Memberi bantuan RM50 sebulan pada setiap anak yang mendapatkan pendidikan pra-sekolah adalah antara sekian banyak janji yang tak ditunaikan oleh PR Selangor walaupun perkara tersebut terdapat dalam manifesto PRU 2008 mereka.
Semalam, setelah hampir 5 tahun rakyat menunggu janji-janji itu ditunaikan, barulah kerajaan PR Selangor membuat pengumuman bakal memberikan elaun RM50 sebulan kepada kanak-kanak yang terlibat.
Perkara tersebut dengan bangganya diumumkan oleh Dr Halimah Ali yang satu masa dulu pernah beriya-riya berjanji mahu menjadikan Selangor Mini Serambi Mekah tapi malangnya hanya hangat-hangat tahi ayam. Klik disini dan disini.
Tapi biasalah, kalau tak berpusing-pusing cakap dan mengubah-ngubah janji...bukan Pakatan Rakyat namanya.
Dalam manifesto mereka semasa PRU 2008, mereka langsung tak menyebut yang bantuan RM50 itu hanya akan diberikan pada keluarga yang berpendapatan RM1500 kebawah.
Bunyi janji mereka pada masa itu seolah-olah ianya akan diberikan kepada semua keluarga yang anak mereka mendapat pendidikan pra-sekolah. Sama rata dan sama rasa.
Tapi semalam tiba-tiba pula syarat baru itu dimasukkan.
Maka kempunanlah keluarga yang berpendapatan RM1501 dan keatas untuk merasa dan menikmati bantuan itu setelah hampir 5 tahun mereka menunggu ianya ditunaikan.
Kasihan!
Pengajaran untuk rakyat Selangor, pada masa akan datang janganlah percaya lagi dengan janji-janji yang dihamburkan Pakatan Rakyat. Sebelum dapat apa yang mereka hajati...bulan dan bintang pun sanggup mereka janji untuk berikan. Bila hajat dah dapat...rakyat dibiarkan menganga dan melopong menunggu janji-janji tersebut ditunaikan.
Lihat saja masa debat KJ dan Rafizi berkaitan isu PTPTN. Bila KJ tanya mengapa kerajaan-kerajaan negeri yang diterajui PR tidak memberi pendidikan percuma di IPT-IPT yang mereka kuasai...dengan muka selamba Rafizi boleh jawab ianya tak dapat dilaksanakan kerana mereka mewarisi IPT-IPT tersebut dari kerajaan BN/UMNO.
Jadi tidak mustahil jika ditakdirkan mereka menguasai kerajaan pusat (minta dijauhkan oleh Allah SWT)...janji untuk memberikan pendidikan peringkat tinggi percuma yang mereka war-warkan itu tak akan ditunaikan berdasarkan alasan yang diberikan oleh Rafizi itu.

Tapi bila dah terdesak dan rakyat dah mula bersuara...barulah menggelupur tunaikan mana-mana janji setakat yang mampu. Itupun dengan segala macam syarat itu dan syarat ini.
Sungguh gampang benar PR ini.
3 comments:
RM50 x 8 bulan x 4 tahun?
hehehehe
RM 50 X JULAI X 0 DAN SILA BERAMBUS DARI NEGERI SELANGOR... SEBAB PRU AKAN DIADAKAN PADA JULAI DAN BN AKN TAWAN SEMULA SELANGOR......SESEN PUN PR TAK PAYAH KUAR DUIT...DUIT TU SEMUA DEPA BOLOT!!!!
ini gula2 terakhir pr sbelom melingkup di slangor.
Post a Comment