Monday, July 30, 2012

Wow! PAS Kata UMNO Bakal Gigit Jari...



Bersorak sorai PAS Pulau Pinang bila Lim Guan Eng akhirnya bermurah hati mengrekemenkan Salleh Man menjadi YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Kata mereka, UMNO akan gigit jari atas perlantikan Salleh Man itu. Tang mana UMNO akan gigit jari seperti yang mereka dakwa...wallahhu a'lam.

Kasihan. Jelas disini betapa bodoh dan sempitnya pemikiran pencacai PAS. Mereka bersorak dan memuji Lim Guan Eng sampai kelangit yang ketujuh..sedangkan sebenarnya Lim Guan Eng sedang mengula-gulakan mereka dengan jawatan tersebut.

Apa sangatlah kuasa politik yang ada pada jawatan yang bakal disandang oleh Salleh Man itu jika mahu dibandingkan dengan kuasa jawatan EXCO Agama Islam Pulau Pinang yang disandang oleh Malek Kassim dari PKR?

Walaupun Salleh Man dilantik menjadi YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang...namun kuasa sebenar dalam menguruskan hala tuju dan hal ehwal agama Islam dinegeri itu tetap mutlak berada ditangan Malek Kassim.

Salleh Man sekadar duduk dikerusi YDP untuk memantau hal ehwal MAIP sahaja.

PASlah yang sepatutnya menggigit jari mereka sampai putus kerana sehingga kini masih tidak mendapat kepercayaan dari DAP dan PKR untuk menduduki kerusi EXCO agama di Pulau Pinang walaupun pelbagai jilatan sudah mereka berikan kepada pemimpin kedua-dua parti berkenaan. Bukannya UMNO.

Dan sepatutnya pemimpin dan pencacai PAS gigit sekali jari kaki mereka kerana di Selangor, Khalid Ibrahim yang bukan berlatar belakangkan pendidikan agama mengenepikan sekian banyak pemimpin PAS yang ada kerana yakin bahawa dirinya lebih layak menjawat jawatan EXCO Agama Islam.

Untuk merawat luka hati PAS kerana tidak diberi kerusi tersebut...Khalid Ibrahim minta PAS jaga hal ehwal adat dan sosial di Selangor. Tersengih-sengih dan tersipu-sipu PAS menerima tanggungjawab tersebut.

Bukankah itu satu penghinaan pada pemimpin PAS dan pencacai mereka sedangkan selama ini mereka mengaku merekalah yang paling Islam kalau mahu dibandingkan dengan orang Islam lain dinegara ini.

Jadi pihak mana yang sepatutnya mengigit jari? PAS atau UMNO?

Kasihan PAS....selamanya tak akan dipandang oleh DAP dan PKR.




2 comments:

Anonymous said...

sian pas..kena gula2 jer dgn LGE..hahaha

Anonymous said...

Pas itu bangang dan bangang itu Pas!