Wednesday, October 17, 2012

Aneh Tapi Benar! PAS Baiki Rumah Jin Di Kedah.



Pelik?

Jangan lah rasa pelik atau aneh. Ini memang benar-benar berlaku nun di negeri jelapang padi.

Rumah yang tidak wujud pada pandangan mata kasar pun PAS baiki.

Terbukti 'Negara Berkebajikan' yang dicanang PAS selama ni bukan sekadar dimulut. Bukan juga hanya retorik.

PAS kotakan apa yang mereka cakap.

Bukan hanya manusia biasa saja yang PAS bantu dalam agenda 'Negara Berkebajikan' mereka.
Jin pun turut merasa nikmatnya.

Maka benarlah slogan PAS FOR ALL....




Monday, October 15, 2012

Video: Lelaki Kebal Di Indonesia.

Ni baru betul-betul kebal.

Dah seratus das lebih pak polisi lepaskan tembakan....tapi tak ada kesan apa-apa. Dia masih tetap berdiri ditempatnya. Lelaki dalam video ni siap cabar suruh ditembak lagi sambil menepuk-nepuk dadanya.

Cincin yang dipakainya menjadikan tubuh badannya kalis peluru.

Tapi tumbang jugak akhirnya bila polis dapat menembak cincin yang dipakainya.....

DAP Ludah Muka PAS Kedah Untuk Kesekian Kalinya....



Dulu kecoh pasal pusat penyembelihan babi yang mahu dibuka puak-puak DAP di Kampung Tok Pawang, Kuala Muda yang majoriti penduduknya Melayu.

Mula-mula PAS nampak garang menolak kehendak DAP itu...tapi akhirnya terpaksa akur bila Lim Kit Siang buat-buat batuk bagi signal agar PAS jangan pandai-pandai nak bantah.

Maka samada suka atau tidak...terpaksalah penduduk Kampung Tok Mawang menerima kehadiran pusat menyembelih babi berskala besar dikawasan kediaman mereka.

Inilah akibatnya bila pemimpin-pemimpin PAS melampau-lampau sangat menunjukkan tahap keakuran mereka kepada DAP. Kononnya atas nama Tahaluf Siyasi.

Hari ini, berkat Tahaluf Siyasi PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat...Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik secara rasminya menolak serta tidak akan menyokong pelaksanaan garis panduan papan iklan yang menetapkan model berpakaian sopan atau bertudung, seperti yang dilaksanakan di Kelantan. 

Kata Lee, undang-undang berunsur Islam itu perlu ditentang sekiranya mahu dilaksanakan oleh PAS di Kedah.

Mungkin inilah yang dikatakan pemimpin-pemimpin PAS bahawa DAP amat faham dan semakin menerima Islam agaknya.

Kasihan PAS...





Tuesday, October 9, 2012

PANAS! Ustaz Nasha Dakwa Ada Pihak Anjur Doa Malaysia Jadi Negara Kristian.


Berita penuhnya.....
Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa hari ini mendakwa, satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian". 
Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.
"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran. 
"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya. 
Nasharuddin juga berkata, beliau menimbulkan "isu semasa yang dihadapi ummah" itu dalam konteks dakwah dan realiti politik waktu ini. 
Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Nasharuddin turut menyelar pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan prosiding saman ke atasnya. 
"Saya nak kata yang (Karpal) anti-Islam dan bukan anti-hudud," katanya yang menambah, Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.
Mungkinkah ini ada kena mengena dengan apa yang dilakukan DAP di Pulau Pinang?


Jangan kita lupa dulu MP DAP Jelutong Jeff Ooi telah bersumpah dan berikrar untuk mengangkat Kristian sebagai agama rasmi Negara dan mengangkat Perdana Menteri dikalangan Penganut Agama Kristian.




Monday, October 8, 2012

Ini Bukan Di Timur Baitulmaqdis...Tapi Di Pulau Pinang.



















Kakak dalam gambar ni menangis bila gerai tempat dia mencari rezeki 
dirobohkan DAP tanpa belas kasihan.


Di Timur Baitulmaqdis, habis Israel roboh dan musnahkan rumah serta segala harta benda penduduk Palestin.

Di Pulau Pinang pun lebih kurang sama. Habis segala gerai dan kedai tempat Melayu mencari rezeki menyara keluarga DAP hancurkan.

DAP mahu Melayu Pulau Pinang jadi papa dan merempat.

