Monday, May 13, 2013

PAS Akan Daftarkan 'Malaikat' Sebagai Pengundi Pada PRU14?


Aku faham kp pas pusat ini kecewa tahap gaban bila pakatan rakyat gagal mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari bn dalam pru13 yang baru lalu.

Tapi bilamana dia mengatakan hanya 'undi malaikat' yang boleh membawa kemenangan kepada pakatan rakyat...aku jadi geli hati.

Ya! aku tak menafikan bahawa dengan izin Allah SWT malaikat boleh turun membantu sesiapa yang dikehendakinNya. Ini pernah terjadi bilamana dalam perang Badar, Allah SWT telah memerintahkan malaikatNya turun membantu Rasulullah dan tenteranya dalam menghadapi musuh yang berlipat kali ganda jumlahnya.

Persoalannya, layakkah pas mendapat bantuan malaikat sedangkan perjuangan mereka bagai langit dengan bumi kalau mahu disamakan dengan perjuangan Rasulullah.

Rasulullah SAW tak pernah bekerjasama dengan kafir sampai tahap tunduk menurut segala kehendak mereka macam yang dilakukan pas pada dap atas nama tahaluf siyasi.

Rasulullah pun tak pernah lelong kalimah Allah untuk digunakan oleh kafir harbi hanya semata-mata untuk mendapatkan sedikit kuasa.

Rasulullah sentiasa berusaha menyatukan umat Islam (contoh: kaum muhajirin dan Ansar), tapi pemimpin pas dengan sombong dan angkuh lebih sanggup untuk meludah muka sesiapa yang berhajat untuk mengajak mereka bersatu.

Cukup lah 3 perkara itu aku jadikan contoh betapa berbezanya perjuangan pas dengan perjuangan Rasulullah kerana kalau aku listkan secara detail satu persatu, mata korang akan jadi berpinar membacanya kerana posting ini akan jadi panjang berjela-jela.

Pas sanggup menggadaikan Islam dalam kaedah politik mereka. 
Pas sanggup melacurkan Islam demi mengejar kuasa.  
Pas sanggup melihat umat Islam berpecah belah kerana menjaga hubungan dengan kafir harbi yang mereka angkat menjadi sahabat sejati.

Layakkah pas mendapat bantuan Allah melalui malaikatNya?

Dengan segala kedajalan politik pas yang kesannya hingga membawa kerosakan dan kehinaan pada agama Islam...jangan lah kp pas pusat ini bermimpi malaikat akan turun membantu mereka.

Dan kalau aku jadi nasrudin, aku akan berasa malu dan tak akan sanggup untuk menulis artikel pasal bantuan malaikat ini dalam harakah.

Pasal apa aku malu?...

Pasal aku sedar, parti aku dajal sangat perangainya.....



6 comments:

Anonymous said...

Kalau ikut fatwa hj Hadi Pas pun dah kafir,takan lah malaikat nak tolong parti kafir.Harun Din pun dah kata siapa benarkan org ugama lain gunakan kalimah Allah org tu jadi sesat,sampai sekarang Pas belum tarik lagi persetujuan mereka benarkan org Kristian guna kalimah Allah,jadi kalau ikut Harun Din Pas sesat lah,takan org sesat malaikat nak tolong,itulah p.raya yg lalu kedudukan Pas merosot.Puak Pas ni tak cermin diri,pemimpin mereka hanya tahu keluar fatwa sesat pd musuh politik mereka,sedangkan mereka yg tersesat mereka tak sedar.

Xpas said...

Malaikat bukan spt cerita cerita angel dan pari pari baik yg dtg membantu konon org baik baik.
Malaikat adalah hamba Allah swt, makhlukNya dan pesuruhNya yg sgt taat, tidak membantah sama sekali, mrk tak turun tanpa perintah dan arahan dr Allah swt. Pertolongan malaikat bermakna pertolongan Allah swt. Pertolongan Allah swt pula hanya apabila segala perintah Allah swt ditaati dan dipatuhi, serta segala larangan dihindari, rujuklah sirah Nabi saw dan sirah sahabat r.anhum. yg membuktikan fakta ini. Jika kesilapan yg sedikit pun menyebabkan pertolongan Allah swt tertahan, apatah lg PAS dlm banyak perkara dan isu sgtlah jauh dr apa yg diperjuangkan oleh Nabi saw. Kerana itu sejak 1951, PAS masih gagal menegakkan Islam, bukan hanya dlm negara bahkan dlm partinya sendiri pun.

Horas! said...

Terima kasih Xpas. Komen yang menarik dan padat.

Anonymous said...

PAS hanya layak mendapat bantuan & berkawan dgn syaitan.

Anonymous said...

KP PAS TERIMA LAH HAKIKAT, QADA & QADAR DRPD ALLAH YANG MAHA ESA AKAN KEPUTUSAN PRU13....JANGAN SAMPAI MENGELUARKAN PERLU UNDI MALAIKAT PADA PRU 14......

Anonymous said...

Dia setuju nuar tu anugerah tuhan...ntah ntah dia dah anggap lim kit siang malaikat...nama je ketua pemuda pas..tapi biul...