Artikel ini dikirimkan melalui email oleh seorang pembaca dan beliau minta Horas! siarkan diblog ini.
Agak panjang....namun penuh dengan maklumat dan menarik untuk dibaca.
"Sikap toleransi sebahagian pemimpin politik Melayu menggugat bangsa sendiri. Contohnya isu kuil Hindu dikawasan majoriti penduduk Islam Seksyen 19 Shah Alam mengambil masa yang lama untuk dipindahkan kerana keengganan pihak kuil untuk keluar dari tapak itu.
Semasa perjumpaan penduduk dengan Penguat kuasa dan Jabatan Perancang MBSA pada Ogos 2006 penduduk diberitahu pihak kuil mendapat sokongan padu daripada pemimpin dan komuniti mereka sebab itu mereka berani dan bersatu. Bagaimana pula sikap pemimpin politik Melayu?.
Disebabkan sikap toleransi pemimpin politik Melayu mereka dapat bertahan lama dikuil itu. Penduduk sekitar terpaksa berhadapan pelbagai cabaran dan gangguan walaupun dalam pelan asal kawasan perumahan Seksyen 19 tidak ada kuil ditapak itu.
Semasa penduduk pindah kuil itu kecil dikawasan rendah yang semak terbiar, tiada bekalan air dan elektrik disitu. Kuil digunakan penduduk setinggan berhampiran jalan keretapi. PKNS berjanji kepada penduduk kuil akan dipindahkan kerana kawasan itu untuk tapak rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit seperti dalam pelan asal Seksyen 19.
Pada tahun 2003 kuil diarahkan berpindah ke Seksyen 18 tetapi pihak kuil menolak atas pelbagai alasan. Semua penduduk kawasan setinggan telah dipindahkan secara berperingkat-peringkat hingga selesai pada tahun 2005.
Pada tahun 2006 kuil menjadi semakin aktif selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan. Kuil dibesarkan tanpa pelan dan permit PBT. Kebanyakan pengunjung kuil datang dari kawasan lain.
Sepanjang tahun 2006 penduduk membuat aduan dan perjumpaan dengan pelbagai pihak mohon kuil dipindahkan kerana aktiviti mereka mengganggu ketenteraman awam di kawasan majoriti Islam. Pada 28/7/2006 Persatuan penduduk membuat aduan kepada DYMM Sultan Selangor.
Pada Ogos 2006 dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa”. Realitinya, tapak itu terus diceroboh kerana mereka tidak didakwa. Semakin banyak aduan, kuil semakin besar. Pada 26/07/2007 aduan dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah dan Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri. Pada 29/12/2007 BN lulus kuil pindah ke Seksyen 22.
Namun begitu usaha penduduk menjadi sia-sia kerana pemindahan kuil itu dibatalkan selepas PR berkuasa pada Mac 2008 dengan alasan tapak kuil itu jauh dikawasan kilang. Bendera parti PAS dan PKR digantung pada papan tanda PKNS, pemuda kuil kata dua parti sokong kuil tidak payah pindah.
Pada April 2008 perjumpaan penduduk dengan YB Adun minta selesaikan isu pemindahan kuil tetapi jawapan YB Adun tidak memihak kepada penduduk Islam. Jun 2008 jalan masuk kekuil dibesarkan. 12/07/2008 aduan kepada YB Adun kuil buat ubahsuai tetapi pada 13/07/2008 wakil rakyat komen dalam blog tiada pembinaan selepas aduan disiasat.
21/07/2008 tiga buah lori bawa bahan binaan kekuil itu, seorang penduduk menahan sebuah daripada lori tersebut. Pemuda kuil selamba menjawab kerajaan baru sudah lulus besarkan kuil.
Julai 2008 keramaian bergendang kerap diadakan. Mereka bergendang ketika azan Maghrib hingga ketengah malam. Pada malam 26/07/2008 mereka buat perarakan bergendang membawa patung besar depan rumah penduduk jam 1 pagi. Suasana malam itu kecoh penduduk tegur bising diugut bunuh.