Kalau Melayu keluar ramai-ramai dari Pulau Pinang lagi DAP suka.

Ada tak PAS dan PKR tolong? Ada!...tapi setakat tolong tengok je lah.





Sunday, October 7, 2012

Terkini: Mesyuarat Agung Tahunan PKR Hulu Langat Hambar.

Dah 2 tahun berturut-turut Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Hulu Langat tak mendapat sambutan dari ahli PKR sendiri.

Tahun 2011 mesyuarat diadakan di Dewan MPKj Semenyih. Jumlah yang hadir pada masa tu boleh dikira dengan jari.


Ada yang mengatakan punca mesyuarat tahun 2011 itu tak mendapat sambutan kerana diadakan di dewan biasa. Panas dan tak selesa katanya.

Lalu adalah mulut-mulut yang mintak agar mesyurat yang akan datang (tahun 2012) diadakan di hotel.

Permintaan tersebut dipenuhi dan tahun ini mesyuarat Cabang PKR Hulu Langat diadakan di hotel Prescott Metro Inn Kajang. Selesa dan berhawa dingin.

Bagaimana sambutannya?

Maintain hambar dan lebih kurang sama macam tahun lepas.


Walaupun ada sedikit pertambahan bilangan ahli PKR Hulu Langat yang hadir, tapi jumlahnya masih boleh dihitung dengan jari.

Ketidakpuasan hati ahli-ahli akar umbi mungkin menjadi punca mengapa mesyuarat agung Cabang PKR Hulu Langat tak dapat sambutan. Baca disini, disini, disini dan disini.



Info Ahad: Apa Yang Berlaku Pada Jasad Anda Selepas Mati.....?



Sekadar gambar hiasan namun mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak. 

Pemulaan:
Proses ini berlaku pada hari pertama. Sebaik jantung berhenti mengepam darah, darah akan berkumpul dan termendap ke bahagian paling bawah tubuh. Ia dibantu faktor tarikan graviti. 

Anggota badan menjadi merah unggu pada bahagian bawah dan pucat memutih bahagian atasnya.

Kulit dan otot-otot mulai mengendur dan suhu jasad menurun. Proses fisiologi berhenti bekerja. Otot akan mula mengeras didahului otot mata dan diikuti otot-otot yang lain. Mayat menjadi kejang dan keras. 

Dalam masa yang sama struktur membran sel jasad menjadi rosak dan pembebasan enzim penguraian pun bermula. 

Proses 'Pemecahan Sendiri'
Proses ini mula berlaku pada hari pertama hingga hari ketiga. Otot yang keras mulai mengendur. Bakteria Anaerobik yang boleh hidup dalam keadaan tanpa oksigen mula aktif dan membiak dengan banyaknya didalam organ perut. 

Bakteria tersebut akan mengurai segala zat yang ada didalam jasad seperti protein dan karbohidrat. 

Warna kehijauan akan timbul. Aktiviti bakteria inilah yang menyebabkan mengapa perut menjadi bahagian yang paling awal rosak, membusuk dan terurai.

Peringkat 'Pembusukan'.
Proses pembusukan ini berlaku dari hari ketiga hingga hari ketujuh. Warna kehijauan yang muncul semasa proses 'Pemecahan Sendiri' sebelum ini kemudiannya akan merebak ke saluran abdomen, dada, paha dan akhirnya keseluruh jasad. 

Keseluruhan jasad kemudiannya menjadi gelap kehitaman. 

Mata akan tersembul keluar selain perut mengembung dan akhirnya pecah mengeluarkan segala isinya akibat tekanan gas yang terhasil daripada aktiviti bakteria didalam usus kecil.

Proses pereputan ini turut merebak kepada organ-organ dalaman yang lain seperti jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan sebagainya.

Proses 'Pereputan'.
Proses ini mula berlaku pada hari ketujuh dan seterusnya. Pada peringkat ini kulit tubuh akan menjadi kemerahan dan melepuh dan akan tertanggal dengan sendirinya. Kulit ini kemudiannya akan tertanggal dengan mudah. 

Segala cecair yang ada didalam jasad akan mula mengalir keluar.

Bermula dari kepala, daging reput yang ada dijasad akan mula gugur berluruhan sedikit demi sedikit. Kuku dan rambut turut luruh. 

Proses pereputan terus berlaku dimana otot-otot mereput, hancur sedikit demi sedikit dan seterusnya terpisah daripada tulang.

