Saturday, May 11, 2013

Pemuda PAS Selangor Berlakon Tibai PKR


 
Tiada perjanjian MB Selangor mesti daripada PKR
10 Mei 2013

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti Pas, PKR dan DAP memerintah negeri itu. 
Justeru, Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu 'cermin diri dan sedar diri' sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu. 

"Dewan Pemuda Pas negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri. 
"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi Dun (dewan undangan negeri di) Selangor melebihi Pas dan DAP," katanya dalam kenyataan hari ini. 
Pada pilihan raya umum Ahad lepas, pakatan rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun di negeri itu dengan Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.
Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 kerusi Dun. 
Mohd Sany berharap pimpinan pakatan rakyat Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu. - Bernama
Percaya lah kat aku...apa yang timbalan ketua pemuda pas selangor (sany hamzan) cakap tu tak lebih dari sekadar nak tunjukkan kononnya pas berani bersuara meminta kerusi MB selangor.

Sany Hamzan nak tunjukkan bukti kononnya pas bukan sekadar pak turut di selangor.

Sany Hamzan orang hulu langat. Orang hulu langat cukup tahu, kalau bab cakap berapi-api...sany hamzan memang nombor wahid. Tapi setakat cakap berapi saja lah.....lepas tu senyap.

Masa dia jadi calon pas dalam pru12 di dun dusun tua...kalau dengar ceramahnya, KLCC pun boleh runtuh.

Cuma sany hamzan ni bagusnya satu, tang berkawan...dia tak kisah berkawan dan bergurau senda walau dengan orang umno. Aku tak pernah berpeluang berbual dengan dia...tapi menurut kawan-kawan aku...memang macam tu lah sikap dia. Bukan macam orang kuat pas yang lain-lain tu...cara dia orang pandang macam kita baru larikan duit diaorang setengah juta. Macam nak telan beb!

Apa pun aku yakin...seberapi mana pun cakap sany hamzan ni, sekeras mana pun amaran yang dia beri...yang jadi MB selangor tetap dari pkr..

Berani ke pas selangor bantah kalau dap kata dia dah setuju khalid G jadi MB? mati hidup balik 2 kali pun pas takkan berani.

Tengok saja di pulau pinang, takde sorang pun pemimpin pas yang dilantik jadi exco...ada korang dengar pas berani bukak mulut bersuara tak puas hati?

Semua pakat angguk saja.........



5 comments:

Anonymous said...

Lepas ni tukar statement tuduh UMNO lak ... niasa lah tu ..Islam tak ajar cam tu .. yang ajar .........

Anonymous said...

baru jawatan MB dah kelam kabut bergaduh sesama sendiri kalau negara, rasa2nya boleh perang dunia ketiga antara pkr/pas/dap utk rebut kuasa..

macam mana nak uruskan negeri kalau tak habis2 nak berebut kerusi MB.. hancuss...

pr.. perosak rakyat dan perosak negara...

Anonymous said...

Dgn PKR berani la dia tibai, cuba tibai DAP tengok

Anonymous said...

Anjing nyalak bukit, bukit x runtuh pun.

Anonymous said...

mamat ni ade kene mengene ngan mat sabun ke? mcm ade iras2 lak aku nengok..