Bila polis sampai mereka menjerit “Apa komplen Melayu bodoh”. Bila kuil mengadakan keramaian kawasan penduduk menjadi sesak dan bising beberapa hari. Pelbagai masalah sampingan mengganggu penduduk apabila mereka berkumpul ramai dikawasan kuil itu.
Aduan demi aduan kepada pihak berkuasa, perjumpaan dengan wakil rakyat sudah dibuat tetapi tidak ada tindakan berkesan. Oktober 2008 kuil ganggu bising semasa penduduk sambut Aidilfitri. Pada November 2008 rumah penduduk dan tanda jalan diconteng nombor gengster 303, kawasan penduduk sekitar menjadi tempat pemuda Hindu merempit, minum dan mabuk.
Penduduk yang menegur telah diugut, ada penduduk diletak parang depan pagar rumah. Majlis kenduri penduduk diganggu bising lagu Hindu yang dipasang kuat, ada penduduk yang diminta bayar jika mahu kuil senyap. Pada Disember 2008 bilik-bilik kuil dibesarkan, gangguan bising semakin kronik. Penduduk minta bantuan dari Pertubuhan NGO Islam. Pada 08/01/2009 kedatangan NGO diserang AP Shah Alam. YB Khalid Samad tuduh NGO datang buat provokasi dikaitkan PRK di Kuala Terengganu.
NGO bina gelanggang bersebelahan kuil untuk mengurangkan sebahagian masalah yang dihadapi penduduk. Pada hari perasmian gelanggang YB Khalid Samad menulis artikel tuduh NGO sebagai gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu.
Artikel itu tersebar luas, pelbagai komen pro dan kontra dibuat pembaca dalam blog pro PR. Semak artikel Khalid Samad pada 10/01/2009, 12/01/2009, 18/08/2009, 19/08/2009, 30/08/2009 dan 02/09/2009 mengenai Persoalan kuil di Seksyen 19 yang lebih memihak kepada Hindu kuil.
Kenapa YB Khalid Samad sengaja menimbulkan kemarahan pembaca blog kepada NGO dan penduduk Seksyen 19?. Kenapa wakil rakyat tidak ambil peduli tekanan emosi yang dihadapi penduduk akibat gangguan keterlaluan dari kuil itu?.
Pelbagai risiko dan situasi sukar dihadapi penduduk pada masa itu hingga terpaksa minta bantuan dari luar. Adakah YB Khalid Samad menunggu hingga keadaan menjadi kritikal baru hendak membantu penduduk?. Pertubuhan NGO segera datang membantu selepas menerima aduan, tetapi Khalid Samad sindir NGO sebagai Tukang Perhangat. Kuil Seksyen 19 dilaporkan dalam media pro PRO sudah berusia 150 tahun, tetapi selepas itu diturunkan kepada 106 tahun.
Penduduk Seksyen 19 mengadakan dua sidang media pada tahun 2009 - "Penduduk desak Kuil Seksyen 19 Pindah " dan "Penduduk Seksyen 19 nafi kuil berusia 106 tahun". Jika benar kuil itu sudah didaftarkan 106 tahun yang lalu kenapa pihak PKNS pasang dua papan tanda " Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa".
NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Pada 30/05/2009 penduduk terima berita kuil akan dipindahkan ke Seksyen 23. Penduduk Islam Seksyen 23 membuat bantahan tidak bersetuju kuil besar dibina berhampiran kawasan mereka. Penduduk tidak mahu masalah di Seksyen 19 berlaku dikawasan mereka.
Pemimpin PR tidak peduli bantahan penduduk Islam. Kuil dikatakan 200 meter dari kawasan perumahan itu terletak bersebelahan padang permainan. Pagar tapak kuil satu ekar diconteng penduduk kerana marah, tetapi MB berkeras hendak teruskan bina kuil disitu. Pada 28/08/2009 demonstrasi penduduk bantah kuil di SUK. Bila kepala lembu diusung sebagai tanda protes satu dunia kecoh konon menghina agama Hindu. Akhbar Harakah 040/09/2009 tuduh UMNO dalang kepala lembu.
