Tadi teman Horas! mengirimkan gambar diatas.
Menurut beliau, ketika sedang bersarapan disebuah cafe terkenal yang mempunyai banyak rangkaian, datang pasangan suami isteri berbangsa Cina bersama seoorang kanak-kanak turut bersarapan disitu. Mereka membawa bersama mereka seekor anjing kecil yang berikat lehernya.
Ketika baru sampai, sambil memegang tali pengikat anjing itu, tuannya membiarkan anjing kecil tersebut berlegar-legar disekitar kawasan meja yang dia duduki...maka habislah kaki-kaki kerusi dan meja dihidu-hidu oleh anjing kecil itu.
Tidak lama selepas itu, ketika pasangannya sedang memesan makanan, anjing tersebut dinaikkan pula keatas salah sebuah kerusi yang ada oleh tuannya. Maka duduk sambil sekejap-sekejap berdirilah anjing kecil itu diatas kerusi yang pada waktu yang lain mungkin akan diduduki pula oleh pelanggan yang beragama Islam.
Menurut teman Horas! lagi, yang paling menjadikan beliau semakin sakit hati adalah apabila anjing kecil tersebut disuapkan oleh tuannya dengan makanan yang dipesan tadi. Terjelir-jelir lidah anjing tersebut mengambil makanan yang disuapkan oleh tuannya. Kemudian...dengan tangan yang sama - yang mungkin dah terkena air liur dari mulut anjing itu - tuan anjing berkenaan memegang pula pisau, garfu dan cawan.
Isteri teman Horas! yang tidak berpuas hati melihat keadaan itu kemudiannya mengadu kepada salah seorang pekerja cafe berkenaan. Dalam keadaan serba salah sipekerja memberitahu, perkara itu sudah acap kali berlaku.
Isunya...adakah pihak pengurusan cafe berkenaan akan menyamak pisau, sudu, garfu serta cawan dan pinggang itu mungkin sudah terkena najis berat itu? Sedangkan pada masa yang lain mungkin ianya akan digunakan pula oleh pelanggan yang beragama Islam. Tidakkah teraniaya namanya apabila pelanggan yang beragama Islam tanpa sedar sebenarnya menikmati makanan mereka dari peralatan yang telah dicemari najis mughallazah?
Horas! sendiri sebenarnya pernah melihat perkara yang sama berlaku didepan mata kepala sendiri. Tapi apa yang Horas! lihat dan lalui lebih meloyakan.
Suatu malam ketika sedang menikmati roti canai dan teh tarik disebuah restoran nasi kandar terkenal di Subang Jaya, datang satu keluarga Cina duduk disebelah meja Horas!.
Rakan-rakan pembaca sekalian mahu tahu apa yang keluarga terbabit lakukan?
Selepas memesan makan dan minuman dan sementara menunggu pesanan mereka sampai..dengan selamba mereka menikmati daging babi salai yang mereka beli disebuah kedai menjual makanan tersebut yang letaknya tidak jauh dari restoran nasi kandar tersebut.
Dan dengan tangan memegang daging babi salai sebelum itu jugalah mereka memegang sudu, garfu, pinggan dan gelas yang ada didepan mereka apabila makanan yang mereka pesan sampai.
Sungguh Horas! merasa geli dan sakit hati apabila melihat keadaan itu. Akibat tidak berpuas hati, Horas! memanggil pemilik restoran tersebut yang kebetulan Horas! kenali. Horas! adu dan ceritakan apa yang berlaku dimeja sebelah.
Dia turut memberitahu perkara yang sama seperti apa yang yang diberitahu oleh pekerja cafe tempat teman Horas! dan isterinya bersarapan. Katanya, perkara sebegitu sudah banyak kali berlaku.
Horas! tanyakan apa yang akan beliau buat dengan peralatan yang sudah tercemar dengan najis mughallazah tersebut? Kata pemilik restoran itu...setiap kali perkara itu terjadi..dia akan mengarahkan pekerjanya membuang sudu, garfu serta pinggan dan gelas yang telah dicemari najis itu.
Bila Horas! tanyakan samada dia akan menyamak kerusi dan meja yang mungkin juga telah mereka pegang...pemilik restoran nasi kandar tersebut terdiam.
Ketika beredar, Horas! sempat melihat pemilik restoran nasi kandar tersebut pergi kemeja yang diduduki oleh keluarga Cina terbabit dan bercakap sesuatu dengan salah seorang daripada mereka. Dia kemudiannya membawa lelaki tersebut ketempat yang sedikit tersembunyi. Apa yang mereka cakapkan....wallahu a'lam.
Itulah realitinya keadaan di Selangor hari ini. Yang bukan Islam (bukan semua) sudah tak berapa peduli lagi dengan sensiviti umat Islam.
Terpulanglah pada rakan-rakan sekalian untuk menilai dan mengkaji mengapa perkara-perkara sebegini semakin galak terjadi ketika ini.
UMNO atau BN bukanlah sempurna 100%..ada juga kesilapan yang terjadi semasa pentadbiran mereka di Selangor dulu.
