Thursday, August 2, 2012

Antara Artis Dan Ulamak...

gambar hiasan


Perkataan artis asalnya diambil dari perkataan Inggeris - Artist.

Artis seperti yang selama ini kita fahami sinonim dengan penyanyi, pelakon, pelukis, pengukir,, pereka grafik, ilustrator, jurugambar, cerpenis, novelis, penyair,penyajak dan sebagainya.

Dramatis, seniman, seniwati ,bintang filem dan juga pelawak pun termasuk dalam kelompok artis juga.

Ulamak tidak termasuk dalam kelompok artis kerana ulamak berada dalam kedudukannya yang tersendiri.

Dari timur ke barat...utara keselatan, belum pernah lagi kita dengar ada ulamak yang dengan bangga menggelar dan menganggap diri mereka artis

Tapi artis tak menyempat-nyempat mahu jadi ulamak itu biasa dan kerana itu mereka digelar sebagai ulamak mee segera.

Tidak tercapai otak kita untuk menerima kalau Imam Hambali, Maliki, Syafie dan Hanafi dianggap artis.

Tidak pernah juga kita mendengar ulamak moden tersohor seperti Almarhum Dr Muhammad Sayyid Tantawi mahu dirinya dianggap seorang artis.

Tapi berlainan benar dengan seorang makhluk yang diangkat sebagai ulamak oleh pengikutnya ini......

Dia dengan bangganya mengumumkan.......




Konon atas alasan agar dakwah yang dibawanya lebih mudah difahami.

Tapi apabila dalam dakwahnya dia mengatakan Nabi Muhammad SAW itu sewaktu kecilnya hanya sama dengan mat-mat yang lain tanpa sebarang kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT...adakah ianya mudah difahami?

Dan semakin tidak dapat difahami apabila dalam dakwahnya dia turut mengatakan Allah SWT itu mencarut-carut dan mempunyai sifat samseng.

Maka memang patut lah dia dianggap ulamak berstandard artis sebagaimana yang dia sendiri akui.







4 comments:

Anonymous said...

artis ada dua watak...luar dan dalam lakonan

soalnya apakah Pok Nik juga membawa dua watak...dalam dan luar politik?

Horas! said...

persoalan menarik tu anon 9:34 pm

Anonymous said...

klu datangnya artis itu dari lakunan bersifat dakwah dan berbentuk islamik lalu terjun dlm dunia politik tentulah ini satu kelebihan...tetapi jika sebaliknya ia suatu kebodohan dr pandangan orang....hanya empunya diri tahu niat sebenar knp ia naik ke pentas konon ceramahnya suatu agenda islam!

Anonymous said...

pok nik bukan ulama' tulen. dia ulama' politik yg menjual agama utk kuasa.