Blog-blog pemimpin Islam PR membuat ulasan isu kepala lembu dikatakan menghina anutan agama lain. MB Selangor minta maaf kepada penganut Hindu kerana isu kepala lembu amat sensitif kepada mereka. Pihak kuil yang dibela oleh PR tidak ambil peduli sensitiviti penduduk kawasan majoriti Islam Seksyen 19.
Pada 26/07/2008 Hindu kuil Seksyen 19 buat perarakan bergendang bawa patung besar depan rumah penduduk Islam waktu tengah malam jam 1 pagi amat mengganggu ketenteraman awam. Kenapa tidak ada tindakan susulan selepas aduan dan perjumpaaan dibuat dengan Wakil Rakyat?. Malah masalah penduduk bertambah kronik selepas aduan itu hingga pada Disember 2008 penduduk terpaksa minta bantuan Pertubuhan NGO Islam.
Pada 30/09/2009 Bahagian Sekretariat akhbar Kerajaan Selangor terbitkan risalah bertajuk “Memahami isu pemindahan kuil Mariaman di Sek. 19 ke Seksyen 23”.
Laporan risalah bersikap double standard hanya menulis fakta dan aduan oleh pengunjung kuil Seksyen 19. Masalah penduduk tidak akan menjadi serius jika pihak berkuasa prihatin selesaikan aduan rakyat. Kenapa pihak NGO lebih prihatin membantu penduduk di Seksyen 19 dan Seksyen 23?.
Logikkah NGO membantu penduduk dituduh dalang yang menimbulkan isu pertelingkahan kaum?.Jika benar seperti dinyatakan “Keadilan Untuk Semua”, gangguan kuil Hindu kepada penduduk Seksyen 19 wajar didedahkan didalam risalah itu. Hindu kuil yang disokong MIC sejak zaman BN dahulu tidak jadi isu kepada PR. Tetapi bila penduduk Islam buat bantahan pasti UMNO yang dilibatkan.
Selepas demonstrasi kepala lembu, kuil tidak jadi dibina bersebelahan Padang Permainan Kanak-kanak Seksyen 23. Kuil di Seksyen 19 pula terpaksa dipindahkan ketapak lain bersebelahan kilang Nitto Denko. Pemindahan kuil telah di tangguhkan beberapa kali sejak September 2010.
Selepas setahun berlalu pada September 2011 penduduk hantar aduan ditanda tangani lebih 100 penduduk kepada YB Datuk Khusrin bin Munawi, SUK Selangor mohon bantuan agar pemindahan kuil disegerakan. Laporan dokumen MTEN Selangor Julai 2009 ditanda tangani oleh Datuk Bandar Shah Alam menulis pihak Polis menasihatkan MBSA pindahkan kuil itu bagi mengelak perkara tidak dingini berlaku.
Kuil Hindu yang mengganggu penduduk Seksyen 19 sudah pun dirobohkan pada 02/02/2012. Wakil Rakyat Shah Alam dan Media pro PR membuat ulasan kejayaan kerajaan PR berjaya memindahkan kuil dalam masa 4 tahun berkuasa. Memang benar usaha PR selesaikan pemindahan kuil ke Seksyen 23. Kuil kecil di atas tanah milik PKNS sudah diganti tapak yang lebih luas di kawasan tapak baru. Tetapi pemimpin dan media PR jangan lupa tanpa bantahan serius oleh penduduk dan campur tangan Pertubuhan NGO Islam masalah penduduk tidak akan selesai.
Pemindahan kuil yang sepatutnya selesai pada tahun 2008 ditangguhkan hingga ketahun 2012 . Hakikatnya pelbagai gangguan yang berlaku semasa PR berkuasa lebih teruk berbanding masa BN dahulu. Cabaran penduduk bukan sahaja dari pengunjung kuil, tetapi sikap toleransi pemimpin PR kepada Hindu kuil menimbulkan masalah kepada penduduk. Kuil senyap selama 7 bulan selepas campur tangan NGO pada Januari 2009. Tetapi gangguan bising dari kuil berlaku semula selepas Ogos 2009 hingga Januari 2012. Isu kuil itu menyerlahkan sikap pemimpin politik Islam yang sering buruk sangka sesama Islam, tetapi amat bertoleransi dengan pihak kafir".
