan PKR Menggigil Ketakutan.


Kadang-kadang aku kesian tengok cara politik pemuda pas selangor.

Minggu lepas timbalan ketuanya berapi-api cakap takde sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika pakatan rakyat terus berkuasa di selangor.

Bukan setakat cakap takde perjanjian, tapi dengan garangnya siap suruh pemimpin PKR Selangor tengok muka sendiri kat cermin dulu sebelum membuat apa-apa kenyataan yang kerusi MB Selangor patut diberikan pada PKR.

Monday, May 13, 2013

Like Father Like Son...Berlakonlah Selagi Boleh Berlakon.

Ini lah zuhud style PAS...
Depan orang ramai....bila tau banyak mata yang menengok, dia buat-buat naik teksi......


Naik teksi ye! ....Zuhud ye!

Hari Ini Dalam Sejarah: Laporan MAGERAN, Tragedi 13 Mei



Aku yakin ramai yang belum pernah membaca laporan mageran tentang tragedi berdarah 13 Mei 1969.


Banyak buku mengenai kejadian 13 Mei yang ditulis oleh pelbagai individu ada dipasaran sekarang. 

Tapi kebanyakannya...setakat yang pernah aku baca, memutarbelit banyak fakta. 

PAS Akan Daftarkan 'Malaikat' Sebagai Pengundi Pada PRU14?


Aku faham kp pas pusat ini kecewa tahap gaban bila pakatan rakyat gagal mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari bn dalam pru13 yang baru lalu.

Tapi bilamana dia mengatakan hanya 'undi malaikat' yang boleh membawa kemenangan kepada pakatan rakyat...aku jadi geli hati.

Sunday, May 12, 2013

Baca Dan Nilai...Bukti PAS Amat Bergantung Harap Dengan Ehsan Kafir Harbi.





Surah An Nisa’, Ayat 139
(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

Wajib Baca: Surat Terbuka Si Tanggang Kepada Bang Non Anak Angkat Sultan Kiram.


 

SURAT TERBUKA KEPADA ANWAR DAN PENYOKONG PKR: 
Hidupkan REFORMASI, Ketepikan Kepentingan Peribadi.
Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tegahhari. Terkesima daku apabila perjuangan demi keadilan dan kesamarataan yang diperjuangkan Parti Keadilan Rakyat, berubah wajah dek kerana Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI).

Saturday, May 11, 2013

Pemuda PAS Selangor Berlakon Tibai PKR


 
Tiada perjanjian MB Selangor mesti daripada PKR
10 Mei 2013

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti Pas, PKR dan DAP memerintah negeri itu. 
Justeru, Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu 'cermin diri dan sedar diri' sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu. 

Sekitar Majlis Meraikan Jentera BN DUN Dusun Tua Dan Cina Meludah Melayu di Sungai Long..

Dari memanjat baik bergalah
Buah dipetik dari tangkainya
PAS menang Melayu yang kalah
DAP tersenyum terkena pancingnya

Burung berkicau didalam sangkar
Kusangka merbah rupanya murai
Kerusi direbut pangkat dikejar
Menang sorak negeri tergadai

Itu bait-bait pantun mantan adun dusun tua, Tn Hj Ismail Sani ketika mengakhiri ucapannya dalam majlis meraikan jentera pilihanraya dun dusun tua malam semalam.

Walaupun cuba dikawal, terpancar juga riak kesedihan diwajahnya kerana gagal mempertahankan kerusi yang semenjak negara ini merdeka, tak pernah sekali pun jatuh ketangan parti selain BN. Tapi malang...kali ini ianya jatuh ketangan PAS.

Friday, May 10, 2013

Senangnya Hidup Mereka, Dah Buat Taik...Minta Maaf, Habis Cerita




Malaysians abroad claim no disrespect to flag or country

KUALA LUMPUR: A group of Malaysian students abroad who were photographed with an upside-down Jalur Gemilang have apologised for their behaviour. 
They claimed they did it not out of disrespect for the nation or because they did not love the country's flag but only to express their dissatisfaction of the just-concluded general election that they alleged was carried out in an undemocratic way.

