Sebelum video sekumpulan muslimat PAS menyanyi menjerit-jerit sambil memaki hamun UMNO ketika meraikan kebebasan Anwar Ibrahim dulu tersebar, Horas! langsung tidak pernah mendengar nama atau mengenali wajah Aiman Athirah.
Hanya selepas video tersebut tersebar di Youtube, barulah Horas! tahu bahawa wanita yang mengetuai sekumpulan muslimat PAS yang kelakuan mereka seperti kerasukan syaitan itu adalah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Bermula dari situ, ada beberapa kali Horas! menjenguk-jenguk laman FB Aiman Athirah. Horas! jenguk bukan kerana mengagumi dan jauh sekali meminatinya. Horas! cuma ingin tahu serba sedikit mengenai diri beliau kerana kata orang, kalau ingin tahu serba sedikit tentang peribadi sesorang itu...kita boleh melihatnya dari apa yang terdapat atau tertulis dilaman FB individu berkenaan.
Kalau jenis yang panas baran dan tak boleh tersentuh...akan banyaklah update statusnya yang menggunakan perkataan-perkataan yang kesat serta kasar memarahi orang itu dan orang ini. Kalau jenis yang alim atau warak, akan banyaklah nasihat berkaitan agama, ayat Quran dan hadis dijadikan status updatenya.
Kalau jenis yang dalam hati ada taman...akan penuhlah update statusnya dengan madah-madah dan puisi cinta yang sendu dan mendayu-dayu. Kalau yang jenis minat bisnes pula...segala macam benda mahu dijualnya dan begitulah seterusnya.
Di FB Aiman Athirah, kalau rakan-rakan pembaca sekalian rasa rajin mahu menjenguknya, maka dengan mudah dapat dinilai bahawa beliau adalah seorang yang terlampau taksub dengan partinya. Pada beliau, hanya dirinya sendiri dan parti yang dianggotainyalah yang serba betul, serba baik dan serba sempurna. Manakala UMNO mahupun BN itu terlalu jahat dan perlu dihapuskan dari muka bumi ini.
Baru-baru ini Horas! meluangkan sedikit masa membaca tulisan beliau bertajuk "REGIM SEMAKIN GILA DAN GELABAH" di merdekariview.com.
Seperti biasa, tiada apa yang menarik dalam tulisan beliau selain daripada dipenuhi dengan ayat-ayat yang menghasut pembacanya agar membenci dan memusuhi UMNO dengan sepenuh hati sambil memuji-muji Pakatan Rakyat yang kononnya serba sempurna.
Horas! pun tak tahu tang mana gelabahnya UMNO seperti yang didakwa Aiman Athirah. Tak ada pula Horas! lihat pemimpin UMNO berkerumun dipasar menjual daging babi dan bermesra-mesra dengan penjualnya kerana gelabah mengejar undi.
Juga tak ada Horas! lihat pemimpin-pemimpin UMNO kelam kabut melelong kalimah Allah untuk digunakan kafir di gereja kerana gelabah dan gila untuk mendapat sokongan.
Berikut Horas! petik sedikit tulisan Ketua Penerangan PAS Pusat berkenaan.
"rakyat pasrah melarikan diri selepas REGIM PDRM yang mendapat perlindungan dan jaminan suaka selamat REGIM BN membuat tindakan ganas menyepak, menerajang dan mengheret rakyat dengan muka terseret di atas tar jalan raya!
Sangat sadis situasi pada petang itu. Ironinya ratusan ribu rakyat itu majoritinya masih upaya menahan sabar dan hanya pasrah dalam pekik raung meminta tolong agar dihentikan pembelasahan regim dalam raut calar petang Sabtu 28 April.
Kamera, Video Kamera, Handphone Berkamera rakyat dirampas bagi melupuskan bukti kehancuran demokrasi kolot Regim UMNO Barisan Nasional. Seketika saya sangat merasakan itulah manifestasi kedzaliman Regim Tel Aviv ke atas ummat Palestine!
Hatta kalian juga tahu sebenarnya yang memulakan angkara provokasi adalah daripada kalangan kalian sendiri, meski berbaju kuning BERSIH tetapi jiwa dan gelagat mereka jelas menzahirkan kemunafikan dan kekotoran asuhan Regim!
Muhyidin Yassin dan para proksi Regim UMNO BN (dari kalangan NGOs baru yang hidup segan mati tak mahu) sibuk menuding jari kepada Penganjur BERSIH 3.0 dan kepimpinan Pakatan Rakyat. Sehingga sengaja melupakan punca utama terjadinya DUDUK & BANTAH pada 28 April 2012 itu adalah daripada kepincangan, penipuan dan penyelewengan dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya Negara ini yang diterajui oleh SPR yang mana Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya adalah "baruah" dan "pencacai" UMNO! Selama ini makan duit membesarkan anak bini daripada hasil haram, menipu dan memperbodohkan rakyat. Shame on you Muhyidin!
