Tuesday, June 26, 2012

Akhirnya Dr Che Rosli Tewas Dan Buat U-Turn Berkaitan Isu Lynas.



Sebelum ni Dr Che Rosli kata PR hanya menakut-nakutkan orang ramai apabila mengatakan Lynas adalah loji nuklear.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata loji Lynas tidak merbahaya kerana loji tersebut hanya memproses bahan tabiee...iaitu nadir bumi.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata radiasi yang dihasilkan oleh Lynas lebih rendah daripada radiasi yang dihasilkan oleh aktivi melombong bijih.

Sebelum ni YB Che Rosli kata tidak adil membiarkan PKR memanipulasi dan menyatakan fakta yang tidak benar berkaitan loji Lynas.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata tuduhan yang dilemparkan oleh PR tentang loji Lynas tidak saintifik dan tidak akedemik langsung.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata PKR hanya menggembar-gemburkan isu Lynas dan dia sudah lama bersabar melihat tindak tanduk pemimpin PKR tersebut.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata, sebagai saintis nuklear dan sebagai ahli PAS...dia malu dengan tindak tanduk PR yang memutarbelit fakta berkaitan Lynas.

Sebelum ni Dr Che Rosli kata dia tidak peduli dan tetap akan menyatakan kebenaran walaupun dengan amaran Penerangan PAS yang meminta dia tutup mulut berkaitan isu Lynas.

Dan kerana sebab-sebab itulah Dr Che Rosli tampil untuk mengingatkan rakyat dan masyarakat yang mereka tak perlu takut tentang pembinaan loji Lynas. Dalam ertikata lain...apa yang cuba disampaikan oleh Dr Che Rosli, loji Lynas itu SELAMAT.

Tapi kini, mungkin oleh kerana tekanan pihak tertentu...akhirnya Dr Che Rosli tewas. Pendirian beliau berkaitan isu Lynas berubah.

Hari ni kata Dr Che Rosli, kenyataannya sebelum ini hanya merangkumi satu bahagian sahaja. Secara keseluruhan...operasi Lynas adalah TIDAK SELAMAT.

Hari ni Dr Che Rosli kata Lynas adalah MERBAHAYA.

Dan paling dahsyat...

Hari ini Dr Che Rosli kata dia akan ambil tindakan undang-undang pada mana-mana pihak yang menggunakan namanya...atau lebih tepat, kenyataannya sebelum ini yang mengatakan bahawa loji Lynas itu tidak merbahaya.



Aduhai busuknya cara politik Pakatan......




19 comments:

Anonymous said...

Kalau macam tu boleh lah PhD nya adalah Hampas semata2. Boleh tutup semua fakulti bahan dan geologi di semua IPTA dan IPTS sebab semua tak berani nak menegakkan kebenaran melalui fakta yang ada. Jabatan Radiologi di semua Hospital patut di tutup sebab lagi tak selamat. Itu berdasarkan fakta yang ada, tapi kenapa masih diguna dan diteruskan.

Anonymous said...

kena ugut lah tu, mungkin ada gambar/video, kalau tak ubah pendirian video keluar kot.

Anonymous said...

Demi kelangsungan hidup dalam politik. Kalau berlainan pendapat dengan pemimpin hamPAS mereka, nama beliau akan serta-merta akan digugurkan dalam PRU akan datang. Jadi nak tak nak terpaksa la ubah pendirian..... dapat PhD cara beli ke???

Anonymous said...

kena la selamatkan leher dulu...sembunyikan kebenaran...kalau x , PRU 13 nanti x de chance la nak jadi calon...

Anonymous said...

Kalau tak mahu namanya digunakan mengapa sanggup bercakap di TV dan di Parlimen mengatakan tahap radioakif kilang Lynas tidak merbahaya. Biasalah PAS sudah sinonim dengan munfik....takut digugurkan dalam PRU akan datang. Undi lebih penting dari kebenaran.....

Anonymous said...

dr. che rosli dah nak jadi mengkarung pulak ke? hansard parlimen ada..so tak mungkin media salah petik kenyataannya sebelum ini

QalamQabut said...

Jika betul kenyataan terkini di atas, hilanglah kredibiliti beliau sebagai seorang manusia. Maka jadilah beliau hamPAS seperti rakan-rakannya yang lain.

Perlukah manusia seperti ini dilantik semula sebagai wakil rakyat? Aku percaya hanya dongoi2 PAS saja yang mengangguk.

Horas! said...

Nampaknya undi dan mungkin sedikit tekanan pihak atasan berjaya mengubah pendirian Dr Rosli. Nak buat macam mana...Itulah standard politik PR. Politik sesumpah.

