Friday, May 17, 2013

Apa Khabarnya Kutipan Derma Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu PAS?


Berapa banyak derma yang dapat dikumpul?

rm500k?.
rm1 juta?..
rm2 juta?..

Ikut kata pemuda pas pusat malaysia, hasil kutipan tabung tu akan disampaikan terus pada semua waris wira negara yang gugur di lahad datu.

Dan kata pemuda pas lagi, mereka AKAN CUBA sedaya upaya untuk sampaikan hasil kutipan derma tu pada semua waris yang terlibat.

Kalau ikut paham aku, bila guna perkataan AKAN CUBA, maknanya kalau dah cuba sedaya upaya tapi tak dapat jugak disampaikan....dah tak boleh kata apa dah. Iya lah...DAH CUBA sampaikan...kalau tak berjaya nak buat macam mana?

Harapan aku....jangan sampai duit kutipan derma tabung perajurit tragedi lahad datu pas tu jadi macam tabung memali sudah lah.




Lidah Rasmi Syaitandaily: Antara Pengiktirafan MB Kelantan Dan Penghinaan Lim Kit Siang.

MB Kelantan yang baru, datuk ahmad yakob sambut baik kabinet baru yang diumumkan ds najib.

Siap iktiraf lagi yang ds najib ada hak untuk pilih sesiapa yang dirasa layak jadi jadi anggota kabinet.

Thursday, May 16, 2013

Perlukah Sekolah Vernakular Terus Dikekalkan?...


Kalau ditanya pada aku...aku akan jawab tidak...

Macam mana nak pupukkan perpaduan kaum kalau sedari kecil anak-anak yang berlainan latar bangsanya sudah diasing-asingkan dalam pelbagai sistem pendidikan?

Kalau melayu boleh korbankan Sekolah Melayunya dan ditukar kepada Sekolah Kebangsaan atas semangat nak memupuk perpaduan, mengapa pulak kaum cina dan kaum india tak mahu kehilangan sekolah jenis kebangsaan mereka atas semangat yang sama?

Pemuda PAS Selangor Pantau Kerajaan Negeri, DAP Dan PKR Menggigil Ketakutan.


Kadang-kadang aku kesian tengok cara politik pemuda pas selangor.

Minggu lepas timbalan ketuanya berapi-api cakap takde sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika pakatan rakyat terus berkuasa di selangor.

Bukan setakat cakap takde perjanjian, tapi dengan garangnya siap suruh pemimpin PKR Selangor tengok muka sendiri kat cermin dulu sebelum membuat apa-apa kenyataan yang kerusi MB Selangor patut diberikan pada PKR.

Monday, May 13, 2013

Like Father Like Son...Berlakonlah Selagi Boleh Berlakon.

Ini lah zuhud style PAS...
Depan orang ramai....bila tau banyak mata yang menengok, dia buat-buat naik teksi......


Naik teksi ye! ....Zuhud ye!

Hari Ini Dalam Sejarah: Laporan MAGERAN, Tragedi 13 Mei



Aku yakin ramai yang belum pernah membaca laporan mageran tentang tragedi berdarah 13 Mei 1969.


Banyak buku mengenai kejadian 13 Mei yang ditulis oleh pelbagai individu ada dipasaran sekarang. 

Tapi kebanyakannya...setakat yang pernah aku baca, memutarbelit banyak fakta. 

PAS Akan Daftarkan 'Malaikat' Sebagai Pengundi Pada PRU14?


Aku faham kp pas pusat ini kecewa tahap gaban bila pakatan rakyat gagal mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari bn dalam pru13 yang baru lalu.

Tapi bilamana dia mengatakan hanya 'undi malaikat' yang boleh membawa kemenangan kepada pakatan rakyat...aku jadi geli hati.

Sunday, May 12, 2013

Baca Dan Nilai...Bukti PAS Amat Bergantung Harap Dengan Ehsan Kafir Harbi.





Surah An Nisa’, Ayat 139
(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

Wajib Baca: Surat Terbuka Si Tanggang Kepada Bang Non Anak Angkat Sultan Kiram.


 

SURAT TERBUKA KEPADA ANWAR DAN PENYOKONG PKR: 
Hidupkan REFORMASI, Ketepikan Kepentingan Peribadi.
Ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tegahhari. Terkesima daku apabila perjuangan demi keadilan dan kesamarataan yang diperjuangkan Parti Keadilan Rakyat, berubah wajah dek kerana Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI).

Saturday, May 11, 2013

Pemuda PAS Selangor Berlakon Tibai PKR


 
Tiada perjanjian MB Selangor mesti daripada PKR
10 Mei 2013

SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Selangor hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR jika gabungan parti Pas, PKR dan DAP memerintah negeri itu. 
Justeru, Timbalan Ketuanya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu 'cermin diri dan sedar diri' sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.