Sunday, April 22, 2012

Kemalangan di Putrajaya: Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia.



Horas! baru menerima berita dari seorang sahabat memaklumkan seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Putrajaya pada 28hb Mac lalu telah meninggal dunia.

Mohd Razif Rashid - Ketua Pemuda Kantan Permai - yang berada didalam keadaan koma dan dirawat di ICU Hospital Putrajaya semenjak terlibat dalam kemalangan tersebut meninggal dunia sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham kini dalam proses untuk dibawa kerumah ibu bapanya di Lot 7222, Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Kajang.

Al-Fatihah....

Semoga roh Allahyarham dicucuri dengan rahmat dan kasih sayang oleh Allah SWT.

Sedih benar rasanya. Horas! kini telah kehilangan tiga orang sahabat akibat kemalangan tersebut.

Horas!: Horas! ada menulis tentang kejadian malang dan menyayat hati berkenaan disini, disini dan disini.




4 comments:

Anonymous said...

Alfatihah, semoga roh allahyarham ditempatkan Allah dikalangan tempat org yg beriman dan beramal soleh

Anonymous said...

al-fatihah..

Anonymous said...

Takziah kpd keluarga allahyarham. semoga redha dn bersabar menghadapi dugaan yg amat berat ini.

pisau said...

takziah kepada keluarga..moga allah cucuri rahmat keatas allahyarham.