Tapi ketika itu...Horas! tidak pernah pula melihat perkara-perkara seperti yang diceritakan diatas terjadi. Dan Horas! juga tidak pernah mendengar teman-teman Horas! bercerita perkara yang sama.
13 comments:
kalau dah tau jangan pergi lagi makan kat situ... banyak lagi restoran milik orang melayu islam yang lain yang berkemungkinan cina haram jadah pemakan babi tak akan masuk makan.
sesekali kita nk gak ubah citarasa. hari2 mkn nasik campur boring gak. tp susah la klu ramai yg x sensitif ngan agama islam cenggini. ikut kepala dorang jer. ni la akibatnya sokong pakkhatan.
Asalkan dapat undi, puak pakatan rakyat takkan peduli dgn isu2 begini. Remeh kata mereka.
cilakak umno yg anjing la bodoh.
dulukn umno anjing british..
skg ko pegang la anjing 2 bodoh.
agak2 la nk sensitif sgt, rasis tak kena tempat
bodoh umno
undi cina gak ko tagih
oh ya...
umno bukan anjing
tapi lembu hahahaha
Anon 2:31, komen anda boleh dianggap yang terbaik dari pencacai bebal Pakatan :)
Setuju dengan anon April 21 3:04 pm.
Makan aje di tempat lain. Tapi sbeelum tu tolong war-war akan masalah tempat tersebut kepada umum supaya orang ramai tahu. Ingat atau tidak satu Pasaraya terkenal kalau tak silap saya TESCO pernah membuat proses menyamak seluruh premisnya akibat sausej tidak halal?. Inilah kuasa tekanan pengguna yang beragama ISlam hingga Tesco pun akur apatah lagi cafe macam ni.
Jika benar-benar prihatin laporan sahaja ke pihak penguatkuasaan samada perbandaran atau pejabat agama. Tapi kalau di selangor mungkin susahlah sikit.
Keduanya kepada anon 5:31 pm :- dari post anda saya harap anda ialah seorang yang berada di bawah umur 12 tahun yang mana post sebegitu boleh di diterima dari umur lingkungan tersebut. Jika bukan ...............
Apa la malaun 2:31am nie ckp..mcm xpakai otak je ckp...apa punya bodoh,nie lg bodoh dari anjing aku rasa die nie..
Bro! aku penah tgk cina masuk kfc bawak anjing!!! rasanya tahun 2010...
Perghhh..terkejut aku...
kenapa cina 2 x perasaan arahan no pet allowed depan pintu masuk kfc tu?
or memang jenis x peduli...
Kat Singapurapun ada sign larang bawa BUAH DURIAN dlm kenderaan awam, hotel etc, itu buah yg Halal dimakan & kalau tersentuh x perlu samak....ini hanjing...kalau Babi?????
lain kali bg lebai PAS duduk dulu kat kerusi tu....kasi lapik dgn serban PENIPU mereka.....cai PR jilat sehabis baik..hehehe
minta bro Horas! tolong bawa isu REMEH ni kepada pengetahuan yg berwajib lebih molek kalau ada bukti video & gambar....umat Islam perlu desak diletak sign "NO PET ALLOWED" BESAR2 di semua Premis makanan yg boleh umat Islam pi
ini berkenaan Agama bukan setakat adat atau geli2 atau human rights semata2.
ORANG ISLAM ADALAH PENGGUNA MAJORITI..GUNAKANLAH KUASA MEMBELI YANG KITA ADA....KES TESCO TUE SATU CONTOH YG BAIK.
La dah tau sifat kaum tu macam tu, dia peduli apa.. koa sound dia..dia balas "pegi makan kedai malayu laa bodoh dah tau sini kedai mana ada haram halal janji untung..lu bodoh makan sini apa pasai""....apa koa nak jawap..baru padan muka...senang cerita jimat duit masak sendiri..
Amno jijik anjing tapi tak jijik rasuah...ooppsss..rasuah takdak dlm dictionary amno, tu cuma politik Wang...bagero..akk lagi rela pegang anjing dari Ambik rasuah..pegang anjing boleh samak, tapi bila dah Ambik rasuah, kita gunakan duit rasuah tu beli Makanan utk sendiri Dan anak2 lagi besar Kesannya...nauzubillah..
sebut je umno, puak jadah alharami mesti kaitkan dgn rasuah. hotak kau la. lge sial tu bukan ke kaki rasuah. rumah dia sapa yg taja? berapa harga dia jual tanah utk perumahan rakyat kt penang tu? bapak anwar bin ibrahim tu bukan bapak segala rasuah? jet yg terbang ke sabah pd 16 sept lepas sapa yg taja? dpt free ke ada timbal balas. sial la kau sampai ke usus. mb selangor dpt adakan bas 2 tingkat utk roadshow pru13 tu bersumber apa? bukan atas sebab mesin kompaktor sampah yg berpuluh bijik tu. hoi dol, kau tengok cermin supaya kau sedar muka kau ada tercalit taik!!! hehehehe...aku tengah jwb dgn sabar ni...
Post a Comment