Khalid G Semakin Sah Bakal Jadi MB Selangor, Azmin Merajuk Dalam Jamban


Kata azmin dalam sidang medianya tadi, dia tak akan letakkan jawatan dalam PKR walaupun tak dilantik menjadi MB Selangor.

Tapi ada juga kenyataan yang berbelit-belit dari Azmin.

Bila sorang wartawan bertanya tidak adakah yb-yb PKR yang dipanggil untuk membincangkan siapa yang patut dilantik jadi MB....jawab azmin, hingga kini mereka tidak tahu siapa yang bakal dilantik.

Thursday, May 9, 2013

Menderita Kalah Di Sg Acheh, Adakah Chegubard Masuk Hospital Gila?

2008 bertanding di Rembau...dia kalah.

2013 dia cabut lari mencuba nasib bertanding di Sg Acheh....pun dia kalah jugak.

Khabarnya dia jatuh sakit selepas hari mengundi tempohari....
Cuma aku tak pasti samada fizikal atau mentalnya yang sakit...

DAP Dah Mula Cucuk Jarum Untuk Pastikan Selangor Dibawah Kawalan Mereka


Pada aku, bila DAP kata mereka sokong Khalid G dikekalkan atas alasan sebagai mengiktiraf integriti dan perkhidmatannya di Selangor selama ini tidak lebih dari sekadar cakap berlapik.

Kalau mengikut kamus dwibahasa dewan bahasa dan pustaka, integriti membawa maksud kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Dan perkataan berintegriti bila digunakan pada seseorang ianya boleh membawa maksud orang itu seorang yang ikhlas, terbuka, telus, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, cakapnya boleh dipegang dan sebagainya.

Wednesday, May 8, 2013

Jom Tengok Anak Cina Bukit Ni Nak Sekolahkan DS Najib



Anak cina ni siap cakap dia rasa tak selamat tinggal di malaysia pasal dibawah pentadbiran BN banyak manusia jahat berkeliaran.

Dia cakap jugak yang dia mungkin akan mati dan keselamatan keluarganya akan terancam akibat video yang dia hantar pada DS Najib ni.

Kecewa Ditolak Majoriti Umat Islam, Lidah Rasmi Setan Fitnah Tun M Pula



Betul ke Tun M ada kata dia kecewa dengan prestasi BN?
Betul ke Tun M ada kata DS Najib lebih teruk daripada Pak Lah?

Jawapannya...., takde pun....

Setan memang suka tengok umat Islam berpecah belah

Pemilihan Exco Kelantan Huru-Hara, Husam Jamnapari Kena Tendang


MAKLUMAT TERKINI; 
1. Mesyuarat Perlantikan Exco membelakangi Dewan Harian Pas Kelantan dan Lajnah Politik Pas Kelantan.


2. Msyrt Dewan Harian Pagi Jumaat hanya membincangkan dan mendapat persetujuan semua utk MB KELANTAN BARU. Lansung tiada perbincangan exco baru dan lama. Dato Husam langsung tidak dimaklumkan ada Msyrt Dewan Harian Pas Kelantan.

Tuesday, May 7, 2013

Mari Tengok Cina Rasis DAP Kena Maki Dengan Pengundi..

Sedap mak bapak dia je nak tuduh lelaki-lelaki yang tengah beratur tu pengundi hantu dari bangladesh.

Padan muka kau kena maki....

Dah Makin Kritikal Budak Syiah Ikon Belia PR Ni....


Dia diangkat sebagai ikon belia oleh Pakatan Rakyat..

Pakatan Rakyat memuji dia tinggi melangit. Kononnya dia contoh ulung anak muda berhati waja yang berani bangkit menentang kezaliman kerajaan..

Apa Pandangan Anda Tentang Budak Kudut Ini?



Sekali pandang pada aku budak ni nampak macam kurang vitamin C, E dan minyak ikan.
Fungsi otaknya tak berapa bagus.....

3 Calon BN Dibenamkan Pengundi Cina Di Hulu Langat, 1 Selamat...




Calon BN untuk parlimen Hulu Langat, Adzhaliza Mohd Nor tewas dengan majoriti 17,267 undi ditangan Che Rosli Che Mat dari PAS. BN gagal merampas kerusi parlimen ini 2 penggal berturut-turut.