Tisu-tisu lembut dijasad kemudiannya secara perlahan-lahan akan menjadi kecut dan kering.

Cacing dan ulat turut menyumbang dalam proses pereputan ini. Faktor suhu dan jenis kimia tanah juga ada peranannya.

Proses ini akan berlanjutan sehinggalah yang tinggal hanyalah tulang temulang sahaja.

Dah habis ke prosesnya?

Belum lagi.....

Pada peringkat terakhir, bakteria dan mikro organisma lain akan mula mengerumuni tulang-tulang yang tinggal. Tisu-tisu tulang dimakan sampai tiada lagi apa-apa yang tinggal. 

Namun ada pendapat ulamak yang mengatakan masih ada sedikit sisa tulang yang berbaki. Tulang yang sangat kecil itu disebut 'Ajbudz Dzanab'. Dikatakan dari 'Ajbudz Dzanab' inilah manusia akan dibangkitkan semula oleh Allah SWT untuk dihitung segala amal perbuatannya dihari akhirat kelak.

Wallahu'alam.....

Itulah pengakhiran pada jasad yang selama ini kita belai dan kita jaga dengan sebaik mungkin.

Beruntunglah mereka-mereka yang dipilih oleh Allah SWT, yang jasad mereka tidak hancur binasa dan kekal terpelihara sehingga hari dipertemukan semula dengan Penciptanya.

Kredit gambar: pakcikli00



Saturday, October 6, 2012

Setiap Hari PAS Semakin Munafik!...



Soal memakai tudung atau tidak memang isu kegemaran puak PAS.
Kononya PAS sensitif dan amat peka soal aurat perempuan.

Biasanya wanita-wanita yang tak memakai tudung akan mereka cerca cukup-cukup.
Pasti keneraka kata mereka.

Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana Ustazah Arbaiyah menibai dan menghina wanita yang tak bertudung semenjak dia menjadi ahli seumur hidup dan seterusnya menjadi penceramah PAS. 

Bukan sedikit juga isteri-isteri pemimpin parti seteru mereka yang PAS nerakakan kerana tak bertudung.

Walaupun elok akhlak dan mulia peribadi....PAS tak peduli. Kalau tak bertudung PAS akan balun.

Berstatus isteri orang dan berkhalwat dengan lelaki lain dibilik hotel pun PAS boleh cover line kan asalkan siwanita curang itu bertudung.

Begitulah lebih kurang yang Horas! dapat gambarkan tentang peri pentingnya menutup rambut aka bertudung pada PAS.

Tapi tahukah rakan-rakan pembaca sekalian akan hapraknya perangai mereka-mereka yang mengaku lebih Islam berbanding Islam orang lain ini?

Di Kelantan yang sudah puluhan tahun menjadi sarang PAS, soal wanita bertudung atau tidak sebenarnya bukanlah perkara penting pada pemimpin-pemimpin mereka.

PAS memang munafik....


Juga lihat disini...




Thursday, October 4, 2012

Khalifah Kesayangan PAS Yang Celaka!..



Ada sebidang tanah dinegeri yang dikuasai khalifah.
Tanahnya tidaklah sebesar mana, tapi kedudukannya strategik kerana berada ditengah kota.

Asalnya diatas tanah itu mahu dibangunkan dengan rumah-rumah kos rendah bertingkat-tingkat oleh kerajaan yang telah berjaya digulingkan khalifah sebelum itu.

Melihat akan strategiknya lokasi tanah itu, khalifah jadi tamak. Takkan tanah sebegitu berharga mahu didirikan dengan rumah-rumah kos rendah?

Lagi pulak khalifah tahu, yang banyak memerlukan rumah kos rendah ni Melayu...bertambah tak peduli lah khalifah.

'TATAK MANYAK UNTUNG MAA!!'..kata khalifah marah-marah.

Lalu khalifah dan orang-orang kanannya menjual tanah tersebut kepada pemaju yang kaya raya.

Tujuannya agar diatas tanah itu dapat 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta. 

'BALU MANYAK UNTUNG MAA!!!...kata khalifah sambil ketawa.

Tapi ketawa khalifah yang tamak haloba tak lama...........





Gempar! Sudah Ada Petanda PR Bakal Menang Besar PRU13.



Ini bukan main-main....ini serius.

UMNO dan BN perlu berhati-hati..

Malam tadi penyokong-penyokong PR heboh di FB, diblog, ditwitter dan disegala macam medium cyber.