Antimunafik said...

Klu nak jadi calon PAS, kena jadi munafik dulu.
Kesian, kerana politik sanggup buat apa saja.

Anonymous said...

Sedikit demi sedikit lidahnya tumbuh bercabang dek kerana tekanan

Anonymous said...

itulah saja standard pakar melayu didlm dunia ini. Kalau kita tengok mat salleh, cina, jepun, india dll .... mereka akan pertahan kebenaran walaupun mendapat pelbagai tekanan dan ugutan. Begitulah puak pemimpin pas mempergunakan agama dan manusia. Agama dijual beli dgn harga yang cukup murah, manusia diubah menjadi manusia bersifat munafik.
aku tak akan sekali-2 menyokong PAS sepertimana PRU sebelum ini, aku dah jelak dgn perangai pemimpin PAS.

Anonymous said...

lynas bagi saya tetap berbahaya sebab saya dah kena ugut, jadi saya terpaksa untuk tidak menyokong dan mengubah pendirian saya yang lynas berbahaya walaupun sebenarnya tidak.

kalau macam ni macam mana nak percaya yb2 pakatan haram, hari ni cakap macam ni, bulan depan cakap lain. lepas tu nak salahkan orang.

berani kerana benar lah..buat apa nak takut kena buang pas semata2 orang memperbodoh2kan ko.

dengan secara rasminya ko mengaku diri ko takder kredebliti.

sia2 ilmu di dada kerana takut hilang pangkat

QalamQabut said...

Aku sedang usaha nak senaraikan ‘Ciri-ciri Calon PAS’. Ada banyak jugak yang disebut oleh kawan2 kat sini tapi aku percaya ada banyak lagi. Boleh siapa2 tolong? Sertakan contoh jika ada. Kalau tuan tanah sendiri boleh buat topik baru tentu lagi cantik, kita boleh pakat-pakat bagi sumbangan.

PRU13 ni kita boleh tengok calon2 yang dema tonjolkan tu ada ciri2 yang kita senaraikan atau tidak. Ini pun kita boleh anggap sebagai kajian ilmiah juga, boleh dinaiktaraf ke ‘theory’ ataupun jika konsisten hingga 20 – 30 tahun boleh dijadikan ‘law’. Hebat tuh!

Anonymous said...

dengan ini aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar jadi penipu supaya pru akan datang aku akan dipilih untuk menjadi calon pas. serban besar nak tempah kat mane ha? ade sape-sape tau tak?

Horas! said...

Idea menarik tu QalamQabut. Kau buatlah list tu..dah complete email kat aku. Nanti aku keluarkan.

QalamQabut said...

Horas,
Terima kasih kepada tuan tanah kerana sudi membantu. Tapi biar awal2 aku cakap, usaha menyenaraikan ‘Ciri-ciri Calon PAS’ bukanlah suatu tugas yang mudah, lebih2 lagi bagi diri aku yang baru berkecimpong dalam arena politik ni. Aku tak pernah meneliti manusia spesis istimewa yang bergelar calon PAS ini secara dekat. Sebab itulah aku ajak dan minta kawan2 membantu. Lagi luas pandangan, lagi banyak karakteristik yang kita boleh kutip, lagi menyeluruh kajian kita. Cukup berbeza untuk kita bandingkan Mat Sabu dengan Nik Aziz, tetapi yang pasti, ada persamaan antara mereka.

Aku akan cuba juga, dan aku harap kawan2 dapat bantu. Kita mulakan di sini, di bawah tajuk ini. Insyaallah bila sudah terkumpul ciri-ciri itu dalam bilangan yang memuaskan, kita akan buat satu artikel untuk tuan tanah post kan dalam tajuk baru. Dan kita akan sama-sama menapis dan menokok tambah di mana perlu. Tetapi ingatlah, kita perlu laksanakan bersama agar ianya menyeluruh dan relevan.

Sebagai langkah awal, aku akan masukkan dulu ’CIRI-CIRI ULAMA DUNIA’ dan ‘CIRI-CIRI ULAMA JAHAT’. Kedua senarai ini telah aku masukkan sebagai komen pada beberapa blog dan ianya tiada kaitan dengan usaka kita, hanya untuk renungan kita bersama.

Jika perlu, aku boleh dihubungi di qalamqabut@gmail.com.

QalamQabut said...

