Friday, April 20, 2012

Siri 2 : Sikap Toleransi Pemimpin Politik Melayu Dalam Isu Panas Kuil Seksyen 19, Shah Alam.



Selepas demonstrasi kepala lembu sebuah filem dokumentari bertajuk “Tauke Mancis dan Minyak Tumpah.” 

Filem ini memaparkan kesah kumpulan penduduk Melayu yang menentang kuil Hindu di pindahkan dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. (http://www.youtube.com/watch?v=djrnYNsG6Bo). 

Sebahagian daripada masalah kuil di Seksyen 19 sudah dipaparkan dalam filem itu. Filem ditayangkan di Menara PKNS PJ pada 16/10/2010.

Seramai 17 penduduk Seksyen 19 hadir dijemput pengarah filem. 

Dalam filem itu pengurusi persatuan kuil Seksyen 19 mengaku mereka adalah penduduk tempatan sedangkan penduduk sekitar tidak kenal mereka. Mereka kata ketika cuti hari raya penduduk beri mereka kunci rumah dan minta tolong beri kucing makan. Penduduk Islam tidak pernah meninggalkan kunci rumah kepada pihak lain. 

Kenapa mereka mendakwa kuil itu berusia 106 tahun didaftarkan pada tahun 1903?. Sudah ujudkah pejabat pendaftar Pertubuhan ketika itu?. Jika benar kuil itu sudah berdaftar kenapa PKNS letak papan tanda “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan Didakwa”. Kenapa bekalan air hanya dimasukkan Jun 2006?

Mungkin kuil kecil yang penduduk lihat pada tahun 1988 itu berusia ratusan tahun? Bagaimana pula tambahan yang dibuat tahun 2006 tanpa pelan dan permit PBT?. 

Pada tahun 1988 kuil itu kecil usang dikawasan semak terbiar tidak ada bekalan elektrik dan air. Ketika Tan Sri Muhammad Taib menjadi MB beliau tidak benarkan sebarang aktiviti dikuil itu hingga ia dipindahkan. 

Pada tahun 2005 semua penduduk kawasan setinggan dipindahkan. Semasa perjumpaan penduduk dengan bekas Adun Batu Tiga Datuk Salomon pada tahun 2006 penduduk bertanya kenapa kuil tidak dipindahkan?. Beliau jawab hendak pindahkan setinggan lebih mudah daripada memindahkkan kuil. Pelbagai tuntutan dibuat jika pindahkan kuil, sudah beberapa lokasi ditawarkan ditolak. 

Pada tahun 2006 kuil diaktifkan oleh penduduk dari kawasan lain selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan. Logikkah YB Khalid Samad menyalahkan UMNO konon tidak berbuat apa apa selama 26 tahun untuk atasi isu kuil Seksyen 19. Kenapa tidak persoalkan kenapa Hindu kuil enggan keluar dari tapak itu walaupun tahu disitu tapak rumah 16 unit? 

Dalam filem itu YB Khalid Samad menuduh UMNO terlibat dalam demontrasi kepala lembu dan kekecohan di MBSA. YB Adun Batu Tiga, Puan Rodziah berucap selepas tayangan filem dihadapan diplomat asing dan ramai bukan Islam yang hadir malam itu juga menyalahkan UMNO dalam isu demonstrasi kepala lembu. Kenapa UMNO yang dipersalahkan?

Penduduk Seksyen 19 ramai kecewa sikap pemimpin Melayu yang menyalahkan sesama bangsa dihadapan bukan Islam.

Sebelum demonstrasi di SUK, penduduk Seksyen 19 dan NGO dijemput ke Seksyen 23. Penduduk melihat tapak kuil sudah dipagar berhampiran padang permainan dan penempatan penduduk Islam. Seorang penduduk Seksyen 19 persoalkan kepada pihak media kenapa kuil Seksyen 19 perlu diganti, sedangkan yang menggunakan kuil itu adalah penduduk kawasan lain yang menceroboh tanah PKNS.