Jumlah Pengundi Berdaftar : 127,347
1. Che Rosli Che Mat (Pas) : 61,127
2. Adzhaliza Mohd Nor (BN) : 46,860
Majoriti : 17,267

Analisis PRU13 Dari Kepala Lutut Melayu Bengong.....



Gambar hiasan. Analisis bodoh dibawah takde kena mengena 
dengan gambar bodoh diatas. Harap maklum
'Tsunami cina' mula digunakan penyokong umno untuk menakutkan orang umno kepada dap dan membuat orang melayu benci kepada orang cina. Kononnya orang cina atau dap ingin memusnahkan kuasa politik melayu, cina mahu jadi perdana menteri dan hak hak istimewa orang melayu mahu dihapuskan. Tuduhan - tuduhan ini antara tuduhan paling kurang menggunakan otak melayu umno.

Ayuh kita lihat permasalahan hujah ini. Seperti yang kita semua tahu Pakatan Rakyat mendapat 50.10% undi popular rakyat malaysia. Dari sini kira - kira bermula. (Nota : bagi memudahkan pengiraan, boleh dan selamat dianggap bahawa peratusan populasi kaum di malaysia sama atau hampir sama dengan peratusan pecahan kaum dalam daftar pengundi).

23.7% penduduk malaysia adalah orang cina. Dengan agakan bahawa 80% daripada pengundi cina menyokong pakatan, ini bermaksud daripada 50.10% undi popular yang diterima PR 19% daripada datang dari masyarakat cina.

Masyarakat india pula mewakili 7.1% populasi Malaysia. Dengan anggaran 45% pengundi india menyokong PR, ini bermakna undi popular Pakatan daripada masyarakat india adalah sebanyak 3.2%.

Persamaan disini : 50.10% (undi popular keseluruhan Pakatan Rakyat) - 19% (sokongan cina kepada PR) - 3.2% (sokongan india kepada PR) = X (sokongan Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Lain-lain kepada Pakatan)

Apakah jawapannya? 

Setelah diteliti, dikaji dan dikira dengan menggunakan kalkulator yang tidak pernah digunakan Rais Yatim mahupun Papagomo, tahulah kita bahawa sokongan melayu, bumiputera dan lain-lain kepada Pakatan Rakyat adalah jauh lebih tinggi daripada masyarakat Cina iaitu sebanyak 27.8%.

Masyarakat melayu bandar yang terdedah kepada sumber media yang pelbagai, berpendapatan sederhana dan tinggi dan mempunyai tahap pendidikan peringkat ketiga telah meninggalkan umno. Melayu melayu yang menyokong umno hanyalah mat dan minah kampung yang tinggal di ceruk hutan dan felda-felda. Mereka ini kebanyakannya berpendidikan spm atau srp dan mudah lena dibuai buletin utama serta utusan.

Fakta menarik : Masyarakat cina sanggup menolak calon cina MCA demi memilih calon melayu daripada parti pembangkang. Buktinya, calon - calon MCA kalah di parlimen Larut, Raub dan Pandan ke tangan calon melayu.

P.S. Saya budak undang - undang bukannya budak akaun mahupun ekonomi. Sekiranya ada kesalahan pengiraan, mohon pembetulan dan minta maaf.

Yang benar,
Fazrin Jamal.



Untuk tuan punya analisis diatas....ni aku nak bagi tau sikit apa yang kau gagal nak faham.

Proses pilihanraya dalam sistem demokrasi bukan untuk memuktamadkan keputusan berapa peratus cina undi PR, berapa peratus melayu undi BN atau atau berapa peratus undi popular untuk parti politik yang bertanding.

Proses pilihanraya dalam sistem demokrasi tujuannya nak memuktamadkan keputusan siapa yang bakal jadi YB dan parti mana yang bakal beroleh kuasa untuk memerintah dan seterusnya membuat dasar serta halatuju negara..

Tak payah lah kau nak analisis panjang-panjang sampai pakai kalkulator ..!!

Tengok statistik kat bawah orang kampung penyokong UMNO yang kau kata bodoh tu pun tahu dalam PR...kaum mana yang lebih besar kuasanya.