Dengan hanya satu tembakan gas pemedih mata hakikatnya ratusan ribu rakyat yang tidak bersedia dengan kedzaliman itu telahpun lari bertempiaran. Bergelimpangan. Undur kehairanan. Saya menyaksikan ramai terpinga-pinga…"what is going on"?Lelaki perempuan, tua muda menangis sambil juga menyelamatkan diri bukan sahaja daripada simbahan air berkimia, gas pemedih mata yang dimuntahkan bertubi-tubi…hatta lari daripada belasahan anggota polis yang umpama kerasukan syaiton.
Hari itu ramai rakyat hatta saya sendiri tidak bersedia dengan apa jua kelengkapan seperti air dan garam kasar. Saya dan ratusan ribu rakyat hakikatnya sangat bersangka baik dengan Najib yang janji mahu berubah dan mendengar denyut hati rakyat. Shame on you Najib!
Apa pun pembohongan, gambaran buruk yang cuba diberikan oleh pihak Regim termasuk media proksinya, saya mahu tegaskan ini: RAKYAT SUDAH SEPENUHNYA HILANG KEPERCAYAAN. TUNTAS!
Itu baru sedikit daripada tulisan beliau. Horas! yakin, rakan-rakan pembaca sekalian akan merasa loya atau mual jika membaca tulisan penuhnya.
Nampak bagaimana Aiman Athirah merubah fakta sesuka hati beliau bagi menimbulkan rasa benci orang ramai kepada PDRM serta UMNO dan kerajaan?
Tapi pada Horas! itu perkara biasa. Kalau tak menghasut orang ramai membenci PDRM, UMNO dan seterusnya kerajaan bukan kalangan pemimpin Pakatan Rakyat namanya. Itu memang kerja kesukaan mereka semenjak azali.
Cuma diakhir tulisan beliau yang penuh dengan kutukan keatas PDRM, UMNO dan kerajaan itu Horas! dapat mengesan betapa beliau sebenarnya adalah seorang yang agak dungu dan keliru apabila dengan yakin menuduh kerajaan mengklasifikasikan 8 perkara yang dituntut oleh BERSIH itu adalah jenayah dan sesiapa yang terlibat dengannya pula adalah penjenayah.
Tulis Aiman Athirah...
"Saya mahu bertanya; apakah menuntut LAPAN perkara ini wajar dituduh sebagai jenayah dan penjenayah?"
Wahai Aiman Athirah, ketahuilah olehmu bahawa kerajaan sesekali tidak pernah menganggap perkara yang dituntut oleh BERSIH itu adalah kesalahan jenayah. Dan kerajaan juga tidak pernah menganggap mana-mana individu, kelompok ataupun kumpulan yang menuntut 8 perkara itu telah melakukan jenayah.
Kalau benarlah kerajaan menganggap menuntut 8 perkara itu satu kesalahan jenayah, pasti sudah lama Ambiga yang menjadi pujaan hati muslimin dan muslimat PAS itu ditangkap, didakwa dan dihumban kedalam penjara.
Kalau benarlah menuntut 8 pekara itu menjadi satu kesalahan jenayah, pasti A. Samad Said ketika ini sedang meratapi untung nasib didalam penjara Sungai Buluh...kalaupun tidak dari dalam penjara Sungai Jelok.
Juga kalau benarlah menuntut 8 perkara itu satu kesalahan jenayah, pasti sebahagian besar pemimpin PR yang diketuai Anwar Ibrahim yang semakin kusam dan kelam seri wajahnya itu kini sedang kelam kabut membela diri di mahkamah.
Dan lagi wahai Aiman Athirah! Kalau benar apa yang dituntut oleh BERSIH itu dianggap jenayah, mana mungkin 7 daripada 8 tuntutan itu dimasukkan dalam 22 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihanraya yang dibentangkan di Parlimen. Malah beberapa orang pemimpin PR sendiri dilantik menjadi ahli jawatankuasanya.
Hanya 1 daripada tuntutan Bersih iaitu mengenai tambahan hari pada tempoh berkempen tidak dimasukkan dalam syor itu kerana ia akan banyak memberi kesan terutama kepada Sabah dan Sarawak yang mempunyai banyak kawasan pendalaman.
Dinegara ini, mana-mana individu. kumpulan mahupun organisasi boleh menuntut apa jua perkara yang mereka fikir wajar untuk dinilai dan dipertimbangkan oleh kerajaan. Kerajaan yang diterajui oleh UMNO pula mengamalkan sikap terbuka dan sentiasa memberi ruang dan peluang.
