Monday, August 13, 2012

Teori Politik Terhebat Idris Ahmad...



Bukan calang-calang ahli politik yang mampu berfikir untuk mengeluarkan teori ini.

Hanya Idris Ahmad yang mampu.

Inilah kehebatan mantan Ketua Penerangan PAS Pusat ini. Hanya dia yang mampu untuk memikirkan teori-teori politik yang hebat seperti itu.

Dia mampu melihat sesuatu yang Mat Sabu atau Mahfuz tak boleh lihat.
Dia mampu memikirkan sesuatu yang langsung Hadi Awang dan Nik Aziz tak mampu fikir.

Idris Ahmad bukan setakat mampu berfikir diluar kotak...malah lebih dari itu, dia mampu berfikir diluar sistem cakerawala.

Kerana kehebatannya itulah Idris Ahmad suatu masa dulu pernah menganggap isu mykad lebih penting dan lebih utama jika mahu dibandingkan dengan isu umat Islam dimurtadkan di Selangor. Klik disini.

Hari ini Idris Ahmad berteori lagi.
Teori yang membuatkan ahli PAS melopong dan ternganga kekaguman.

"Parlimen hanya akan dibubar jika PAS dan DAP berpecah..."


Idris Ahmad telah membuktikan bahawa dia adalah pemikir ulung dari PAS.

Teorinya itu memang tidak boleh disangkal-sangkal lagi. Tepat dan jitu!

Bukankah dulu dalam PRU11 tahun 2004 partlimen 'dibubar' hanya apabila PAS dan DAP berpecah?

Bukankah dulu  dalam PRU12 tahun 2008 parlimen juga 'dibubar' hanya ketika  PAS dan DAP dalam keadaan bercakaran dan memusuhi antara satu sama lain?

Tapi aneh!

Dalam kehebatan Idris Ahmad menghasilkan teori-teori politik yang ulung...dia digugurkan pula daripada terus menduduki kerusi Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sungguh PAS langsung tidak pandai menghargai kehebatan beliau.....








3 comments:

Anonymous said...

Derih Ahmad ni bingainya pada tahap paling kronik. Tu pasal kena tendang dari jwtn Ket Pen Pas. Dia dari dulu memang suka balun jer apa dia nak ckp. Sudahnya yg nampak bodo Pas jugak.

Anonymous said...

Saya suka ayat ini "Sudahnya yg nampak bodo Pas jugak."..
Pertanyaan saya, apakah selama ini PAS 'pandai'?

Anonymous said...

Manusia yang bidi dan hina akan lebih menyerlah kebodohannya bila cakap pun tak pakai otak..... kalau ini lah yang dikatakan islam hebat......elok mati je....sebelum lebih merosakan...