Penduduk Seksyen 23 hantar memorandum bantahan tetapi tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa. Mereka juga persoalkan kenapa surat pesetujuan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 pada 07/05/2009 hanya ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan wakil kuil sahaja?. Kenapa tidak ada wakil penduduk Islam Seksyen 23 dipanggil dalam mesyuarat itu?.

Keputusan mesyuarat juga bersetuju kuil di Seksyen 19 dibenarkan beroperasi hingga penghujung tahun 2010. Walaupun bantahan telah dibuat penduduk Seksyen 23 namun Menteri Besar Selangor buat ulasan pada 18/08/2009 pembinaan kuil akan di teruskan. Ini menyebabkan penduduk menjadi marah dan buat demonstrasi di SUK pada 28/08/2009. 

Apabila kepala lembu diusung sebagai tanda protes ramai buka mata dan isu itu mendapat liputan meluas keseluruh negara. Pelbagai pihak buat ulasan konon hina penganut agama Hindu?. Jika berlaku kepada penduduk Islam kenapa tidak ada tindakan segera?.

Dalam filem Tauke Mancis dan Minyak Tumpah ditunjukkan demonstrasi kepala lembu mendapat liputan akhbar-akhbar diluar negara. Pada September 2009 demonstrasi kepala lembu menjadi tajuk utama pelbagai media dan blog-blog.

Banyak laporan polis telah dibuat. Kita tidak hairan jika pihak kuil mendapat sokongan daripada kaumnya. Apa yang menghairankan pemimpin Islam PR ramai bersimpati kepada bukan Islam hingga ada yang keluarkan pelbagai kenyataan dan fatwa konon menghina anutan agama lain.

Pada 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Kenapa UMNO dipersalahkan hanya kerana salah seorang peserta demo ialah pemuda UMNO yang tinggal di Seksyen 23. Kenapa UMNO tidak boleh dilihat bersimpati kepada penduduk Islam?. Kenapa pihak kuil disokong MIC tidak jadi isu pula?.

Media dan blog PR membela pengunjung kuil yang membuat provokasi kepada penduduk Seksyen 19. Melayu bawa kepala lembu menjadi isu sensitif sedangkan pengunjung kuil tidak penduli pun sensitiviti penduduk Islam Seksyen 19?. Kenapa ada sikap double standard dalam isu kuil itu?. 

Pada April 2008 bendera parti Islam PAS digantung pada papan tanda PKNS dikawasan kuil tidak sensitifkah?. Malah Timbalan Presiden PAS Mad Sabu yang tinggal tidak jauh dari kawasan kuil tidak ambil peduli bendera parti PAS berkibar disitu hinggalah campur tangan NGO barulah bendera PAS diturunkan pada Januari 2009. 

Pada 26/07/2008 Hindu kuil buat perarakan bergendang bawa patung besar kuda terbang waktu tengah malam jam 1 pagi lalu dihadapan rumah penduduk Islam, suasana malam itu kecoh. Tetapi tidak ada tindakan susulan selepas aduan dibuat kepada wakil rakyat walaupun ada ugutan bunuh pada malam itu. 

Pada Januari 2009 dan Ogos 2009 YB Khalid Samad menulis berderet artikel mengenai isu kuil Seksyen 19 tetapi tidak menulis gangguan kuil kepada penduduk Seksyen 19. Kenapa Khalid Samad tuduh NGO buat provokasi kepada kuil Hindu?. Kenapa NGO disindir sebagai tukang perhangat?. Kenapa YB Khalid Samad lebih membela bukan Islam?. Siapa yang memulakan provokasi kepada penduduk Islam? Kenapa Khalid Samad hanya menyatakan sebab kuil dipindahkan kerana kuil berada depan rumah dan tiada tempat parkir kereta untuk pengunjung kuil semasa buat upacara mereka. 

Kenapa pemimpin Islam tidak menjaga sensitiviti masyarakat Islam?. Kenapa YB Khalid Samad sengaja menimbulkan kemarahan pembaca kepada penduduk, NGO Islam dan UMNO?. Adakah Pertubuhan NGO Islam sengaja datang ke Seksyen 19 tanpa sebab yang serius?. Kenapa mereka lebih prihatin membantu penduduk dalam kesusahan?. 

