Monday, May 28, 2012

Ahli Parlimen Hulu Langat Bikin Pemimpin PR Selangor Makan Hati.


Kerana nak menyaingi himpunan belia di Putrajaya, kerajaan PR Selangor pun pakat nak buat benda yang sama.

Mereka harap...dengan aura hebat Adam Adli, maka akan berduyun-duyunlah belia dan beliawanis menyerbu tapak program itu di Shah Alam.

Tapi sayang...aura tahi yang ada pada Adam Adli menyebabkan program tersebut gagal dan langsung tak dapat sambutan. Klik disini.

Tak puas hati kerana program yang mereka anjurkan gagal, maka pemimpin PR seantero Malaysia (termasuk juak-juak bawahan mereka) sepakat untuk menibai himpunan belia di Putrajaya. 

Selain mahu mengalih perhatian penyokong sendiri diatas kegagalan mereka di Shah Alam...mereka juga mahu menjadikan program himpunan belia di Putrajaya tersebut nampak buruk dimata rakyat.

Kata mereka himpunan belia di Putrajaya itu melalaikan...
Kata mereka himpunan belia di Putrajaya itu sia-sia....
Kata mereka himpunan belia di Putrajaya itu hanya satu pembaziran...

Dan kata mereka lagi, himpunan belia di Putrajaya itu tak memberi banyak faedah....

Tapi belum sempat mulut mereka terkatup...tiba-tiba tampil Ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat - Dr Che Rosli Che Mat - memuji program tersebut.

Kata Dr Che Rosli, program himpunan belia di Putrajaya itu sesuatu yang baik kerana ianya akan mendedahkan para belia dengan pelbagai aspek yang berfaedah.

Dr Che Rosli betul-betul buat pemimpin PR Selangor sakit hati dan panas buntut.




No comments: