Friday, January 28, 2011

Fatwa Politik 2.

Terlebih dahulu, tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan kerusi di DUN Tenang. Tahniah juga kepada YB Mohamad Azahar Ibrahim. Semoga dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberi oleh warga Tenang dengan sebaik mungkin.

UMBHL masih lagi diteruskan dengan isu 'fatwa' politik PAS. Sama dengan sebahagian pemimpin-pemimpin mereka, kebanyakan penyokong-penyokong tegar PAS juga berani mengeluarkan 'fatwa' mereka sendiri. Fatwa-fatwa mereka lebih dahsyat dan tujuan utamanya adalah untuk mengaibkan dan menghina sesiapa yang menyokong atau mengundi UMNO.

Antara 'fatwa-fatwa' popular dikalangan mereka yang boleh dibaca dibeberapa laman web, blog dan ruang forum adalah seperti berikut :-

  • Gugur syahadah sesiapa yang beragama Islam jika mereka menyokong atau mengundi UMNO/BN.
  • Penyokong atau pengundi UMNO/BN yang beragama Islam adalah fasik, munafik dan kafir.
  • Anak-anak yang dilahirkan oleh penyokong dan pengundi UMNO/BN adalah anak tidak sah taraf (anak luar nikah) kerana pernikahan mereka terbatal akibat gugurnya syahadah.
  • Ibu bapa penyokong atau pengundi UMNO/BN yang telah meninggal dunia akan diseksa dialam barzakh (di kubur).
  • Allah SWT tidak menerima amal ibadat penyokong atau pengundi UMNO/BN.
  • Mengundi UMNO/BN sama seperti menafikan rezeki yang diberi oleh Allah AWT.

Lihatlah betapa melampau dan buruknya sikap mereka. Cukup mudah mereka menjatuhkan hukum fasik. munafik, kafir, gugur syahadah, tidak sah nikah, menghasilkan anak haram, diseksa dialam kubur dan tidak diterima amal ibadah saudara seagama mereka sendiri. Hukum-hukum tersebut dijatuhkan hanya kerana sokongan dan undi tidak diberikan kepada parti mereka.

Mereka menggambarkan bahawa merekalah pejuang Islam sejati. Hidup dan mati mereka kerana Islam dan mereka mahu undang-undang Islam dilaksanakan dinegara ini. Walaupun hakikatnya, pemimpin-pemimpin utama mereka sendiri mengatakan melaksanakan hukum dan negara Islam bukanlah keutamaan PAS lagi.

UMNO mereka tuduh sebagai sebuah parti sekular. Umno juga dikatakan langsung tidak membela sebaliknya menghancur dan membunuh Islam di negara ini. Sekular, tidak membela, menghancur dan membunuh Islamkah UMNO?

UMNO tidak pernah menghalang bahkan terus berusaha membela, memelihara dan menyebarkan agama Islam melalui agensi-agensi yang telah diamanahkan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Hak-hak umat Islam untuk beribadah juga tidak pernah dihalang atau disekat. Beribadatlah selagi mahu dan mampu. Beribadatlah 24 jam sehari, 30 hari sebulan atau 365 hari setahun. Masjid dan surau dibina bagi memudahkan umat Islam beribadat. Bukan seperti PAS, sebuah masjid pun mereka tidak mahu bina.

Kepada kaum wanita, mereka bebas untuk bertudung kemana-mana sahaja tanpa sekatan atau halangan seperti mana yang berlaku di Turki dan beberapa negara Eropah. Kemudahan pengangkutan awam khas untuk kaum wanita juga disediakan secara berperingkat-peringkat. Tidak seperti PAS yang mengalakkan lelaki dan wanita bergesel-gesel di Kelantan -baca disini.

Pendidikan aliran Islam juga dimartabatkan oleh UMNO selaku teraju didalam BN. Buktinya telah banyak pusat-pusat pendidikan baik diperingkat menengah dan universiti dibina untuk tujuan itu. UMNO juga tidak pernah menghalang bahkan menggalakkan para pelajar menuntut ilmu aliran Islam diuniversiti-universiti di Timur Tengah. Kalau tidak mampu, kerajaan bagi pula biasiswa.

Miskin dan fakir itu mendekatkan kepada kufur. Oleh sebab itu UMNO sentiasa berusaha untuk meningkatkan ekonomi umat Islam dinegara ini. Pelbagai program dan usaha berterusan telah dilaksanakan. Tidak seperti kerajaan PAS Kelantan yang gagal untuk meningkatkan ekonomi umat sehingga ada yang terpaksa tinggal dalam reban ayam.

Jika ingin disebut satu persatu, banyak lagi sebenarnya bukti-bukti bahawa UMNO sentiasa membela dan memartabatkan Islam di negara ini. Tapi penyokong-penyokong tegar PAS tetap tidak mampu melihatnya kerana mata dan hati mereka telah buta akibat kerakusan dan nafsu untuk berkuasa.

Nak harap PAS membela dan memartabatkan Islam? Baik dilupakan. Bagaimana mungkin PAS yang hanya mampu menjadi tunggangan dan boneka DAP mampu untuk membela agama? Bertambah parah apabila nama Allah pun PAS sanggup lelong begitu sahaja.

2 comments:

Anonymous said...

Puak pas pis pus dh makin giler buat fatwa sesat...

Anonymous said...

nak buat camne, perkara sebegini memang dah ditakdirkan belaku. baginda rasullulah SAW sendiri mengatakan akan ada diakhir zaman, puak2 sebegini. yang dianggap ulamak tu sendiri keluar dari islam umpama panah dari busarnya. sejahat2 mahluk. islam dijual untuk kepentingan dunia. org jahil mudah tepengaruh dengan kosmatik, beserban janggut memberi syarahan agama hanya membawa kesesatan.org yg ujub ni payah nak diperbetulkan ianya syirik yg samar seperti jalan semut hitam dimalam yg gelap. berapa ramai rasul dan nabi memperjuangkan issue ujub ini tanpa kejayaan yg cemerlang ni kan mereka yg diakhir zaman. ingatlah semua dlm bahaya kecuali yg berilmu, semua yg berlimu dlm bahya kecuali yg mengamalkan ilmunya. semua pengamal ilmu dlm bhaya kecuali yg iklas sedangkan iklas itu sesuatu yg payah melainkan dgn rahmat allah.