Warga Seksyen 19 Shah Alam.
11 comments:
nnt bila khalid samat mati ,hindraf gali kubor ,dap baca talqin ,
pergi haram jadah dengan si sial Khalid samad ni... ko melayu ker hindu?? atau gereja?
yg nama kalid samat tu rasanya tahapnya blh dikira blh di jatuh hukum tu..dia ni dh mcm mubaligh kristian ada,hindu pun ada malah lbh bahaya dr tu sbb dia berada dlm kelompok islam..
Kami juga duduk diSeksyen 19. Kami amat bersyukur selepas kuil itu roboh tak ada lagi bunyi loceng kuil ganggu waktu awal pagi dan senja, tidak ada lagi bau kemenyan yang menyenakkan hidung, tidak dengar dah sami kuil baca mentera dengan suara yang kuat. Penduduk tak gaduh buat kenduri pun rasa lebih selesa sekarang. Dulu tiap hari dengar lagu Hindu macamlah kita orang semua duduk di kawasan India. Memang lega sekarang kerana kawasan kami sudah aman tak payah dengar dah bunyi gendang memekakkan telinga bila Hindu kuil buat upacara besar. Ada makan besar pulak selepas itu. Kawasan kami jadi sesak mereka parkir kereta sesuka hati depan rumah. Kadang-kadang jadi gaduh bila kena bunyikan hon panjang bila nak keluar rumah. Bila ada upacara pemujaan mereka buat unggun api besar penuhlah asap berjerebu. Yang teruk tu bila ada yang datang mabuk buat bising semacam. Masa BN dulu bila telefon bekas Adun komplen kuil bising dia cepat hantar polis dan penguat kuasa MBSA, jadi masa BN dulu keadaan lebih terkawal. Tapi bila masa PR lebih teruk. Banyak peristiwa yang berlaku mengguris hati dan memang kami semua kena sabo aja. Pemimpin nak jaga hati bangsa lain tak peduli nasib bangsa sendiri. Bila penduduk panggil orang luar baru nak kecoh sikit-sikit salahkan UMNO. Senang aje tuding jari. Kuil tu dah patut pindah tahun 2008 tapi PR dengar cakap pihak sana taknak pindah kata jauh dikawasan kilang. Kena tunggu 4 tahun. Tahun 2012 barulah kuil pindah itu pun sebab dah jadi kes kepala lembu.
Domino
Seksyen 19 Shah Alam.
www.khalidsamad.com – Petikan blog Khalid Samad Isu Kuil Seksyen 19
Saturday, January 10, 2009 - Persoalan Kuil di Sek 19 dan Tindakan Pewaris
Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan. Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. NOTA PENTING: Minta disebarkan perkara ini kerana dijangka provokasi yang sedemikian rupa akan digunakan lebih kerap lagi menjelang PRK-KT, maka harus sentiasa berwaspada. Jangan kita terpedaya!
Monday, January 12, 2009 - Undang-Undang DS atau BN.
Ini jugalah seruan Pewaris. Kumpulan yang datang untuk menimbulkan provokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Mereka seolah-olah menyeru orang Melayu/Islam bersatu untuk menekan kaum India supaya orang India akan memindahkan kuil mereka kepada mana sahaja yang ditentukan oleh pihak MBSA. Walau ke ceruk mana. “Melayu bersatu! Melayu bersatu!” laungan mereka. Bersatu untuk ke mana? Ke landasan rasuah, penipuan dan penyelewengan yang telah disediakan selama ini oleh UMNO? Tak payah lah. Landasan kita adalah Islam dan kalau tak berapa tahu Islam, mengajilah. Datang kuliyah agama ataupun ceramah PAS, insyaAllah, semuanya akan jelas.
Tuesday, August 18, 2009 - Tapak Kuil Seksyen 23 Shah Alam
Kalau ikut kehendak masyarakat Hindu yang juga merupakan rakyat negeri ini, mereka ingin kuil tersebut kekal sahaja di situ. “Inilah tapak asal kami, sepatutnya PKNS mengambil kira kehadiran kuil kami di sini semasa merancang pembangunan kawasan Shah Alam”, kata mereka.
