Tuesday, September 18, 2012

PAS Sendiri Beri Gambaran Salah Terhadap Hukum Hudud.



 

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.

“Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

“Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.

“Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.

“Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut.

“Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,’’ katanya.

Horas! : Kalai ikut hudud PAS...boleh liwat isteri, klik disini.

2 comments:

Anonymous said...

PAS atau penyokong-penyokong mereka selalu membuat tafsiran yang salah terhadap UMNO...UMNO dituduh anti Islam bila Tun Mahathir tidak mahu menerima draf hukum hudud yang dicadangkan kerajaan negeri Kelantan, kerana terdapat kelemahan-kelemahan pada draf tersebut. Begitu juga karekator di dalam Utusan Malaysia (sindiran tentang karekator/kartun yg merujuk kepada seorang individu yg selalu mencanang kepada rakyat akan melaksanakan hukum hudud tetapi pada hakikatnya tidak mampu melaksanakannya )....ianya dimanipulasi sebagai menghina Islam...sebenarnya sindiran kepada karekator yang masih menjaja tentang cadangan mereka itu dalam ceramah-ceramah politik mereka kepada rakyat....sudah bertahun-tahun ayam berkokok tetapi pelaksanaanya janji masih tinggal janji..

Horas! said...

komen yg menarik...