Aduan penduduk tidak diberi perhatian oleh wakil rakyat tetapi bila penduduk minta bantuan pihak luar jadi isu besar. Demonstrasi kepala lembu tidak berlaku jika pemimpin Islam PR peka dan adil untuk menyelesaikan bantahan penduduk Islam Seksyen 23. Penduduk sekitar kuil Seksyen 19 terpaksa berhadapan pelbagai cabaran, risiko dan tekanan emosi akibat gangguan keterlaluan kuil itu walaupun dalam pelan asal kawasan perumahan Seksyen 19 tidak ada kuil disitu. 

Masalah penduduk Seksyen 19 tidak akan berpanjangan selama 4 tahun jika pemindahan kuil ke Seksyen 22 diluluskan BN tidak dibatalkan selepas PR berkuasa Mac 2008. Dalam filem Tauke Mancis dan Minyak Tumpah ada ulasan mengenai perpecahan yang berlaku kepada penduduk Seksyen 23 selepas demonstrasi kepala lembu. 

Pemimpin PR wajar dipersalahkan dalam isu kuil di Seksyen 19 dan Seksyen 23 pada tahun 2009. Wakil Rakyat Shah Alam tidak perlu menuding jari kepada pihak lain demi untuk menutup kesilapan sendiri. Jika tidak berlaku demonstrasi kepala lembu masalah penduduk Seksyen 23 mungkin lebih teruk lagi jika kuil baru ditapak satu ekar dibina ditapak itu. Selepas demonstrasi kepala lembu kuil di Seksyen 19 berjaya dipindahkan ketapak lain. 

Terima kasih kepada Pertubuhan NGO Islam yang prihatin membantu penduduk Islam di Seksyen 19 dan Seksyen 23. 

Penduduk Seksyen 19. 

sumber: kiriman pembaca Horas!

Horas!: Untuk siri 1, sila klik disini




3 comments:

Anonymous said...

Selepas demonstrasi kepala lembu sebuah filem dokumentari bertajuk “Tauke Mancis dan Minyak Tumpah.” Filem ini memaparkan kesah kumpulan penduduk Melayu yang menentang kuil Hindu di pindahkan dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. ( http://www.youtube.com/watch?v=djrnYNsG6Bo ).

Anonymous said...