KERUSI PARLIMEN
DAP : 38
PKR : 30
PAS : 21

KERUSI DUN
DAP : 95
PAS : 85
PKR : 49

Orang beranalisis dia pun nak beranalisis...
Orang buat analisis guna kepala otak....dia guna kepala lutut.

Kau beronani jer lah....



Monday, May 6, 2013

Suwey Berganda Buat Chegubard, Pergi Kemana Pun Tak Laku....



Kalah di Rembau ditangan Khairy Jamaludin...dia cabut lari ke Sg Acheh.

Pasal dia sibuk sangat nak bertanding di Sg Acheh....Yusni Mat Piah yang dah sah-sah jadi calon PAS terpelanting macam kain buruk. 

Chegubard ingat dia boleh menang.......rupanya suwey dia di Rembau tak habis-habis lagi.

Biawak hidup yang suwey macam Chegubard ni bertanding lah dimana pun....kompem kalah.

Yang lawaknya...dekat 700 orang ahli PAS lebih sanggup memangkah nama Yusni Mat Piah yang ada dikertas undi daripada mengundi Chegubard walaupun mereka tahu calon yang mereka pangkah itu dah menarik diri.





Friday, May 3, 2013

PAS, Dah Diludah Pun Tetap Terhegeh-Hegeh Pada DAP

Mengapalah bengap sangat PAS ni?

Dah terang-terang DAP mintak ahli mereka jangan undi calon PAS yang bertanding....tapi Nik Aziz tetap arahkan pencacainya beri undi kepada semua calon PR...termasuk lah calon DAP.

Betul lah kata sorang kawan Horas!, PAS ni bodohnya tak boleh diajar....pandainya langsung tak boleh diikut..









Berita Sempoi Yang Buat Juak PKR Jadi Incredible Hulk....



Hangin satu badan beb!!...Kah kah kah kah kah..........



Thursday, May 2, 2013

Lawak! PAS Pertaruhkan Kehenseman Husam Musa Di Putrajaya



Kadang-kadang kita boleh jadi geli hati dengan cara kempen PAS nak mendapatkan undi.

Orang zaman sekarang, baik lelaki atau perempuan dah makin bijak menggunakan undi mereka. Orang tak undi pasal mamat ni hensem atau minah tu cun. Pilihanraya bukan medan pertandingan untuk memilih lelaki terkacak atau wanita tercantik.

Yang nak membuang undi pun bukan remaja belasan tahun yang masih duduk dibangku sekolah yang mungkin boleh terpengaruh dengan hensem atau buruk calon yang nak diundi. 

Orang zaman sekarang pilih calon yang berwibawa..yang boleh membela nasib mereka....yang bukan setakat pandai berjanji tapi tak pernah pandai nak tunaikan janji.

Orang zaman sekarang mengundi bukan setakat nak menentukan nasib mereka...tapi untuk menentukan sekali nasib anak cucu mereka dimasa hadapan.

Husam rupanya memanglah tak macam kambing jamnapari. Tapi orang Putrajaya tahu yang Husam jenis pemimpin yang setakat pandai berjanji yang akan buat muka kambing jamnapari bila dituntut tunaikan janji.

Kalau lah rupa paras dikatakan boleh menjadi satu faktor penting yang bakal menentukan kalah atau menang seseorang calon dalam pilihanraya....... 

......................maka kompem lah mamat kat bawah ni akan kalah besar di Parlimen Pendang...







Terdesak Nak Burukkan BN, Pencacai PR Sanggup Bandingkan Nik Aziz Dengan Babi

Sekali pandang dah tahu ini kerja pencacai PR sendiri. Dia sendiri buat...dia sendiri jugak yang sebarkan. Lepas tu tuduh BN punya kerja.

Konon nak bagi orang benci dan menyampah habis kat BN lah tu.

Kepada pencacai PR....guna lah taktik lain. Bosan lah tengok taktik takde kelas lagi murahan macam ni.



Wednesday, May 1, 2013

Jentera Pilihanraya PKR Lumpuh Di Lembah Pantai, Anak Puaka Menggelupur Mintak Tolong



Ahlul PAS yang dah biasa jadi keldai tunggangan PKR apa tunggu lagi!...pergi lah cepat tolong Nurul Izzah. Dia dah menggelupur mintak tolong tu......