Kata mereka, tanda-tanda PR bakal menang besar dalam PRU13 sudah nampak.

Kata mereka ini bukan tanda sebarang tanda. 
Juga bukan petunjuk sebarang petunjuk.

Ianya petanda yang mengesahkan langkah PR ke Putrajaya takkan dapat ditahan-tahan lagi.
Ianya juga petanda yang perjuangan Anwar Ibrahim bakal sampai kekemuncaknya.....

Petanda ini menyakinkan mereka bahawa Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke tujuh.

Ini petandanya.........................


Muahahahahahahhaha...!!!!!!

2000++ dislike video bual bicara DS Najib berkaitan bajet 2013 dikatanya petanda PR bakal rampas Putrajaya.

Bila rata-rata mahasiswa dan mahasiswi balun PR dalam pilihanraya kampus dikatanya pula itu bukan petanda mereka tolak PR.

Apa sangatlah nak dihairankan kalau setakat 2000++ dislike video DS Najib di youtube.

Kalau dicampurkan staf Anwar di Tropicana, staf Lim Guan Eng di Penang, staf Nik Aziz di KB, staf Khalid Brahim di SUK...

campur pulak dengan staf-staf pemimpin PR yang lain....

lepas tu campur lagi dengan cai-cai PR yang ada 4-5 akaun di youtube, memang dekat-dekat 2000++ lah jumlahnya..

Apa nak hairan?






Sampai Bila PAS Mahu Mempermain-Mainkan Hudud Untuk Keuntungan Politik?



Dah berpuluh tahun PAS menggula-gulakan rakyat dengan hudud mereka.

Dah berpuluh tahun juga PAS menggunakan hudud untuk memarakkan kebencian rakyat kepada UMO dan kerajaan.

Acapkali PAS kata UMNO tak mahu hudud.
Acapkali juga PAS kata UMNO tolak hudud.

PAS kata mereka amat mendambakan hudud dilaksanakan di negara ini.

Selalunya dengan nada sedih dan bercampur kecewa...PAS katakan apalah daya mereka mahu melaksanakan hudud kalau UMNO selaku kerajaan menentang dan membantah.

Samada kita sedar atau tidak...itu sebenarnya hanya skrip basi PAS.

PAS sendiri hakikatnya tak minat dan tidak serius walau sedikit pun mahu melaksanakan hudud yang kononnya mereka perjuangkan.

Sebenarnya hudud hanya sekadar digunakan oleh PAS untuk menjadikan rakyat menilai bahawa UMNO tak pentingkan agama. PAS gunakan hudud untuk kepentingan politik jahat mereka.

PAS sanggup mengarahkan ribuan ahlinya berdemo dan mengganas dijalanan dalam bersih 1 hanya kerana mahu kerajaan dan SPR memenuhi kehendak mereka...tapi sekalipun PAS tak pernah berdemo menekan kerajaan agar melaksanakan hudud.

PAS sanggup mengarahkan ribuan ahlinya berdemo dan membuat huru hara dalam bersih 2 hanya kerana mereka bersyak wasangka kerajaan menggunakan SPR untuk menang PRU....tapi sekalipun PAS tak pernah berdemo menekan kerajaan agar melaksanakan hudud.

PAS sanggup mengarahkan ribuan ahlinya mengamuk, membuat kerosakan serta membelasah dan mencederakan sesiapa yang menghalang mereka dalam bersih 3....tapi sekalipun PAS tak pernah berdemo mendesak kerajaan mengkaji dan melaksanakan hudud yang mereka mahukan.

Itulah PAS, mereka sanggup buat apa sahaja hatta sampai melakukan sesuatu yang boleh mengancam nyawa orang lain demi politik. Tapi sekali pun mereka tak pernah bangkit melakukan perkara yang sama demi hudud yang kononnya telah mereka perjuangkan selama puluhan tahun.

Pendek kata, sebutlah demo dan keganasan apa yang perlu dilakukan, PAS akan sentiasa sanggup asalkan ada keuntungan untuk poltik mereka disitu.

Tapi cubalah ajak PAS berdemo mengamuk demi melaksanakan hudud yang mereka sendiri mahu....mampus hidup balik 7 kali pun PAS tak akan minat nak buat.

Masih mahu percaya PAS memang benar-benar serius mahu melaksanakan hudud dinegara ini?

Tepuk dada tanya lah selera.....