Wednesday, August 19, 2009 - Respon Pengunjung: Persoalan Kuil Seksyen 23 Dasar kerajaan PR, ‛Tiada kuil baru dan tiada kuil yang diroboh’. Ada pula yang menambah Seksyen 22 adalah tapak cadangan kerajaan BN dulu, majoriti masyarakat Hindu. Hakikatnya tapak cadangan BN adalah kawasan kilang, jauh dari mana-mana penduduk, Muslim mahupun Hindu. Terlalu jauh dan amat tidak sesuai. Kalau betul ingin membantu, biarlah ikhlas, biarlah adil.
SUNDAY, AUGUST 30, 200 - Peta Lokasi Berhubung Kuil Seksyen 19
Mungkin bagi orang-orang tertentu tiada bezanya di antara Seksyen 19 dan 23. Kedua-duanya kawasan majoriti ummat Islam. Namun harap maklum, Kuil Seksyen 19 dipindahkan BUKAN kerana Seksyen 19 merupakan kawasan majoriti ummat Islam. Ia dipindahkan kerana Kuil tersebut berada di depan rumah orang (20 kaki). Kawasan itu juga tidak mempunyai tempat parkir kereta dan ini menyebabkan kesesakan berlaku apabila pihak Kuil mengadakan upacara mereka.
Terdapat juga segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup ‘melihat’ kuil dan tok kong. Walau jauh macam mana sekalipun, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat‘bumbung kuil atau tok kong’, mereka menjadi bagaikan dirasuk. Adakah wajar sikap ‘ekstrimis’ yang seperti ini disebuah negara yang diwarnai dengan kepelbagaian kaum dan agama?
2hb September 2009 M - Surat Terbuka Untuk Penduduk Seksyen 23
Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota? Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke Seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang.
KOMEN:
Selepas menyemak semua artikel Khalid Samad dalam isu kuil Seksyen 19 tidak nampak Khalid Samad sebut pun Hindu kuil buat provokasi kepada penduduk Islam Seksyen 19. Adilkah pemimpin Islam seperti ini? Khalid hanya membela puak kuil.
Pemerhati politik
Kita bersimpati melihat kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh penduduk Seksyen 19. Hindu yang menceroboh kawasan tapak rumah PKNS tidak kesah pun bantahan penduduk Islam. Penduduk terpaksa alami masalah gangguan kuil untuk jangka masa yang panjang. Kenapa kuil haram boleh dapat bekalan air dan elektrik?. Dimana ketegasan PBT yang begitu mudah ambil tindakan kepada peniaga Melayu?. Hindu berani buat upacara besar mereka dikawasan Melayu walaupun gangguan mereka amat tidak disenangi penduduk?. Orang Melayu tidak akan berani buat gangguan seperti itu dikawasan yang ramai penduduk bukan Islam. Kenapa Wakil Rakyat Melayu lebih menjaga undi puak kafir daripada membela masyarakat Islam?. Pemimpin PR bukan membela penduduk Islam tapi lebih bersimpati bukan Islam. Lihatlah betapa mesranya kelihatan kedua-dua wakil rakyat Islam bergambar dihadapan kuil itu. Jika kuil dipindahkan pada tahun 2008 masalah penduduk Seksyen 19 tidak berlarutan selama 4 tahun lagi. Pemimpin PAS sanggup menyerang sesama Islam kerana membela puak kafir bukan saja di Seksyen 19 tetapi tulis lagi dalam blog tanpa rasa bersalah menyakiti sesama Islam yang dalam kesusahan kerana diganggu kuil Hindu. Untungnya pihak kuil haram yang dapat ganti tapak kuil yang berkali ganda luasnya walaupun mereka mengganggu ketenteraman awam masyarakat Islam. Penduduk Seksyen 19 berusaha begitu lama minta kuil pindah tapi bila sudah diluluskan pindah oleh BN, begitu mudah dibatalkan oleh pemimpin Islam PR. Bukan kah tapak yang jauh dari kawasan kediaman lebih baik untuk mereka. BN pasti sudah memilih tapak yang sesuai di Seksyen 22. Pihak luar lebih bersimpati untuk membela nasib penduduk Seksyen 19. Berhati-hati memilih pemimpin yang adil untuk membela rakyat dalam PRU 13 nanti.