Dalam filem Tauke Mancis dan Minyak Tumpah ada ditunjukkan demo kepala lembu dapat liputan hingga keluar negara. Isu kuil Seksyen 19 menjadi panas selepas campur tangan NGO Januari 2009. Pada 28/08/2009 demonstrasi kepala menjadi tajuk utama berita dan jadi isu Negara. Banyak laporan polis telah dibuat. Kita tidak hairan jika pihak kuil dapat sokongan kaumnya. Apa yang menghairankan pemimpin Islam PR ramai bersimpati kepada bukan Islam hingga ada yang keluarkan pelbagai fatwa konon menghina anutan agama lain. Pada 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. Kenapa UMNO dipersalahkan hanya kerana salah seorang peserta demo ialah pemuda UMNO yang tinggal di Seksyen 23. Kenapa UMNO tidak boleh dilihat bersimpati kepada penduduk Islam?. Kenapa pihak kuil disokong MIC tidak jadi isu pula?. Kenapa media dan blog PR membela pengunjung kuil yang buat provokasi kepada penduduk Seksyen 19?. Melayu bawa kepala lembu menjadi isu sensitif sedangkan pengunjung kuil tidak penduli pun sensitiviti penduduk Islam Seksyen 19?. Kenapa ada sikap double standard dalam isu ini?. Pada April 2008 bendera parti Islam PAS digantung pada papan tanda PKNS dikawasan kuil tidak sensitifkah?. Malah Timbalan Presiden PAS Mad Sabu yang tinggal tidak jauh dari kawasan kuil tidak ambil peduli bendera parti PAS berkibar disitu hinggalah campur tangan NGO barulah bendera itu diturunkan pada Januari 2009. Pada 26/07/2008 Hindu kuil buat perarakan bergendang bawa patung besar kuda terbang waktu tengah malam jam 1 pagi lalu depan rumah penduduk Islam, suasana malam itu kecoh. Tetapi tidak ada tindakan susulan selepas aduan dibuat kepada wakil rakyat walaupun ada ugutan bunuh pada malam itu. Pada Januari 2009 dan Ogos 2009 YB Khalid Samad menulis berderet artikel mengenai isu kuil Seksyen 19 tetapi tidak menulis gangguan kuil kepada penduduk Seksyen 19. Kenapa Khalid Samad tuduh NGO buat provokasi kepada kuil Hindu?. Kenapa NGO disindir sebagai tukang perhangat?. Kenapa YB Khalid Samad lebih membela bukan Islam?. Siapa yang memulakan provokasi kepada penduduk Islam? Kenapa Khalid Samad hanya menyatakan sebab kuil dipindahkan kerana kuil berada depan rumah dan tiada tempat parkir kereta untuk pengunjung kuil semasa buat upacara mereka. Kenapa pemimpin Islam tidak menjaga sensitiviti masyarakat Islam?. Kenapa YB Khalid Samad sengaja menimbulkan kemarahan pembaca kepada penduduk, NGO Islam dan UMNO?. Adakah Pertubuhan NGO Islam sengaja datang ke Seksyen 19 jika tanpa sebab yang serius?. Kenapa mereka lebih prihatin untuk membantu penduduk dalam kesusahan?. Aduan penduduk tidak diberi perhatian tetapi bila minta bantuan luar jadi isu besar. Demonstrasi kepala lembu tidak berlaku jika pemimpin Islam PR peka dan adil untuk menyelesaikan bantahan penduduk Islam Seksyen 23. Penduduk sekitar kuil Seksyen 19 terpaksa berhadapan pelbagai cabaran, risiko dan tekanan emosi akibat gangguan keterlaluan kuil itu walaupun dalam pelan asal kawasan perumahan Seksyen 19 tidak ada kuil disitu. Masalah penduduk Seksyen 19 tidak akan berpanjangan selama 4 tahun jika pemindahan kuil ke Seksyen 22 diluluskan BN tidak dibatalkan pada tahun 2008. Dalam filem Tauke Mancis dan Minyak Tumpah ada ulasan mengenai perpecahan yang berlaku kepada penduduk Seksyen 23 selepas demonstrasi kepala lembu. Pemimpin PR wajar dipersalahan dalam isu kuil itu, mereka tidak perlu menuding jari kepada pihak lain demi untuk menutup kesilapan sendiri. Jika tidak berlaku demonstrasi kepala lembu masalah penduduk Seksyen 23 mungkin lebih teruk lagi jika kuil ditapak satu ekar dibina disitu. Terima kasih kepada Pertubuhan NGO Islam yang prihatin membantu penduduk Islam di Seksyen 19 dan Seksyen 23.

Penduduk Seksyen 19

Anonymous said...

Salah satu tuntutan Bersih 3 Pembangkang mahukan laporan media yang bebas dan adil. Adakah akhbar Pembangkang berlaku adil?. Dari muka depan hingga ke muka belakang tidak ada suatu pun yang kerajaan BN buat betul kepada mereka. Selepas demonstrasi kepala lembu OGOS 2009 ramai wartawan datang ke Seksyen 19. Wartawan TV Selangor tidak benarkan penduduk cakap perkara negatif terutama gangguan kuil kepada penduduk Seksyen 19. Jadi berita yang keluar selepas itu dalam media PR semua memuji usaha kerajaan Selangor pindahkan kuil yang tidak dilakukan oleh kerajaan BN dahulu. Begitu juga akhbar PR yang lain hanya memuji usaha PR membantu penduduk Sek 19. Pemimpin PR tutup kesalahan mereka bila timbul isu dengan menuding jari kepada UMNO.