Pada aku, bila DAP kata mereka sokong Khalid G dikekalkan atas alasan sebagai mengiktiraf integriti dan perkhidmatannya di Selangor selama ini tidak lebih dari sekadar cakap berlapik.
Kalau mengikut kamus dwibahasa dewan bahasa dan pustaka, integriti membawa maksud kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Dan perkataan berintegriti bila digunakan pada seseorang ianya boleh membawa maksud orang itu seorang yang ikhlas, terbuka, telus, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, cakapnya boleh dipegang dan sebagainya.
Selain sesekali bersikap terbuka, contoh; mengaku dia cabut lari bertanding di dun pelabuhan klang kerana pengundi ijok dah tak suka dengannya, aku boleh muntah hijau lumut kalau ada yang mengatakan Khalid G itu berintegriti.
Boleh dipercayai kah cakap khalid G bila manifestonya sendiri pun dia tak nak tunaikan
Betulkah khalid G tidak mudah dipengaruhi sedangkan dia lebih banyak mengikut cakap DAP dalam isu murtad, arak rumah urut dan segala benda maksiat di Selangor?
Ikhlas, terbuka, telus dan amanah kah khalid G bila dia menutup mata membiarkan duit kerajaan negeri habis beratus juta membeli tanah yang letaknya bukan dikawasan bernilai tinggi tapi ada dibawah tasik?
Itu belum lagi aku sebut isu PKNS, Talam, Yayasan Selangor, Unisel dan puluhan isu lain yang ada. Dan yang paling hampas....hutang dia dengan Bank Islam pun dia tak mahu bayar.
Tu sebabnya aku kata aku boleh muntah hijau lumut kalau khalid G itu dikatakan berintegriti.
Berbalik pada isu asal....apa sebabnya DAP beriya-iya menyatakan sokongan terbuka yang mereka mahu khalid G menjadi MB? Bukankah ini bakal menambah keruhkan keadaan kerana semua sudah maklum yang azmin sanggup meletak jawatannya dalam PKR kalau khalid G jadi MB selangor?
Jawapannya kerana DAP nampak peluang untuk mereka menjadi dominan di Selangor kalau khalid yang jadi MB. DAP tahu..khalid G amat mudah untuk dikawal.
DAP pun tahu, kalau Khalid G jadi MB...Azmin Ali yang yang dah lama mengidam jawatan tersebut tak akan berdiam diri. Azmin dan penyokong-penyokong yang setia dengannya akan memberontak dan ini boleh menyebabkan PKR Selangor berpecah belah.
DAP pun tahu, kalau Khalid G jadi MB...Azmin Ali yang yang dah lama mengidam jawatan tersebut tak akan berdiam diri. Azmin dan penyokong-penyokong yang setia dengannya akan memberontak dan ini boleh menyebabkan PKR Selangor berpecah belah.
Ramai kepala-kepala PKR yang bermulut puaka, besar kepala dan susah dikawal bersarang di Selangor dan kalau mereka-mereka ini tidak dapat diuruskan dengan baik...ini boleh menyusahkan DAP dalam urusan mereka mengawal remote control pentadbiran Selangor.
Jadi kaedah paling berkesan yang DAP fikir patut digunakan untuk mengawal PKR adalah pecah dan perintah. Lagakan khalid G dan azmin sampai keduanya bergasak.
Cukup cerdik lim guan eng bila menggunakan harakah sebagai medium untuk menyatakan sokongan secara terbukanya kepada khalid G. Secara tak langsung PAS akan turut terpalit dengan isu MB selangor ini.
Aku yakin azmin ketika ini sedang sakit hati yang teramat sangat bila membaca apa yang dilaporkan oleh harakah ini. Dan dia pasti sakit hati juga pada PAS kerana dengan sengaja telah membiarkan berita yang menampakkan dia seolah-olah tidak layak jadi MB selangor tersiar.
Yang cerdik DAP.
Yang bodoh PKR.
Dan yang paling super bodoh+bahlul jatuh kepada PAS.
Mengapa aku kata PAS itu bodoh+bahlulnya berada dalam tahap super?
Pasal PAS pernah cakap dulu...mereka berpolitik kerana mahu memartabatkan Islam. Mereka mahu gantikan UMNO yang kononnya langsung tak Islam. Kata PAS...bila mereka dah kuat dan ada kuasa mentadbir serta memerintah barulah senang mereka menjalankan usaha mengangkat dan memartabatkan Islam sebagai panduan dan cara hidup rakyat.
Tapi hampeh! dengan kedudukan kerusi dun yang dimenangi lebih tinggi dari PKR. Dengan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor yang mensyaratkan bukan melayu@kafir tidak boleh menjadi MB...PAS siang-siang dah tolak dan tak sanggup duduk dikerusi MB.
Macam tu cara nak jaga Islam? boleh jalan lah!.....
6 comments:
Yang cerdik DAP.
Yang bodoh PKR.
Dan yang paling super bodoh+bahlul jatuh kepada PAS.
aku setuju ayat ni...kahkahkahkah!!!pas memang bodoh sokmo!
PAS hanya nak pastikan UMNO tumbang sahaja, nak perintah tak reti...jadi bagi le kepada lanun2 lain....betapa busuknya PAS....umpama mengandungkan anak dara tapi tak mahu bertanggungjawab, sanggup pulak cari pak sanggup....
Sebenarnya DAP,PAS,PKR tiga2 tak layak jadi MB. Yang bodoh sebenarnya berjuta rakyat selangor. Semua sudah kena kencing.
DAP danh tengok kemampuan Pas tadbir negeri,Kelantan, Terengganu,Kedah semuanya tak ada standard.Ekono0mi sure merosot punya ,kalau tak caya, try beri post MB Selangor pd Pas.Tapi,aku cukup suka kalau PAS dapat jawatan MB ni,biar ekonomi Selangor merudm,business si mata sepet jadi sejuk.
Pas bkn xnak duduk dikerusi mb tu, pas nak tapi malu2 lembu. Maklum saja la, adun pas bnyk menang pun pasal undi cina yg sokong dap. Nak mintak lebih2, takut kepala kena katok dgn lim kit siang.
untuk azmin dan yb pas fikirlaH YANG TERBAIK , SIAPA NAK JADI mb BERGABUNG SAJA DENGAN UMNO.. PASTI UMNO SETUJU LEPASKAN JAWATAN MB TU
Post a Comment