Monday, January 31, 2011

Kalah Di DUN Tenang: Hasil 'Post Mortem' Puak PAS.


Jika di DUN Galas dulu kesimpulan yang dibuat apabila calon PAS kalah adalah disebabkan pengundi-pengundi dari kalangan kaum orang asli dikatakan menjadi bodoh kerana banyak makan monyet. Di DUN Tenang, lain pulak kesimpulannya.

Berikut adalah antara hasil 'post mortem' dan analisis puak-puak PAS bila mereka kalah dalam pilihanraya kecil di Tenang. Hasil 'post mortem' dan analisis tersebut juga diterima dengan sebulat suara oleh penyokong-penyokong tegar PAS yang lain.

  1. Warga FELDA di DUN Tenang tak berilmu, bodoh lagi bangang.
  2. Warga FELDA di DUN Tenang ingin mengamalkan cara hidup zaman jahiliyah
  3. Penduduk di dalam kawasan DUN Tenang kurang iman selain menolak dan menghina Islam.
  4. Penduduk di dalam kawasan DUN Tenang memang gemar kepada perkara jahat dan maksiat.
  5. Penduduk di dalam kawasan DUN Tenang tak takut atau gentar dengan pembalasan di akhirat kelak.

Betul ke pengundi-pengundi hanya jadi bijak, cerdik dan tak bangang bila mengundi PAS..!!?

Betul ke undi PAS baru terbukti pengundi-pengundi tak mengamalkan cara hidup zaman jahiliyah...!!?

Betul ke iman pengundi-pengundi beragama Islam hanya akan menjadi mantap dan mereka boleh dianggap mengagungkan Islam kalau memilih PAS..!!?

Betul ke hanya dengan memilih calon PAS baru la terbukti penduduk-penduduk DUN Tenang membenci serta menolak perkara jahat dan maksiat...!!?

Betul ke apabila diakhirat kelak pengundi-pengundi beragama Islam seolah-olah mendapat 'syafaat' jika mengundi PAS...!!?

MasyaAllah! macam tu punya senang puak-puak yang kononnya mengaku memperjuangkan Islam ni menjatuhkan hukum dan menghina para pengundi yang tak memilih calon dari parti mereka. Akhlak yang dianjurkan Islamkah ini?

Apa yang juak-juak PAS jumud ni tak tau ialah, warga Tenang menolak calon PAS pasal dah tau dan muak dengan perangai buruk parti PAS. Islam setakat dijadikan modal.

Anda nilaikan la sendiri sikap mereka. Video di bawah mungkin boleh membantu anda semua untuk menilai siapa mereka sebenarnya.







No comments: