Wednesday, May 9, 2012

Ibarat Ketam Mahu Mengajar Anaknya Berjalan Lurus...Begitulah Nasrudin Hassan.




Horas! terbaca artikel yang ditulis oleh KP PAS Pusat, Nasrudin Hassan di harakahdaily. Tajuknya 'Tinggalkan Perkara Yang Tidak Berfaedah'.

Berikut Horas! petik sedikit apa yang ditulis oleh KP PAS Pusat berkenaan -
"Perkara yang tidak mendatangkan manafaat ini tidak semestinya hanya dari perkara haram semata-mata tetapi juga dari perkara-perkara halal menurut hukum syara' namun ia tidak mendatang manafaat kepada kita. Contoh mudah ialah berbual kosong di kedai kopi , tidur hingga mencecah 7 atau 8 jam sehari termenung dan berangan-angan. Sungguhpun perbuatan ini tidak membawa kepada haram tetapi ia telah mengambil banyak dari masa kita yang sememangnya terhad". 
"Sayugianya wahai sahabat seperjuangan, Tinggalkanlah perkara yang tidak mendatangkan manafaat kepada diri mu ! demikian itu sebahagian dari keindahan dan kecantikan Islam seseorang. Begitulah terlebih wajar bagi seorang muslim meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt lantaran ia pasti tidak mendatangkan manfaat".
Murni dan molek benar ajakan atau seruan Nasrudin itu...tinggalkanlah perkara yang tidak berfaedah!

Tapi sayang, Nasrudin cakapnya tak serupa bikin. 

Dia dan puak-puaknya sendiri amat suka melakukan perbuatan-perbuatan tidak berfaedah yang bukan sahaja menyusahkan dan membawa mudarat kepada dirinya sendiri..bahkan turut menyusahkan dan membawa mudarat kepada saudara-saudara seagamanya yang lain.

Tak perlu rakan-rakan pembaca sekalian pergi jauh untuk melihat betapa Nasrudin ini cakapnya langsung tak serupa bikin.

Lihat sahaja perbuatannya yang mendalangi perhimpunan BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah baru-baru ini. Hasilnya kerajaan Arab Saudi kini sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Berfaedahkah hasil perbuatan Nasrudin itu? Mendatangkan faedah dan manfaat kepada ummatkah apa yang Nasrudin lakukan itu?

Walhal sebelum ini bukan sedikit kemudahan dan keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi kepada umat Islam dari negara ini yang mahu menunaikan umrah mahupun ibadah haji.

Sedangkan Nasrudin kemudiannya tanpa sedikitpun rasa bersalah atau mahu bertanggungjawab atas perbuatannya dengan selamba mengambil sikap berlepas tangan dan meletakkan kesalahan yang dia sendiri lakukan diatas bahu UMNO dan kerajaan.


Hari ini sikap berpura-pura dan cakap tak serupa bikin KP PAS Pusat ini makin terdedah apabila dia dengan lantang menentang kedatangan Irshad Manji, seorang ikon 'Islam' liberal lesbian yang juga merupakan pejuang hak homoseksualiti (LGBT) yang dikatakan  akan bertemu peminat beliau di Borders Bookstore Petaling Jaya pada 12 hb Mei ini.

Alasan dan hujah yang digunakan oleh Nasrudin, Irshad Manji boleh membawa ideologi yang boleh memudharatkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam.


Lupa atau buat-buat butakah Nasrudin bahawa Ambiga yang selama ini bermati-matian dipertahan dan disokong oleh PAS (termasuk dirinya) itu juga seorang pejuang hak LGBT? Malah lebih teruk dari itu...Ambiga turut menyokong dan mempertahankan mana-mana orang Islam yang ingin atau telah murtad.


Mengapa Nasrudin tidak menentang Ambiga sebagaimana dia menentang Irshad Manji? 

Adakah LGBT yang diperjuangkan oleh Ambiga tidak memudharatkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam dinegara ini?

 Aneh bukan?

Nasarudin tentang Irshad Manji tapi dalam masa yang sama dia julang pula Ambiga. Walhal Irshad Manji dan Ambiga...kedua-duanya boleh membawa kerosakan keatas ummah.

Inilah wajah kebanyakan pemimpin PAS yang sebenarnya. Pendirian mereka boleh berubah-ubah mengikut keperluan dan keuntungan politik mereka. Kalau mendatangkan keuntungan...yang salah boleh mereka kata betul. Kalau mendatangkan kerugian...yang betul pula boleh mereka kata salah.

Lihat apabila kerajaan DAP Pulau Pinang memberi RM100 kepada warga emas di negeri berkenaan, walaupun PAS tahu wang itu dari sumber judi, mereka langsung tidak membantah malah mengalakkan warga-warga emas terlibat menerimanya dengan lapang dada. Kata PAS wang itu halal.

Tapi bila kerajaan pusat yang diterajui UMNO menghulurkan BR1M kepada rakyat yang layak menerimanya, menjerit-jerit juak PAS mengatakan itu rasuah dan haram diterima. Mereka hasut rakyat supaya menolak bantuan tersebut dan pelbagai cerita buruk mereka reka tentang BR1M.

Sungguh buruk benar perangai mereka.

Berbalik kepada kisah KP PAS pusat yang cakap tak serupa bikin, nasihat Horas!...berhentilah daripada menjadi ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus.

Bagaimana anda mahu membetulkan jalan orang lain jika jalan anda sendiri melelong-lelong kekiri dan kekanan?





3 comments:

Anonymous said...

Kebodohan tahap pas ni umpama mcm knp kiter ssh2 buat kempen boikot brg2 israel mcm coke mcdonald dll???
Krn sykt itu sykt yg mendokong yahudi & memerangi umat palestin/umat islam...
Maka mereka itu musuh islam sepanjang masa...

Tp lain pula kalo ambiga...mereka sokong cuma sb pilihanraya..tp x sokong lgbt...
Mcm on off lak ambiga & isu anti islamnya itu...

Jika mcm ini...pas adelah parti yg paling tidak layak sekali memperjuangkan islam apetah lg kempen nk boikot2 brg2 yahudi sb depa sendiri x dpt membezakan musuh islam yg dekat dr tanah airnya aendiri...

Anonymous said...

Ketam dalam pas ni bkn setakat sekor dua...tp tak terhitung jumlahnya. Kononnya depalah pejuang islam sejati yg islam dimartabatkan..tp dlm masa depa jugaklah yang menibai bini org, depa jugaklah yg melelong agama dan depa jugaklah yg kuat memaki hamun dan memfitnah siang malam.

Anonymous said...

memang nasarudin ni bodo nak mampos. yg gi demo kat mekah, madinah tu apa hal nya? kalu kerajaan saudi sekat rakyat malaysia dari mengerjakan haji dan umrah, manusia inilah yg bertanggungjawab, sumpahlah manusia ni beramai-ramai. bodo!