Anti hipokrit.
http://pewarisummah.blogspot.com/ TUESDAY, JANUARY 13, 2009
ADUAN BERKENAAN KUIL DI SEKSYEN 19, SHAH ALAM
ADUAN 2-PENDUDUK BENGKEK
Merujuk kepada komen YB Khalid Samad,
“Memang perjumpaan YB dengan penduduk telah diadakan di dewan Masjid Seksyen 19, malah perjumpaan penduduk bersama AJK kuil pun telah diadakan pada 12/8/2008. Di mana, beberapa rumusan telah dibuat dari pertemuan tersebut sementara janji YB untuk memindahkan kuil tersebut dalam masa satu tahun memerintah seperti :-
1) TIDAK TERUS MEMBUAT PEMBINAAN TAMBAHAN DAN PEMBESARAN KUIL YANG AKAN DIPINDAHKAN.
2) TIDAK MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBAB 100% PENDUDUK PERSEKITARAN ADALAH BERAGAMA ISLAM.
3) JANGAN BUAT BISING SEMASA GUNA KUIL.
4) JANGAN GANGGU PENDUDUK DENGAN UGUTAN OLEH MANA-MANA PIHAK ATAU KUMPULAN SAMSENG YANG TERLIBAT.
5) TIDAK GANGGU LALU LINTAS SERTA LETAK KERETA PENDUDUK.
6) BENDERA PAKATAN RAKYAT DAN BENDERA PAS MINTA DIALIH DARI KUIL.
Malangnya Nazir Masjid telah dihubungi pihak AJK kuil menyatakan : 1) “KITA TAK BOLEH PINDAH, TEMPAT TAK SESUAI TAK ADA ORANG DUDUK SANA DAN TEPI SUNGAI.”
2) “KITA TAK MAU PINDAH TAPI KITA AKAN BUAT TEMBOK TINGGI KELILING KUIL SUPAYA ORANG TAK NAMPAK”
3) “KITA AKAN BUAT JALAN MASUK IKUT SEBELAH PADANG JOGING.
Sejak Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, aktiviti kuil semakin rancak.
1) TIAP-TIAP HARI RAMAI ORANG LUAR BERKUMPUL SEMBAHYANG DIIRINGI TROMPET SERTA GENDANG BERKUMANDANG DARI PUKUL 7.00 PETANG HINGGA 11.00 TENGAH MALAM.
2) BEBERAPA UGUTAN BUNUH TERHADAP PENDUDUK TELAH BERLAKU. ADA PENDUDUK DIUGUT DENGAN MELETAK PEDANG DI GATE RUMAH.
3) AHLI PENDUDUK NAK BUAT KENDURI TAHLIL PUN KENA BAYAR DUIT PERLINDUNGAN DENGAN PIHAK SAMSENG KUIL WALAUPUN PENDUDUK INDIA DI PERSEKITARAN KUIL HANYA LIMA KELUARGA SAJA.
4) KEGIATAN SAMSENG 303 SEMAKIN RANCAK MABUK-MABUK DAN BERKUMPUL DI KAWASAN KUIL SERTA RUMAH PENDUDUK DICONTENG 303. PAPAN TANDA JALAN DICONTENG 303 SEBAGAI TANDA MARKAS. KELENGKAPAN DAPUR PENDUDUK JUGA DICURI, PANTANG NAMPAK LETAK DI LUAR MESTI KENA CURI.
5) KAMI KHUATIR SAMSENG 303 AKAN MEMBAKAR RUMAH PENDUDUK YANG BERANI MEMBANTAH PERBUATAN MEREKA SEPERTI YANG TELAH BERLAKU PADA 25/3/1994 YANG LALU.
# Aduan penduduk kepada PBT tidak dihiraukan sebab tangan mereka pun terikat . Aduan Polis pernah dibuat, mereka datang sekadar tengok saja sebab jenayah tak serius.