Lihat sahaja Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Bukan sedikit perkara yang mereka tuntut agar dilaksanakan oleh kerajaan. Tapi presidennya, Dato' Hj. Omar Osman tidak pula sampai mahu membawa ahlinya merusuh dijalanraya menuntut agar permintaan mereka dipenuhi. Mereka menuntut mengikut prosuder dan hasilnya, banyak dari tuntutan mereka itu yang telah dipenuhi oleh kerajaan.
Pada juak-juak PR - terutamanya muslimah PAS - diluar sana, ketahuilah bahawa tidak benar sama sekali anggapan Aiman Athirah bahawa kerajaan menuduh sesiapa yang terlibat menuntut 8 perkara itu sebagai penjenayah.
Yang menuntut itu hanya akan dianggap melakukan jenayah apabila mereka merusuh, mengganas, membelasah serta mencederakan anggota keselamatan dan ingkar dengan perintah mahkamah yang tidak membenarkan mereka berhimpun juga berdemo di Dataran Merdeka.
Anggapan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS pusat itu sebenarnya lahir dari kebusukan hatinya sendiri yang penuh dengan dendam dan kebencian yang melulu kepada UMNO dan kerajaan. Dan kebencian itu lahir kerana melihat majoriti rakyat masih lagi menyokong UMNO dan menolak PR.
Jika inilah kualiti pemikiran yang ada pada Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS yang pernah mendakwa ada anggota polis bernafsu untuk merogolnya dulu (klik disini), maka tidak hairanlah ada muslimat bawahan PAS yang merapu sampai jadi macam dalam gambar dibawah ini.
Bak kata orang Mandailing...DISGUSTING!..
Bak kata orang Mandailing...DISGUSTING!..
13 comments:
KLu muka macam tu nak merogol TAK HINGIN.. tak stim langsung.
Roket tu menghala ke mulut..lain macam aje
Sesuai benar pepatah orang dulu..
Kalau muka dah buruk tapi berakhlak baik orang akan hormati.
Kalau muka tu cantik berperangai buruk orang benci.
Kalau muka buruk berperangai buruk macam babi.
Contohnya:-
Betina PAS dalam gambar di atas....Kah...kah....kah....
Muka mcm MONYET perangai serupa BERUK..itu saja layak utk muka PUAKA. Dh la muka buruk, perangai pun buruk...byg kan la kat bwh tu...aduhai...mesti wa ala mau pengsan loooo...manyak holoh ooo..
Ada gak Muslimat PAS macam ni ya. Nasib ler sape2 yang jadi suami dia.
Memang meroyan dia nih.
jgn kata muka dia buruk, kerana Allah yg jadikan, tapi muka dia mcm tu sebab hati dia busuk. Aku baca penulisan dia pun rasa nak muntah, penuh fitnah, dangkal etc
Semakin menyampah dgn pompuan PAS. Konon 'holier than thou' tp busuk serba serbi.
manusia kalo hati dah busuk fitnah dan menghasut tu makanana harian daN menuduh kakitangan kerajaan makan duit haram bela anak bini ...ssemua yang dia cakap berpusing 360 keatas dia .... nauzubillah min zalik minta simpang dari jumpa pompuan macam ni baik di dunia maupun di akhirat .....
Semua muka potong steam...melainkan raja bontot ok kot???!!!
kain tutup muka tu lambang syurga puak pembangkang...
jenis betina biji lebam mcm lakhanat ni mau dok ludah jer kat muka...
sebab lakhanat ni la kawan aku kat luar negara tanya mcm ni ka muslimah kat malaysia...
aku jawab jenis mcm ni kira syiah jer...
nasib baik kawan aku ni muslim jugak dan bila dgr jer syiah terus dia paham...
syukur sebab aku telah menepis tohmahan dari negara luar...
pejuang hamas...
BUBARKAN PAS...AYUH...DIDALAMNYA PENUH DENGAN ORANG MUNAFIK, BAIK JANTAN ATAU PUN BETINA....
Assalamualaikum:
Maaf cakap la kepada para penyokong PAS nih..Kalaula kerajaan kita ni macam REGIM TEL AVIV tu..dah lama dah puak-puak PAS dgn PKR dgn DAP'IG" ni ditembak..dimortar...dibom...dan dihalau keluar..Ini tidak..ok jer memasing leh ke sana ke mari dok PEDAJAIKAN orang..
disgusting indeed! terpekik terlolong tak menggambarkan akhlak wanita muslimah. suka suki kutuk regim pdrm lah,regim umno lah...apa dia tak tau ke rejim pas di kelantan lagi haprak!!!
In a nutshell..bunch of monkeys!!!!!
Post a Comment