Sunday, September 9, 2012

Replika Keris Dipuncak Tiang Lampu Pun Rasis Cina Jadikan Isu.

Mungkin kerana sudah tiada modal...maka harakah memilih untuk melaporkan berita ini.

Dilaporkan penduduk Cina merasa resah dan tersinggung gara-gara keris dijadikan sebahagian daripada rekebentuk tiang lampu disekitar Temerloh.

Ketua DAP Mentakab Lai Chee Ming turut mempersoalkan tujuan MPT memasang replika keris pada lampu jalan di taman perumahan berkenaan. DAP kini sedang menyediakan memorandum bantahan kepada MPT mewakili penduduk bagi menuntut replika keris tersebut diganti dengan sesuatu yang lain.

Dan seperti biasa PAS yang setia dengan DAP turut melolong-lolong menyokong tuntutan Lai Chi Ming melalui Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS Mentakab, Norazmi Abdul Majid.



Horas! pun tak faham apa sangat yang ditakut dan dicuakkan oleh Cina Mentakab dengan replika keris itu. Walhal replika keris tersebut langsung tidak mengancam keselamatan nyawa mereka.

Seperkara lagi...mengapa merasa resah dan terancam dengan replika keris itu sahaja? Mengapa replika lembing yang menjadi tiang kepada keris itu tidak pula dijadikan isu?

Jawapannya mudah. Mat Sabu dan Mahfuz yang suka merapu dan merepek pun boleh fikir. Lembing ada dalam sejarah budaya mereka...tapi tidak keris.

Keris itu adalah lambang dan budaya Melayu. Itulah sebenarnya yang menyakitkan mata dan hati mereka. Mereka tidak suka replika senjata Melayu wujud disekitar kediaman mereka.

Jangan lupa..dahulu, cina-cina rasis juga tidak puas hati dan bising-bising  mengkritik apabila DS Hishamuddin menghunus dan mencium sebilah keris dalam satu perhimpunan perwakilan pemuda. Walhal apa yang dilakukan oleh DS Hishamuddin itu hanyalah simbolik mahu memartabatkan Melayu dan bukannya mahu mengancam mana-mana pihak. Dan silapnya...DS Hishamuddin tunduk dan tergesa-gesa meminta maaf kepada mereka.

Kini mereka semakin naik tocang. Melihat keris...walaupun hanya dalam bentuk replika menjadi kepantangan besar kepada mereka. Kalau boleh, gambar keris pun mereka tak mahu lihat. Keris pada mereka hanya seolah-olah  layak diletak didalam muzium.

Harap-harap satu hari nanti mereka tidak sampai meminta agar Sultan dan raja-raja yang menjadi payung bangsa Melayu tidak membawa keris sebaliknya menggantikannya dengan senduk atau sudip dalam apa-apa acara rasmi kerana mereka merasa resah, tersinggung dan terancam.

Tapi percayalah...jika replika senjata-senjata dibawah ini yang diletak mengganti keris itu di tepi-tepi jalan di Mentakab, sepatah haram pun mereka tak akan berbunyi.


Harap Majlis Perbandaran Mentakab tidak tunduk dengan kemahuan mereka yang mahukan replika-replika keris itu diganti.

Ini negara kita. Kita berhak untuk meletakkan sesuatu yang menjadi lambang kebanggaan budaya yang menjadi pusaka warisan nenek moyang kita dimana-mana yang kita suka.






7 comments:

warisan tmk said...

Bukankah KERIS tu lambang KETUANAN MELAYU?

DAP memang bercita-cita nak hapuskan KETUANAN MELAYU....

Tak heran le...kalau kita ikut kehendak depa, bermakna kita iktiraf CHINESE SUPREMACY(Ketuanan Cina).

Pilih yang mana ko mau.

Anonymous said...

Kalaulah ada mana2 menteri yang jantan sikit yang berani cakap macam yang horas tulis ni, baru terangkat... Betul tak?

Anonymous said...

Kadang2 rasa mcm kita terlalu diasak pon ada....

usin said...

takut bila angin kuat, keris tu jatuh melayang cocok kepala hangguk cina2 dap tu. mcm sial punya alasan. pas pun sama sewel jugak, apa yg dap tak suka, ikut jugak tak suka. kalau dap suruh makan taik, pas makan jugak kot. ingat nk sokong pas, tp tengok kelaku pas ni, merugikan bangsa. setakat ni baik tak payah...

Anonymous said...

Jgn la cite sal hishm tu ..dia kta tau mmg jns gtuu..haha..
Sume dia nk kji bile org kmppln skit pdhl saje diaorg nk pkena..dilyn mkin tekena la nnti..ha.elok jgn dlyn

Anonymous said...

Kalau ada majlis pakatan rakyat kata kat PAS pak kut teh halal...PAS pun sental....

PAS apa heran...semua sudah boleh lo.....gua tak sabar nak tunggu calun PAS dari kalangan bukan Islam.......kalau dah samapi PAS ketahap ni.....tukar je nama PAS jadi PAD....sesuai dan orang dah tak heran........

muhammad izzad salleh said...

Aku pun setujuinya ni....