1) Pembinaan dan pembesaran kuil terus rancak berlaku.
2) Pembesar suara tetap rancak digunakan dengan kuat.
3) Bunyi bising tetap rancak sambil semua bertepuk tangan.
4) Bunyi-bunyian special lagi diada-adakan menandakan tuhan mereka datang.
5) Kata-kata kesat turut diucapkan, mereka kata ‘MELAYU BODOH’, orang mahu sembahyang.
6) Aduan dibuat kepada pembantu wakil rakyat tetapi jawapannya “ MELAYU-MELAYU NI MENGADA-NGADA AJE.
7) Aduan kepada pihak polis jawapannya ‘kami tidak boleh buat apa-apa kalau tidak melibatkan jenayah berat laporan pun lambat.”
Tindakan dari ahli penduduk memasang ayat al-Quran dengan kuat sedikit sebanyak melegakan penderitaan dan tekanan yang selama 20 tahun yang sebelum ini, mereka hanya mendengar trompet, tabla, mentera-mentera serta bau yang tidak menyenangkan. Hasil daripada tindakan ini kumpulan India seramai 15-20 orang telah berkumpul di depan rumahnya. Tetapi dengan berkat al-Quran mereka bersurai sendiri.
Kalau dilihat nasib penduduk disini amat malang kerana sekarang kadok dah naik junjung. Mengharap pemimpin Melayu dan Islam yang ada pun dah diinjak-injak# . Masing-masing nak selamatkan diri sendiri dan ada kepentingan. Memanglah sedih kalau dah ada pemimpin Islam mengatakan kami penduduk Seksyen 19 YAHUDI ISRAEL. Amat kecewa kami rasakan apabila saudara seIslam melabelkan kami Yahudi di hadapan orang yang bukan beragama Islam. Tentunya mereka ketawa tanda kemenangan apabila saudara seIslam bergaduh sesama sendiri demi kepentingan peribadi.
Jadi memang wajar bagi kami penduduk-penduduk mengadakan tempat bagi aktiviti sihat seperti gelanggang silat, gasing dan lain-lain. Sebab ini boleh mendidik jati diri kepada remaja-remaja yang bakal menjadi pemimpin di masa akan datang serta bagi menghidupkan suasana kampung di taman-taman dalam bandar di kawasan seksyen 19 yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim di antara penduduk serta taman-taman berhampiran di samping memantau budaya melepak dan minum arak sehingga lewat pagi yang ditiru oleh remaja-remaja setempat yang terdiri dari bangsa Melayu dan Islam serta mengawasi anasir-anasir luar yang menjadi perosak kepada agama, bangsa dan negara serta budaya, di samping bagi menebus maruah pemimpin bangsa yang tergadai.
ALLAHHUAKBAR.
Selepas demonstrasi kepala lembu sebuah filem dokumentari bertajuk Tauke Mancis dan Mancis diterbitkan oleh Komas. Penggambaran dibuat beberapa hari di Seksyen 19 mereka dapat merakam suasana keramaian kuil yang diadakan pada malam 14/08/2010. Sebahagian daripada masalah di Seksyen 19 sudah dikeluarkan dalam filem itu. Filem ditayangkan di Menara PKNS PJ pada 16/10/2010. Seramai 17 penduduk Seksyen 19 hadir dijemput pengarah filem. Dalam filem itu pengurusi persatuan kuil Seksyen 19 mengaku mereka adalah penduduk tempatan sedangkan penduduk sekitar tidak kenal mereka. Mereka kata ketika cuti hari raya penduduk beri mereka kunci rumah dan minta tolong beri kucing makan. Kami semua tidak pernah meninggalkan kunci rumah kepada pihak lain. Kenapa mereka mendakwa kuil itu berusia 106 tahun didaftarkan pada tahun 1903?. Sudah ujudkah pejabat pendaftar Pertubuhan ketika itu?. Jika benar kuil itu sudah berdaftar kenapa PKNS letak papan tanda “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa”. Mungkin kuil kecil yang penduduk