Wednesday, October 3, 2012

Wow! Ceramah Pakar Ekonomi PAS Di Semenyih...



Jangan main-main dengan kepakaran Mahfuz dalam bidang ekonomi.

Setakat perancangan belanjawan Perancis yang dipanggil 'Combat Budget'...ada dalam poket Mahfuz.

Mahfuz dah analisis ekonomi Perancis.
Mahfuz dah kaji belanjawan Perancis.
Mahfuz dah teliti bajet Perancis

Mahfuz tau Perancis sekarang tengah beri tumpuan kepada pengurangan hutang negara serta kos pinjaman yang kian meningkat dan pengurangan defisit perbelanjaan awam.

Kalau bajet Perancis Mahfuz boleh ulas dengan hebat...setakat bajet Malaysia apalah sangat.

Celah gigi Mahfuz je tu.

Melopong lah ahlul PAS di Semenyih mendengar gorengan ekonomi Mahfuz nanti

Muahahahahhahhahahahhahahha.....!!!!!

Kalau mahu membaca kupasan hebat Mahfuz tentang bajet 2013 yang dibentangkan DS Najib baru-baru ini....rakan-rakan pembaca sekalian boleh klik disini.
credit foto pada Maklong Aziz




Abu Jahal, Abu Lahab Dan Neraka Jahannam - Dulu Itulah Mainan Mulut Anwar Dan PAS.


Dulu masa Anwar marah pada PAS...Anwar kata PAS lebih jahanam perangainya daripada Abu Lahab dan Abu Jahal.

Anwar ludah muka PAS kaw-kaw.....


PAS ludah Anwar balik dan katakan Anwar adalah ahli neraka. 

Bukan setakat Anwar yang dinerakakan PAS...yang mengundi Anwar pun PAS humbankan sekali kedalam neraka.


Pendek kata dulu PAS dan Anwar Ibrahim saling ludah meludah.

Anwar ludah PAS...PAS akan ludah balik.
PAS ludah Anwar...Anwar akan ludah balik.

Tapi sekarang dah lain..


Yang dituduh lebih jahanam perangainya dari Abu Jahal dan Abu Lahab dah jadi pejuang Islam sejati yang tiada tolok bandingnya dimata Anwar.

Begitu jugak dengan PAS. Kalau dulu Anwar disumpah seranah sebagai ahli neraka....kini PAS akan kata mengundi Anwar di Permatang Pauh ibarat menempah banglo-banglo indah di syurga.

Kini mereka berjilat-jilatan antara satu sama lain. PAS jilat Anwar...Anwar jilat PAS. Kemudian bersama-sama pula mereka menjilat celah kangkang DAP.

Sambil menggendong agenda jahat lagi busuk DAP...mereka bekerjasama dengan erat untuk merosak dan menjahanamkan negara ini walau dengan apa cara sekali pun.

Kalau perlu menabur fitnah...mereka akan lakukan.
Kalau perlu merusuh ditempat-tempat awam...mereka akan lakukan.
Kalau perlu mengamuk dijalanan...mereka akan lakukan.
Malah kalau perlu ambil dana dan tajaan dari yahudi...pun mereka akan lakukan.

Inilah politik kelas sampah dan mangkuk jamban terpakai....

PAS dan PKR.....kedua-duanya perlu dihumbankan kedalam longkang dalam PRU13 nanti......termasuklah DAP.





PAS Dan PKR Dibadutkan Oleh Ahli Sendiri....



Video: Doa Anak-Anak Yatim Dimakbulkan Allah SWT.


Kerajaan PR terpaksa pulangkan tanah yang suatu masa dulu pernah mereka rampas dengan zalim dan tanpa belas kasihan.



Tapi doa lebai-lebai PAS yang mintak macam-macam keburukan diberikan kepada PM, kononnya kerana menganiaya mereka serta Anwar Ibrahim tak pernah makbul walau sekali pun.

Bukan seorang dua lebai-lebai PAS yang berdoa...tapi beribu-ribu orang yang cukup dengan sembahyang hajat dan doa munajatnya.

Sedangkan doa mereka-mereka yang teraniaya amat mustajab dan tiada penghalangnya dengan Allah SWT. 

Contohnya doa 200 orang anak-anak yatim yang bernaung dan menumpang kasih di YBK yang dianiaya oleh kerajaan pakatan Selangor. Mereka tak perlu menunjuk-nunjuk merintih berdoa dan bersolat hajat dipadang-padang seperti yang dilakukan PAS.