CIRI-CIRI ULAMA DUNIA
Berikut saya nyatakan juga ciri-ciri ulama dunia. Saya senaraikan di sini berdasarkan kitab Ulama al-Suq Ulama al-Dunya karangan al-Amin al-Haj Muhammad Ahmad sepertimana berikut:
1- Menyembunyikan ilmu dan kebenaran.
2- Cintakan dunia dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
3- Mengikut hawa nafsu.
4- Berkeinginan untuk mendampingi dan mendekati pemerintah.
5- Berpura-pura di dalam masyarakat.
6- Menjanjikan akhirat dengan dunia mereka dan di dalam kehidupan mereka melebihkan perkara-perkara dunia serta lainnya.
7- Mengkaji dan menyelidik dengan kesalahan dan kekurangan.
8- Fatwa dengan mengikut syahwat.
9- Dengki dan benci serta tidak insaf.
10- Berbeza amalannya dan kata-katanya.
11- Berdolak-dalih dan berhelah.
12- Menjawab sesuatu dengan akal dan mengingkari serta bongkak untuk menerima kebenaran.

Petikan di atas adalah sebahagian dari rencana 'Ciri-Ciri dan Adab-Adab Seorang Ulama'
http://buluh.iluvislam.com/?p=65

QalamQabut said...

CIRI-CIRI ULAMA JAHAT

Di antara ciri-ciri ulamak jahat ialah:
1. Takbur dengan pandangannya walaupun tidak betul dari segi kaedah pengambilan hukum.
2. Melebihkan dunia sehingga mengabai tugas akhirat.
3. Takut kepada manusia, tetapi tidak takut kepada Allah dan tidak merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan kepada Allah SWT.
4. Tamak kepada dunia dan pangkat.
5. Pengampu kepada pemerintah yang zalim.
6. Takut memberi nasihat kepada pemimpin yang zalim.
7. Tidak ada rasa sensitif terhadap penyelewingan yang dilakukan oleh pemerintah seperti rasuah dan penindasan.
8. Mereka hanya memikirkan tentang kepentingan perutnya sahaja, biarlah agama dicerca.
9. Bijak bermadah punjangga untuk menarik perhatian orang ramai walaupun salah dari segi fakta.
10. Bercakap tidak serupa dengan bikin.
11. Tidak memaparkan akhlak Islam yang sepatut ada sebagai seorang yang ada ilmu agama.
12. Keluarganya tidak menunjuk contoh suri teladan yang baik seperti anak isteri tidak memelihara aurat.

Petikan itu diambil dari rencana yang bertajuk ‘Awas Ulama’ Jahat’ tulisan Ust. Idris Haji Ahmad bertarikh 3/5/12 dan disiarkan pada 5/5/12. Beliau ialah Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan, Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Rencana lengkap boleh didapati di sini (jika belum dipadamkan lagi):
http://idrisahmad.wordpress.com/2012/05/05/awas-ulama-jahat/

QalamQabut said...

Sedikit usaha aku untuk ‘Mengenali Ulamak PAS’ yang bernama Ustaz Nik Zawawi Salleh, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, berdasarkan artikel yang bertajuk ‘Najib tak layak cakap soal LGBT, Pluralisme dan Liberalisme.. - Nik Zawawi Salleh’ yang disiarkan di http://www.utaranews.com/2012/06/najib-tak-layak-cakap-soal-lgbt.html

1. Memperkecil atau memperlekeh pendapat dan usaha orang lain.
2. Menidakkan atau menyanggah usaha orang ke arah kebajikan dan kebaikan.
3. Mengutarakan isu remeh sebagai hujah melawan isu yang lebih besar.
4. Menggunakan isu peribadi yang tidak relevan untuk menjatuhkan maruah orang.
5. Menyanggah usaha kebaikan semata-mata kerana dibuat oleh orang yang tidak sehaluan dengannya.
6. Mengkritik kebaikan yang tidak dibuat tetapi tidak menyanjung kebaikan yang telah dibuat.
7. Merendah-rendahkan kredibiliti dan kebolehan orang lain.

Ini adalah pandangan peribadi aku. Tidak upaya aku untuk kategorikan beliau sebagai ‘ulama dunia’ atau ‘ulama jahat’ yangmana ciri2 ulama tersebut biasa aku masukkan ke dalam beberapa blog sebelum ini. Aku juga tidak buat perbandingan dengan ciri2 tersebut. Siapalah aku untuk menghakim, apa lagi untuk menghukum. Penelitian aku pun hanya berdasarkan artikel ini saja semata2.

Pandangan dan teguran amat aku alu2kan agar penelitian aku lebih baik dan sempurna dalam usaha aku untuk ‘Mengenali Ulamak PAS’.