lihat pada tahun 1988 itu berusia ratusan tahun? Bagaimana pula tambahan yang dibuat tahun 2006 tanpa pelan dan permit PBT?. Pada tahun 1988 kuil itu kecil usang dikawasan semak terbiar tidak ada bekalan elektrik dan air. Ketika Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib menjadi MB beliau tidak benarkan sebarang aktiviti dikuil itu hingga ia dipindahkan. Ketika itu kuil diguna penduduk setinggan berhampiran jalan kereta api. Pada tahun 2005 semua penduduk kawasan setinggan dipindahkan. Semasa perjumpaan penduduk dengan bekas Adun Batu Tiga Datuk Salomon pada tahun 2006 penduduk bertanya kenapa kuil tidak dipindahkan? Beliau jawab hendak pindahkan setinggan lebih mudah daripada memindahkkan kuil. Pelbagai tuntutan dibuat jika pindahkan kuil, sudah beberapa lokasi ditawarkan ditolak. Jika baca Artikel Khalid Samad menyalahkan UMNO tidak berbuat apa apa selama 26 tahun. Dalam filem itu Khalid Samad menyalahkan UMNO dalam isu kuil di Seksyen 19 dan demontrasi penduduk Seksyen 23. YB Adun Batu Tiga Puan Rodziah yang berucap selepas tayangan filem dihadapan diplomat asing dan ramai bukan Islam yang hadir malam itu juga menyalahkan UMNO dalam isu kepala lembu. Kenapa UMNO dipersalahkan?. Kenapa wakil rakyat tidak peduli bantahan penduduk Islam yang tidak bersetuju kuil bermasalah dipindahkan berhampiran kawasan mereka? Sebelum demonstrasi di SUK penduduk Seksyen 19 dan NGO telah dijemput ke Seksyen 23 melihat sendiri kawasan tapak kuil itu berhampiran penempatan penduduk Islam. Penduduk Seksyen 23 persoalkan kenapa surat pesetujuan pemindahan kuil ke Seksyen 23 pada 07/05/2009 hanya ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil sahaja?. Kenapa tidak ada wakil penduduk Islam Seksyen 23 dipanggil dalam mesyuarat itu. Dalam pertemuan itu salah seorang penduduk Seksyen 19 memberitahu wakil media kenapa tapak kuil Seksyen 19 perlu diganti?. Sedangkan yang menggunakan kuil itu adalah penduduk kawasan lain yang datang menceroboh tanah PKNS. Penduduk Seksyen 23 hantar memorandum bantahan tidak dipedulikan pemimpin PR malah tapak kuil itu siap dipagar. Selepas demonstrasi 28/08/2009 YB Khalid Samad keluarkan arrtikel Surat Terbuka Kepada penduduk Seksyen 23 pada 02/09/2009 meminta mereka terima kuil itu konon pihak kuil layak mendapat layanan yang adil. Kenapa penduduk Islam sahaja diminta berlaku adil? Kenapa penduduk Islam sahaja yang dipersalahkan dalam isu kuil itu?. Adilkah jika penduduk Islam terpaksa bersabar dengan pelbagai gangguan oleh pihak kuil?. Kenapa pemimpin PR bersungguh membela pihak kuil sedangkan penduduk Islam tidak diberi layanan sewajarnya. Kenapa sebuah risalah diterbitkan oleh pihak Sekretariat akhbar kerajaan Selangor pada 30/09/2009 “Memahami Isu pemindahan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23. Kenapa risalah itu tidak berlaku adil kepada penduduk Seksyen 19, Seksyen 23 dan Pertubuhan NGO Islam?. Risalah diterbitkan hanya untuk menutup kesalahan pemimpin PR sendiri.
Rasanya betullah mereka kata melayu bodoh...semua penduduk shah alam pun bodoh pilih AP khalid samad..sudah tuhan beri kedamaian tak tahu berterima kasih dan bersyukur...lihatlah sendiri azabnya amat pedih bukan...tp xpe sibangsat tu bersama keluarganya akan menjadi manusia bermuka kambing gurun..paling hina dunia akhirat
Post a Comment