Apsal Khalid Samad Buat Muka Taik?


Cuba tengok air muka Khalid Samad bila Datuk Zul Nordin ajak bergambar bersama.

Buat muka taik tu beb!

Datuk Zul Nordin hulur tangan nak bersalaman pun dia tolak.

Biasalah...itu kan Islam cara PAS. Saudara seagama yang tak sealiran dan tak sefahaman dengan mereka..dimusuhi habis-habisan. Kafir harbi yang menentang Islam tapi sealiran dan sefahaman dengan mereka....dijilat sampai ke celah kangkang.




PRU13: Keganasan Pentaksub PAS Dan Kegiatan Mencalit Jari Pengundi Dengan Dakwat Di Hulu Langat.



Kisah 1

Malam minggu yang lalu pergaduhan hamper-hampir tercetus antara peyokong PAS dan peyokong BN di Taman Perkasa, Hulu Langat. Puncanya penceramah PAS yang bermulut puaka buat provokasi secara melampau dalam ceramahnya. 

Patutnya dia bercereramah lah elok-elok. Cakap lah apa-apa benda baik yang PAS nak buat kalau menang nanti. Ni tidak…mulut puakanya tak sudah-sudah memaki hamun BN. BN nak mampus..BN zalim..BN jahat..BN bunuh orang..BN elok mati dan entah apa-apa lagi maki hamun. 

5 minit boleh tahan..10 minit pun boleh tahan lagi, masuk setengah jam…bila maki hamun penceramah PAS makin menjadi-jadi..ada penykong BN yang dah mula hilang sabar. Tapi hilang sabar mereka takde lah sampai tahap nak serang atau pergi ganggu ceramah PAS. Mereka setakat naikkan bunting yang tertulis ‘Manifesto PRU Pakatan Rakyat Bukan Janji – Khalid Gagap’ lebih kurang 50 meter dari tempat ceramah PAS…itu jer. 

Penyokong PAS yang nampak bunting tu tengah dinaikkan terus hangin satu badan. Tiga empat orang daripada mereka terus pergi warning penyokong BN dan suruh mereka turunkan bunting tu masa tu jugak. Masa tu lah pergaduhan mulut berlaku. 

Ketika pergaduhan mulut itu berlaku..tiba-tiba tujuh lapan orang lagi penyokong PAS datang meluru siap dengan batang kayu kat tangan. Tak mahu kejadian yang lebih buruk berlaku…penyokong BN berundur dan telefon polis. Penyokong BN setakat peratikan tindak tanduk samseng PAS cuba menurunkan bunting tu dari jauh. Bila nampak lampu biru polis lip lap lip lap datang terus samseng PAS lari mencicit. 

Tapi bunting tu tetap jugak tak dapat diselamatkan. Esok paginya dah selamat berterabur atas tanah kena cincang. 



Kisah 2 

Ini pulak cerita pasal pasang bendera BN. Terjadi pun pada malam minggu yang lepas. Biasa lah..pasal besoknya hari cuti, maka ramai lah jentera-jentera muda BN yang pakat nak bersengkang mata pasang bendera BN di sekitar kawasan mereka di Paya Seberang, Hulu Langat. Pasang punya pasang..punya pasang, akhirnya mereka dekat nak sampai kebilik gerakan PAS. Nak kata dekat…takde lah dekat sangat pun. Adalah dalam jarak 30-40 meter. 

Tengah syok-syok pasang bendera tiba-tiba datang meluru seorang penyokong PAS pertengahan umur mengamuk sakan. Habis bendera BN direntap dan dikoyak-koyakkannya sambil memaki hamun menjerit-jerit cakap dia sakit mata dan sakit hati tengok bendera BN yang banyak dinaikkan kat dalam kampung tu. Rakan-rakannya didalam bilik gerakan tersebut hanya memerhati dari jauh. 

Petugas yang memasang poster dan bendera BN cuba memujuk dan menenangkan lelaki tersebut..tapi gagal. Dia jadi makin menggila dan tiba-tiba salah seorang dari petugasa BN dipukul dengan batang besi. Mujur lah mangsa sempat mengelak dan hanya terkena sedikit. 

