Monday, September 26, 2011

Jalan Pintas Menuju Syurga PAS.



Mengenai gambaran keadaan didalam syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT, Rasulullah SAW bersabda: “Di dalam syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan khamar. Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (HR At-Tirmidzi).

Di dalam syurga kelak, tidak akan ada penghuninya yang tidak menikah. Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan pada malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua isteri yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar kulit dan di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (HR Bukhari & Muslim).

Malah, mereka diberikan oleh Allah rumah yang diperbuat daripada mutiara dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Keadaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda: “Sesungguhnya di syurga ada rumah yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.” (HR Bukhari)

Ketika Rasulullah SAW di isra'kan, Baginda diperlihatkan bagaimana rumah dan keadaan tanah di dalam syurga seperti disabdakan oleh Baginda yang bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah minyak wangi.” (HR Bukhari & Muslim) - dipetik dari one-ummah.net

Bagaimana pula agaknya gambaran keadaan didalam syurga yang dijanjikan PAS...yang memecah-belahkan serta mengkafirkan saudara seagama sendiri hanya kerana politik?

Bagaimana agaknya gambaran keadaan didalam syurga yang dijanjikan PAS...yang lemah lembut serta amat sayang terhadap kafir yang anti Islam tapi kasar dan keras terhadap saudara seagama sendiri?

Adakah keadaannya seperti didalam pusat-pusat hiburan disempadan Thailand (yang didalamnya ada bidadari-bidadari Siam) yang mungkin menjadi sebab mengapa Kelantan menjuarai anugerah 3 tahun berturut-turut sebagai negeri yang paling ramai rakyatnya menghidap HIV?



2 comments:

Anonymous said...

Syurga PAS terbahagi antaranya jannatul eli, jannatul teresa, jannatul guan eng, jannatul karpal, dan jannatul hiong. Penjaga syurga PAS diketuai badrul amiiiiiin, syurga nombor satu jannatul anwar, semua bontot ketat.

Anonymous said...

Sorga hamPAS gua tak tahu macam mana ghupenya. Tp sorga Mat Sabun dulu dibilik 121, Hotel Perdana Kota Bharu. Sorga Din di Pududraya & sorga ADUN hamPAS Selising dlm keretapi jer.