Proses ini berlaku pada hari pertama. Sebaik jantung berhenti mengepam darah, darah akan berkumpul dan termendap ke bahagian paling bawah tubuh. Ia dibantu faktor tarikan graviti.
Anggota badan menjadi merah unggu pada bahagian bawah dan pucat memutih bahagian atasnya.
Anggota badan menjadi merah unggu pada bahagian bawah dan pucat memutih bahagian atasnya.
Kulit dan otot-otot mulai mengendur dan suhu jasad menurun. Proses fisiologi berhenti bekerja. Otot akan mula mengeras didahului otot mata dan diikuti otot-otot yang lain. Mayat menjadi kejang dan keras.
Dalam masa yang sama struktur membran sel jasad menjadi rosak dan pembebasan enzim penguraian pun bermula.
Dalam masa yang sama struktur membran sel jasad menjadi rosak dan pembebasan enzim penguraian pun bermula.
Proses 'Pemecahan Sendiri'
Proses ini mula berlaku pada hari pertama hingga hari ketiga. Otot yang keras mulai mengendur. Bakteria Anaerobik yang boleh hidup dalam keadaan tanpa oksigen mula aktif dan membiak dengan banyaknya didalam organ perut.
Bakteria tersebut akan mengurai segala zat yang ada didalam jasad seperti protein dan karbohidrat.
Warna kehijauan akan timbul. Aktiviti bakteria inilah yang menyebabkan mengapa perut menjadi bahagian yang paling awal rosak, membusuk dan terurai.
Warna kehijauan akan timbul. Aktiviti bakteria inilah yang menyebabkan mengapa perut menjadi bahagian yang paling awal rosak, membusuk dan terurai.
Peringkat 'Pembusukan'.
Proses pembusukan ini berlaku dari hari ketiga hingga hari ketujuh. Warna kehijauan yang muncul semasa proses 'Pemecahan Sendiri' sebelum ini kemudiannya akan merebak ke saluran abdomen, dada, paha dan akhirnya keseluruh jasad.
Keseluruhan jasad kemudiannya menjadi gelap kehitaman.
Keseluruhan jasad kemudiannya menjadi gelap kehitaman.
Mata akan tersembul keluar selain perut mengembung dan akhirnya pecah mengeluarkan segala isinya akibat tekanan gas yang terhasil daripada aktiviti bakteria didalam usus kecil.
Proses pereputan ini turut merebak kepada organ-organ dalaman yang lain seperti jantung, paru-paru, hati, buah pinggang dan sebagainya.
Proses 'Pereputan'.
Proses ini mula berlaku pada hari ketujuh dan seterusnya. Pada peringkat ini kulit tubuh akan menjadi kemerahan dan melepuh dan akan tertanggal dengan sendirinya. Kulit ini kemudiannya akan tertanggal dengan mudah.
Segala cecair yang ada didalam jasad akan mula mengalir keluar.
Bermula dari kepala, daging reput yang ada dijasad akan mula gugur berluruhan sedikit demi sedikit. Kuku dan rambut turut luruh.
Bermula dari kepala, daging reput yang ada dijasad akan mula gugur berluruhan sedikit demi sedikit. Kuku dan rambut turut luruh.
Proses pereputan terus berlaku dimana otot-otot mereput, hancur sedikit demi sedikit dan seterusnya terpisah daripada tulang.
Tisu-tisu lembut dijasad kemudiannya secara perlahan-lahan akan menjadi kecut dan kering.
Tisu-tisu lembut dijasad kemudiannya secara perlahan-lahan akan menjadi kecut dan kering.
Proses ini akan berlanjutan sehinggalah yang tinggal hanyalah tulang temulang sahaja.
Dah habis ke prosesnya?
Belum lagi.....
Pada peringkat terakhir, bakteria dan mikro organisma lain akan mula mengerumuni tulang-tulang yang tinggal. Tisu-tisu tulang dimakan sampai tiada lagi apa-apa yang tinggal.
Namun ada pendapat ulamak yang mengatakan masih ada sedikit sisa tulang yang berbaki. Tulang yang sangat kecil itu disebut 'Ajbudz Dzanab'. Dikatakan dari 'Ajbudz Dzanab' inilah manusia akan dibangkitkan semula oleh Allah SWT untuk dihitung segala amal perbuatannya dihari akhirat kelak.
Wallahu'alam.....
Itulah pengakhiran pada jasad yang selama ini kita belai dan kita jaga dengan sebaik mungkin.
Beruntunglah mereka-mereka yang dipilih oleh Allah SWT, yang jasad mereka tidak hancur binasa dan kekal terpelihara sehingga hari dipertemukan semula dengan Penciptanya.

Kredit gambar: pakcikli00
No comments:
Post a Comment