Thursday, September 22, 2011

Hudud AlagaPAS: Liwat Isteri Itu Syokkah?


Kebelakangan ini puak PAS kembali berkokok membangkitkan isu perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Mereka mahu hukum hudud dilaksanakan dinegeri Serambi Mekah itu.

Bukankah Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS sendiri pernah berkata bahawa hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai “perkara pertama” jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen?

Begitulah perangai PAS.

Setiap kali hampir tiba PRU, mereka akan berkokok dan menjerit-jerit kembali membangkitkan soal pelaksanaan hudud. Bila PRU telah berlalu, hudud yang mereka kokokkan itu seperti biasa akan mereka simpan semula didalam stor menunggu untuk dikeluarkan kembali menjelang PRU berikutnya.

Dan Hadi Awang seperti biasa juga akan kembali mengatakan hudud hanyalah 0.001% daripada keseluruhan penekanan di dalam al-Quran.

Horas! malas nak mengulas atau menulis panjang lebar tentang sikap hipokrit dan berpura-pura PAS itu. Sudah banyak blogger-blogger hebat mengulasnya.

Pada Horas!, hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS itu bukanlah hudud sebenar yang berpandukan hukum Allah.

Hudud PAS dirangka sekadar untuk mengaburi mata penyokong totok mereka, kononnya PAS benar-benar serius mahu melaksanakannya. Tidak lebih dari itu.

Jika PAS benar-benar serius mahu melaksanakan hukum Allah berkenaan, sudah tentu mereka akan mengkaji sedalam-dalam dan seteliti-litinya draf perundangan hudud berkenaan sebelum ianya diluluskan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu.



Ini tidak, sampaikan meliwat isteri pun boleh jadi halal dalam hudud PAS. Bukankah itu menampakkan hudud yang dibuat oleh PAS sekadar untuk melepaskan batuk ditangga?

Bila kerajaan pusat pertikaikan hudud PAS itu, mereka menjerit-menjerit dan membuat fitnah mengatakan UMNO menolak hudud. Walhal lihatlah sendiri betapa kucar-kacir dan lintang pukangnya hudud yang mereka buat. 

Itulah akibatnya bila hukum Allah sekadar dijadikan bahan untuk mengaburi mata rakyat bagi mendapat sokongan politik.

Allah tutup mata dan hati pemimpin PAS daripada dapat melihat kekurangan dan kecacatan hudud yang mereka mahu laksanakan...tapi atas niat yang salah.



5 comments:

Anonymous said...

SLM BRO..WALLY SLIPAU LBEY TAKUT SURAT TUN DARI KALAM ALLAH. TP YG LBEY TERUK LAGI DIA TAKUT KAT DEEAYYPIG!..KENA LANGKAH MAYAT KARPAL DULU ATAU KENE TUNGGU KARPAL MATI DULU. TU PUN BELUM TENTU KIT SIYAL IZINKAN LAGI...KEHKEHKEH

Anonymous said...

Orang pas suka baca harakah banyak iklan kuat sex sebab tu suka liwat bini.

Anonymous said...

Bezakan haram dengan hudud boleh tak?

Haram tetap haram..

takkan la main dengan bini masa period pun nak masuk dalam dokumen hudud..

Anonymous said...

Kalaupun nak tunjuk alim dan pakar hukum syariat jangan sampai menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Adakah sama hukum anak curi duit bapak dengan anak tersebut curi duit jiran?

Adakah sama hukuman suami liwat isteri dengan suami liwat orang lain?

Ianya bukan hanya sekadar memperkatakan soal halal atau haram.... Tetapi hukum had yang telah ditetapkan oleh Allah. Jangan sampai keseronokkan hendak memperlekehkan PAS hingga melanggar syariat Allah.

Tidak semua yang haram ada hukuman had (hudud).....

saya said...

kamu semua xpaham ek?...jumru ulama..imam syafie,imam malik,imam hambali dan imam maliki sepakat mengatakan suami meliwat isteri tidak dikenakan hukum hudud tetapi hukum takzir..page kt atas sksyen 14 or 16 mengenai hukum hudud..dalam islam jenayah terbagi kepada 3(hudud,kisas,takzir).-rujuk kitab furuq un masakin..juzuk ke.2-ms315