Thursday, August 2, 2012

Salleh Man Lepasi Ujian DAP Dengan Jaya Dan Bergaya.



Dalam posting sebelum ini Horas! ada menulis tentang betapa teruja dan gembiranya pencacai PAS bila Lim Guan Eng telah bermurah hati membenarkan Salleh Man menjawat jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Klik disini.

Dan seperti biasa, dalam keterujaan mereka itu...sempat pula mereka mengatakan yang UMNO gigit jari dan gundah gulana atas perlantikan Salleh Man itu. Walhal hakikatnya, UMNO tidak terkesan walau sedikit pun.

Tak mengapalah, kita faham situasi PAS. Setelah kempunan menjawat jawatan EXCO Agama Pulau Pinang akibat tindakan Lim Guan Eng yang memberikan jawatan tersebut kepada Malek Kasim dari PKR...PAS memang sudah lama merengek-rengek meminta Lim Guan Eng bagi sedikit muka dengan memberikan jawatan yang kini disandang oleh Salleh Man itu.

Tapi Lim Guan Eng takkan memberi jawatan tersebut tanpa menguji setakat mana kesetiaan Salleh Man dan PAS Pulau Pinang kepada DAP.

Dalam erti kata lain...Salleh Man perlu melalui satu proses ujian bagi membuktikan kesetiaannya kepda Lim Guan Eng dan DAP bukan calang-calang dan berada pada tahap yang paling tinggi serta ampuh.

Lalu, dalam pada waktu umat Islam sedang meraikan kedatangan bulan Ramadan dan menunaikan ibadah puasa ketika ini, sebuah replika botal arak bersaiz gergasi (yang 2-3 hari ini diulas dengan hebat oleh rakan-rakan blogger yang lain) dibina di Pulau Pinang.


Replika botol arak bersaiz gergasi yang dipenuhi pula dengan 400 botol arak sebenar inilah yang menjadi satu bentuk ujian yang perlu dilalui oleh Salleh Man dan seterusnya PAS Pulau Pinang.

DAP mahu melihat reaksi dan pendekatan yang bakal diambil oleh Salleh Man melalui jawatan yang disandangnya itu. DAP mahu menguji samada beliau akan bersuara membantah atau hanya tunduk diam sahaja.

Akhirnya terbukti, kesetiaan Salleh Man bukan calang-calang dan berada pada tahap yang tak terjangkau oleh akal kita sebagai seorang yang beragama Islam.

Ternyata Salleh Man berjaya menghadapi ujian itu dengan jaya dan bergaya bilamana dia langsung tidak berbunyi sedikit pun dan buat-buat tidak nampak dengan isu botol arak gergasi tersebut walaupun isu berkenaan ketika ini mengundang kemarahan umat Islam dinegara ini.

Percayalah, dengan kejayaan melepasi ujian yang disediakan oleh Lim Guan Eng itu...Salleh Man pasti akan duduk dikerusi YDP MAIPP itu dalam tempoh yang lama.

Tahniah Sallleh Man...tahniah PAS....




7 comments:

Anonymous said...

Tahniah kerana terus membutakan mata dan memekakkan telinga wahai penganut-penganut PAS....

Anonymous said...

makin jijik aku dgn Pas ni.

Anonymous said...

fuhhh!! calang2 org xleh lps ujian ni bro. Hanya yg dah berbaiah ngan pas & sanggup melelong agama je yg leh lps & lulus ngan cemerlang.

usin said...

1. dap ni memang suka menyakat sungguh. ini dh kira ragging ni, maklum la junior...saleh man.
2. di mata pas, replika botol arak lebih mulia dpd replika penyu yg ada di trengganu dulu. aduss!!!!!

Horas! said...

point baik tu usin...

Tukang Komen said...

Pas hilang teloq! Jagalah tugu arak tu dengan penuh kasih sayang. Khalifah Umar punya cara. Pas wajib taat pada bos.

Anonymous said...

Kira malaun tu lulus dengan kepujian la ni..