PUTRAJAYA 11 Jan. - Tabung Haji (TH) dijangka mengagihkan pembayaran bonus yang lebih tinggi kali ini setelah mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah penubuhannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengagihan bonus itu hasil keuntungan sebanyak RM1.5 bilion yang diperoleh agensi itu tahun lepas.Menurutnya, pengumuman rasmi perkara tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.
"Keuntungan TH sebanyak RM1.5 bilion merupakan yang tertinggi dalam sejarah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Tapi PKR dan PKR tetap cakap kerajaan (yang dipimpin UMNO) tak buat apa-apa untuk kebaikan umat islam. Langsung tak tahu nak mengenang budi puak-puak PR ni.
Pada hal hasil keuntungan tu pun diaorang dapat jugak. Ke tak ada langsung pencacai PKR dan PAS atau ahli keluarga dan saudara mara mereka yang menyimpan atau melabur dalam tabung haji?
Kutuk dan maki hamun kerajaan macam nak rak, tapi bila dapat untung hasil usaha kerajaan tersenyum simpul pulak. Entah-entah puak yang kuat kutuk dan maki hamun tu yang pagi-pagi dah beratur kat Tabung Haji nak kira untung atau dividen.
Nak harap PKR nak buat benda-benda macam tu jangan mimpi jauh sekali berharap. Selangor ni pun sekarang dah nak dibankrapkannya. Hutang bertambah. Apa yang penasihat ekonomi berelaun RM1 tu buat? Haram tak ada satu apa pun. Memang sesuailah dibayar seringgit saja pasal dia memang tak buat apa pun.
Masa mula dilantik bukan main berdegar-degar bercakap, kononnya pelabur Arab akan melabur berbilion ringgit di Selangor. Tapi sampai sekarang satu habuk pun tak nampak.
PAS lagi la usah cerita. Macam mana nak buat benda-benda yang boleh memberi faedah dan menguntungkan umat Islam kalau sebuah masjid pun tak mampu nak buat. Puak-puak ni lagi suka sembahyang kat stadium. Biar semua orang nampak yang diaorang tengah sembahyang jemaah ramai-ramai.
Cuba kita lihat negeri Kelantan yang PAS perintah lebih daripada 20 tahun, masih mundur dan tak terurus hingga memaksa rakyatnya berhijrah kenegeri-negeri lain untuk mencari rezeki.
Nak menguruskan koperasi sendiri (KOHILAL) yang tak sebesar mana tu pun dah tunggang langgang sampai lesap dan ghaib berjuta ringgit. Jadi jangan haraplah puak-puak PAS ni mampu untuk membangunkan ekonomi umat Islam.
Oh ya! Duit kutipan derma untuk dijadikan tabung waris-waris kes Memali yang diuruskan oleh puak-puak PAS apa cerita? Dengarnya ghaib jugak kena sebat
.
No comments:
Post a Comment