Melihat pukulannya hanya terkena sedikit..penyokong PAS tersebut menjadi semakin agresif. Dia siap cakap dalam bonet keretanya ada cangkul dan dia tak akan teragak-agak untuk menggunakannya untuk mencederakan petugas BN kalau bendera BN masih dipasang disitu.

Melihat keadaan jadi tak terkawal dan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku petugas BN beralah dan berundur dari kawasan tersebut. 

Horas! difahamkan yang satu laporan polis telah dibuat berikutan kejadian tersebut. 

Inilah antara perangai juak PAS di Hulu Langat yang terpaksa dihadapi penyokong BN sepanjang musim kempen PRU ni. Mereka mengutuk memaki hamun dan memprovokasi boleh…tapi bila mereka kena usik sikit..terus mengamuk sakan sampai nak membalun orang. 



Kisah 3 

Sudah tersebar di Hulu Langat tentang tindakan kumpulan-kumpulan tertentu yang datang kerumah penduduk kampung mencalit jari pengundi dengan dakwat tertentu. 

Sasaran mereka adalah rumah-rumah yang dihuni oleh makcik pakcik pertengahan umur dan warga emas. Bagi memastikan tiada orang muda dirumah-rumah yang bakal mereka jadikan sasaran, kumpulan tersebut menjalankan operasi mereka dalam waktu pejabat. 

Dikatakan mereka menggunakan alasan kononnya proses mencalit dakwat dijari mangsa itu adalah sebagai proses percubaaan untuk melihat samada dakwat itu berkesan atau tidak untuk digunakan masa hari mengundi nanti. 

Hulu Langat adalah kubu kuat UMNO dan BN. Majoriti makcik pakcik pertengahan umur dan warga emas di Hulu Langat memang penyokong kuat UMNO dan BN. Belum pernah lagi calon Melayu BN baik di DUN Dusun Tua mahu pun di DUN Semenyih kalah dan tumbang dalam PRU-PRU yang lalu. Itu sebabnya kumpulan tersebut menjadikan makcik dan pakcik pertengahan umur dan warga emas sebagai sasaran utama mereka. Biar tak boleh mengundi nanti.

Ada jugak yang mengatakan tindakan kumpulan tersebut mencalit jari pengundi bagi menimbulkan kekecohan di pusat mengundi pada hari membuang undi nanti. 

Memang ada logiknya. Bayangkan tiba-tiba orang yang dijarinya masih ada kesan dakwat datang nak mengundi…memang boleh huru hara jadinya. Nanti boleh lah pihak-pihak tertentu yang berniat jahat buat kecoh kononnya SPR bagi orang yang menyokong BN mengundi sampai dua kali. 

Jadi kepada warga Hulu Langat yang layak mengundi tolong berhati-hati dengan perkara ini. 

Pada anak-anak yang hanya orang tua mereka sahaja yang tinggal dirumah ketika mereka keluar bekerja…pesan pada mak dan ayah anda agar jangan layan orang yang datang kerumah nak mencalit dakwat dijari mereka. Kalau degil halau kan jer. Kalau masih jugak nak keras kepala..cepat-cepat telefon polis.



Friday, April 26, 2013

Nak Sakat Calon PAS DUN Dusun Tua Sikit....




Hari Kelima Berkempen Di Dun Dusun Tua..



credit foto: Mohamad Jan

Thursday, April 25, 2013

Rodziah Ismail...Bengongnya Sampai Santak Pucuk Kelapa.



Apa punya bengong lah Rodziah ni.

Apa yang tak kena dengan cakap DS Najib tu? Tang mana yang salah sampai Rodziah kata DS Najib ugut dan nak anak tirikan Selangor?

Betul lah apa yang DS cakap tu. Kalau dapat mandat dari rakyat untuk mentadbir Selangor dalam PRU13 ni...maknanya BN dah jadi kerajaan. Bila dah jadi kerajaan...memang dah jadi tanggungjawab kerajaan BN lah nak repair segala kemudahan infra yang kerajaan PR biarkan rosak reput tak terjaga pasal sibuk tak tentu arah berpolitik 24 jam..

