Wednesday, September 26, 2012

GRO Berbikini Di Hulu Langat, Tahniah PR!


KAJANG: Hanya berbikini. Itulah taktik terbaru bagi menarik pelanggan ke sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Batu 9, Cheras dan pernah dua kali diserbu pihak berkuasa sebelum ini.
Difahamkan, pusat hiburan berkenaan hanya menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam berikutan mendapat permintaan tinggi di kalangan pelanggan. GRO itu pula akan berbikini ketika menemani pelanggan di 15 bilik khas yang disediakan.

Namun, kegiatan tidak bermoral yang beroperasi di premis dua tingkat itu diserbu lagi Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas melakukan intipan.

Pegawai Turus D7, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, Ops Noda yang dijalankan kira-kira jam 12 tengah malam itu berjaya menahan 53 wanita warga Vietnam berusia antara 18 hingga 35 tahun yang dipercayai pelayan pelanggan pusat hiburan itu.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai penjaga premis berkenaan manakala 15 pelanggan yang berada dalam pusat itu diperiksa sebelum dibebaskan.

“Hasil pemeriksaan atas semua GRO terbabit mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial. Berikutan itu, semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, pusat hiburan dua tingkat yang mempunyai 15 bilik hiburan itu sudah dua kali diserbu sepanjang tahun ini dan dikesan menggunakan lesen pusat latihan nyanyian.

Malah, pemilik premis itu turut meletakkan kadar harga sehingga RM500 bergantung kepada kecantikan GRO terbabit selain tips antara RM50 hingga RM60 untuk 20 minit khidmat ‘Butterfly’ iaitu menemani pelanggan berhibur.

Rohan berkata, premis itu turut dikesan menjalankan aktiviti melebihi masa hingga jam 12 tengah hari keesokannya.

Dalam operasi berasingan yang dijalankan D7 IPD Serdang di sebuah pusat karaoke di Putra Walk, Pinggiran Putra, di sini, lima GRO warga Vietnam berusia antara 19 hingga 25 tahun turut ditahan.

Operasi yang diketuai Pegawai Risikan Operasi D7, Inspektor Roslin Mohd Isa turut menahan seorang penjaga premis berusia 27 tahun - Metro

Puluhan tahun UMNO/BN mentadbir Selangor, tak pernah sekalipun tempak-tempat maksiat yang menghidangkan hiburan melampau sebegini wujud di Hulu Langat (Batu 9 terletak didalam DUN Dusun Tua).

Tapi baru empat tahun lebih PR mentadbir, DUN Dusun Tua yang majoriti penduduknya orang Melayu sudah tercemar dan terdedah dengan pusat maksiat ala-ala di Thailand.

Penyelaras DUN Dusun Tua, Mohamad Jan Sulong dari PAS harus bertanggungjawab dengan perkara ini.

 

Jangan setakat pandai bercakap mengutuk UMNO itu ini...begitu begini. Tapi tiba-tiba buat-buat buta tuli bila pusat maksiat tumbuh subur didepan mata sendiri.




2 comments:

Anonymous said...

Selamat Datang ke Selangor.. hehehe

Anonymous said...

Fuyooooooo Hulu Langat setaraf New York. Inilah hasil dari pembangunan PR> Tahniah!

Tapi bab maksiat lah... pasal Bangkok lagi dasyat dari New York.

Teruskan usaha padu itu untuk menaikkan tarafnya setara dengan bandaraya maksiat lain.

Tentukan Selangor dalam radar maksiat dunia. PAS berjaya membawa Islam liberal setakok maju.

Tahniah PAS... ini ertnya ramai isteri dan janda (opps!) gersang akan puas dalam PAS.