Jumlah mereka pun bukan beribu atau berpuluh ribu orang seperti jumlah pengikut PAS...tapi doa mereka dimakbulkan Allah SWT dengan kadar segera.

Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah yang telah memakbulkan doa anak-anak yatim YBK......Allahhuakbar!



Tuesday, October 2, 2012

Mentaliti PAS, Tayar Kereta Pancit Pun Syak Ada Orang Aniaya.


(Zulkefly melihat tayar keretanya ditukar selepas dipancitkan di Masjid Pengerang, semalam)

Kononnya berkias lah tu. Cakap kerja memancitkan tayar kereta dia tu dilakukan oleh 'KUMPULAN' yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit.

Padahal kumpulan yang dia maksudkan tu UMNO lah...siapa lagi?

Tak kan lah 'KUMPULAN' yang dia maksudkan tu angkatan tentera Singapura!

Dia langsung tak syak tayar kereta dia kena paku ke..kena skru ke...Tapi dia syak ada orang aniaya.

Inilah mentaliti haprak PAS. Apa saja kejadian buruk yang menimpa mereka...mereka akan tuduh UMNO lah puncanya.

Mat Sabu ditangkap berkhalwat dengan Normah...UMNO disalahkan...

Kalah di PRK Tenang dikatakan sebab banjir. Dan banjir tu pulak puncanya pasal UMNO buat naya lepaskan air diempangan.

Kambing Jamnapari tak beranak...salah UMNO.

Sejengkal dari opis MB Kelantan ada sarang pelacur....salah UMNO.

Keluarga miskin duduk dalam reban ayam di Kelantan...salah UMNO...

Pendek kata semuanya pasal salah UMNO.

Jangan besok kalau buasir Mat Sabu keluar menjulur (klik disini) pun disalahkan UMNO sudah lah...



Monday, October 1, 2012

3 Fakta Ringkas Yang Menunjukkan PAS Amat Takut Kepada DAP.




Sematkan tiga fakta ringkas ini dikepala anda.

Berdasarkan pengalaman Horas!...tiada pencacai tegar PAS yang mampu menjawab atau mengonar baring bila 3 fakta ringkas ini disemburkan kepada mereka. 

Kebiasaannya mata mereka hanya akan terkebil-kebil macam ayam berak kapur dan kemudiannya terus menukar topik.

FAKTA 1: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKS) keluarkan garis panduan untuk memisahkan tempat duduk lelaki dan perempuan Islam yang belum berkahwin ketika menonton wayang. DAP tidak setuju dan Ronnie Liu kemudiannya menggunakan kuasanya untuk menghalang garis panduan tersebut daripada dilaksanakan. PAS tidak mampu melakukan apa-apa dan terpaksa bersetuju dengan tindakan Ronnie Liu itu.

* Cadangan mengeluarkan garis panduan tersebut datangnya daripada Ahli Majlis MDKS dari parti PAS sendiri.

FAKTA 2: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pernah mengeluarkan arahan melarang umat Islam bekerja dipremis yang menjual dan menyediakan arak. Ronnie Liu dengan kuasa yang ada mengarahkan agar MPSJ menarik balik arahan tersebut. Pemimpin PAS langsung tidak berani membantah melainkan akur dan tunduk dengan kehendak Ronnie Liu. 

FAKTA 3: Selaku Exco Agama Islam Selangor, Dr Hassan Ali pernah bertindak agresif menghalang sekumpulan umat Islam dari dimurtadkan di Selangor. Sikap Dr Hassan Ali itu tidak disenangi oleh DAP. DAP mula menekan PAS agar memecat Dr Hassan Ali. PAS yang akur kepada kehendak DAP akhirnya mengambil keputusan memecat Dr Hassan Ali. Hasilnya, Semenjak Dr Hassan Ali dipecat, sudah ada sekumpulan pendakwah Kristian yang berani menyebarkan ajaran agama mereka disekitar Shah Alam. 

Itu baru berhadapan dengan Ronnie Liu.

Bayangkanlah pula bagaimana tahap ketakutan mereka kalau berhadapan dengan Lim Kit Siang atau Karpal Singh. Silap-silap boleh menggeletar seluruh tubuh badan mereka.

Masih nak harapkan PAS menjaga dan memartabatkan agama Islam dinegara ini? 

Kirim salam lahhhhhh!