Thursday, October 4, 2012

Sampai Bila PAS Mahu Mempermain-Mainkan Hudud Untuk Keuntungan Politik?



Dah berpuluh tahun PAS menggula-gulakan rakyat dengan hudud mereka.

Dah berpuluh tahun juga PAS menggunakan hudud untuk memarakkan kebencian rakyat kepada UMO dan kerajaan.

Acapkali PAS kata UMNO tak mahu hudud.
Acapkali juga PAS kata UMNO tolak hudud.

PAS kata mereka amat mendambakan hudud dilaksanakan di negara ini.

Selalunya dengan nada sedih dan bercampur kecewa...PAS katakan apalah daya mereka mahu melaksanakan hudud kalau UMNO selaku kerajaan menentang dan membantah.

Samada kita sedar atau tidak...itu sebenarnya hanya skrip basi PAS.

PAS sendiri hakikatnya tak minat dan tidak serius walau sedikit pun mahu melaksanakan hudud yang kononnya mereka perjuangkan.

Sebenarnya hudud hanya sekadar digunakan oleh PAS untuk menjadikan rakyat menilai bahawa UMNO tak pentingkan agama. PAS gunakan hudud untuk kepentingan politik jahat mereka.

PAS sanggup mengarahkan ribuan ahlinya berdemo dan mengganas dijalanan dalam bersih 1 hanya kerana mahu kerajaan dan SPR memenuhi kehendak mereka...tapi sekalipun PAS tak pernah berdemo menekan kerajaan agar melaksanakan hudud.

PAS sanggup mengarahkan ribuan ahlinya berdemo dan membuat huru hara dalam bersih 2 hanya kerana mereka bersyak wasangka kerajaan menggunakan SPR untuk menang PRU....tapi sekalipun PAS tak pernah berdemo menekan kerajaan agar melaksanakan hudud.

PAS sanggup mengarahkan ribuan ahlinya mengamuk, membuat kerosakan serta membelasah dan mencederakan sesiapa yang menghalang mereka dalam bersih 3....tapi sekalipun PAS tak pernah berdemo mendesak kerajaan mengkaji dan melaksanakan hudud yang mereka mahukan.

Itulah PAS, mereka sanggup buat apa sahaja hatta sampai melakukan sesuatu yang boleh mengancam nyawa orang lain demi politik. Tapi sekali pun mereka tak pernah bangkit melakukan perkara yang sama demi hudud yang kononnya telah mereka perjuangkan selama puluhan tahun.

Pendek kata, sebutlah demo dan keganasan apa yang perlu dilakukan, PAS akan sentiasa sanggup asalkan ada keuntungan untuk poltik mereka disitu.

Tapi cubalah ajak PAS berdemo mengamuk demi melaksanakan hudud yang mereka sendiri mahu....mampus hidup balik 7 kali pun PAS tak akan minat nak buat.

Masih mahu percaya PAS memang benar-benar serius mahu melaksanakan hudud dinegara ini?

Tepuk dada tanya lah selera.....








1 comment:

Lee Al Peraki said...

Gua masih menunggu undang2 Islam yg akan dilaksanakan UBN.