Takkan nak suruh Khalid Brahim tolong repairkan. Takkan nak suruh Ronnie Liu, Rani atau keluarga Lim Kit Siang anak beranak yang datang bertukang baik pulihkan....

Ini lah standard politik pemimpin PKR. Sama je jantan betina...takde kelas langsung.
Setakat memutar belit kenyataan DS Najib...lepas tu menghasut dan menipu kesana sini.

Orang cakap A...dia tukar jadi B. Orang cakap B dia belit sampai jadi Z.

Horas! ingat lagi perangai buruk Rodziah ni masa insiden tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim Malaysia Al-Taqwa di Batu 14, Sungai Semungkis, Hulu Langat dua tahun dulu. 

Dia cukup tak puas hati bila tengok jentera bantuan kemanusiaan UMNO Hulu Langat bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

Kata Rodziah...pemimpin dan orang-orang UMNO yang datang membantu tu bukannya ikhlas...setakat nak tunjuk muka dan tunjuk baik.

Macam-macam provokosi yang Rodziah buat kat petugas-petugas UMNO. Halimah Ali yang turut ada bersama Rodziah masa tu pun 2x5....cukup kuat provokosi dan memperlekeh kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang UMNO Hulu Langat buat.

Bila tengok jentera bantuan UMNO tak layan dan tak ambik pot....Rodziah jadi marah dan makin menggila. Habis semua jentera bantuan UMNO Hulu Langat dihalaunya. Ayat UMNO setakat pura-pura tunjuk baik pasal nak dapat nama tak putus-putus keluar dari mulut Rodziah. Macam biasa,,,,Halimah Ali pun sama.

Allah SWT maha kaya. Akhirnya Allah tunjukkan siapa sebenarnya yang tak ikhlas dan setakat nak dapat nama.



Segala bantuan yang dia hulur....dia siap letak gambar besar-besar tu.....






Maaf! Horas! Tak Tahu Tajuk Apa Yang Sesuai Untuk Posting Ini.....


Pasal musim pilihanraya....mengangkat keranda jenazah pun harakah boleh jadikan berita utama.


Bila ternampak berita yang di laporkan harakah ni...teringat Horas! dengan kisah seorang calon PAS yang bertanding masa PRK dun Merlimau dua tahun lepas.

Suatu hari, semasa kempen PRK dun Merlimau tengah hangat berjalan, seorang pengundi warga emas dikawasan tersebut telah meninggal dunia. Apabila mendengar berita kematian tersebut, berdedai calon PAS datang menziarah......tapi bukan dengan keikhlasan hati, melainkan sekadar ingin menunjuk muka kepada pengundi.

Beliau datang sekejap, salam-salam dengan orang ramai, lepas tu mintak suku sakat jentera pilihanraya PAS ambil gambar beliau sedang mengusung jenazah. Cukup tiga langkah beliau pun terus blah!

Rakan-rakan pembaca boleh lihat buktinya dalam video kat bawah ni. 


Kisah yang lebih kurang sama turut berlaku semasa PRK DUN Tenang. 

Apabila berlaku kematian, bekas calon PAS yang suaminya kuat tipu MC, Normala Sudirman singgah sekejap dimasjid untuk possing dan ambik gambar disisi jenazah...lepas gambarnya sambil berdoa berhampiran keranda jenazah diambil...dia terus angkat kaki.



Gambar itu kemudiannya dijaja oleh puak PAS. Kononnya, sikap calon YB yang sanggup meluang masa menziarah jenazah macam Normala lah yang bakal dipilih oleh pengundi di DUN Tenang. Tapi Normala tak menang pun.

PRU13 ni Normala tercalon lagi menjadi calon PAS...tapi dia tak berani lagi bertanding di DUN Tenang. Dia dah cabut lari bertanding di DUN Pemanis pulak.

Pada PAS...hentikanlah perangai meraih undi dengan cara begini. Makin lama makin menyampah orang tengok.




Wednesday, April 24, 2013

Video Karpal Singh Tersungkur Menyembah Lantai Pentas Ceramah PR

Kasihan....pencen lah Karpal.




Yang kat bawah ni pun pencen lah..
Bagi orang lain pulak ambik alih....


Aiiikkkk!!!...Mana Kerandot PAS?