Monday, January 17, 2011

Kerajaan PR Selangor Aniaya Peniaga Pasar Tani.

Pemilik-pemilik tapak pasar tani yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya mengeluh dan amat tertekan apabila terpaksa menghadapi kenaikan sewa tapak pasar tani yang mereka miliki.

Kenaikan yang terpaksa mereka tanggung bukan sedikit. Bukan 5%, 10% atau 15%, tapi mencecah sehingga 314%. Jika dulu semasa Selangor ditadbir oleh kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO, mereka hanya membayar sewa tapak sebanyak RM30 sebulan (RM360 setahun), kini mereka terpaksa membayar sebanyak hampir RM125 sebulan (RM1490 setahun).

Selama ni Pakatan Rakyat bukan main lagi melaung-laungkan bahawa mereka la yang paling prihatin dan akan membela nasib rakyat. UMNO digambarkan serba-serbinya tak elok. Kerajaan BN pulak mereka tuduh sebagai suka menganiaya dan menindas rakyat.

Nah! sekarang sudah terbukti pihak mana sebenarnya yang menindas dan tidak peduli dengan nasib rakyat. Sebesar mana sangat la keuntungan peniaga-peniaga pasar tani terlibat sehingga dipaksa menanggung kenaikan sewa sehingga 314%?

Tambah malang apabila majoriti pemilik tapak pasar tani tersebut adalah bangsa Melayu. Nampaknya telah bermula usaha-usaha untuk menjatuhkan ekonomi peniaga-peniaga kecil-kecilan bangsa Melayu di Selangor.

Slogan 'Merakyatkan Ekonomi' yang selama ini jerit dan laungkan sebagai gambaran bahawa mereka la yang paling prihatin dengan nasib rakyat boleh dicampak kedalam bakul sampah. Kerajaan PR hanya pandai mencipta slogan. Pelaksanaan? gagal sama sekali.

sumber: khairulryezal


No comments: