Saturday, September 24, 2011

Hudud AlagaPAS: Cukup-Cukuplah Menipu Dan Mengelirukan Wahai Nasrudin Hassan!



Semenjak soal pelaksanaan hukum hudud yang kononnya mahu dilaksanakan oleh PAS dinegeri Kelantan kembali heboh diperkatakan kebelakangan ini, ramai pemimpin PAS amat bernafsu dan gelojoh untuk bercakap mengenainya.

Tapi seperti biasa,  dipenghujung komen masing-masing mereka pakat tuding jari menyalahkan UMNO. Kata mereka ianya tidak dapat dilaksanakan kerana ditentang oleh UMNO. Itulah alasan mereka semenjak dahulu.

Biasalah, kalau dalam hal-hal menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan, kebusukan dan keburukan diri dan parti sendiri, pemimpin dan juak-juak PAS amat mahir melakukannya. 

Lantaklah apa yang mereka mahu cakap sekalipun. Mana mungkin kita boleh menutup mulut mereka yang memang terkenal suka memaki hamun dan membuat fitnah itu. Yang penting perangai sebenar serta keburukan PAS semakin terdedah hari demi hari dan perkara itu pasti akan dilihat dan dinilai oleh rakyat.

Apa yang Horas! ingin perkatakan ialah tentang kenyataan memutar belit berkaitan punca hudud kembali diperkatakan yang dibuat oleh KP PAS diharamkahdaily.

Kata Nasrudin, 
"Tidak ada petir, tidak ada guruh, tiba - tiba isu perlaksanaan hukum hudud timbul kembali. Pada pandangan saya, apabila timbul isu perlaksanaan hukum hudud dan ia dimulakan oleh pemimpin dan mantan pemimpin UMNO dan BN maka ia menandakan masuknya musim pilihanraya".
Kemudian KP PAS Pusat itu menambah lagi,
"Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya".
Rakan-rakan pembaca sekalian nampak apa yang cuba diputar belit olehNasrudin Hassan? 

Nasruddin cuba mengatakan pihak yang sebenarnya menimbulkan kembali isu perlaksanaan hukum hudud berkenaan adalah pemimpin dan mantan pemimpin UMNO.

Apa sudah jadi dengan KP PAS Pusat ini? Sanggup menyembunyikan perkara yang sebenar dan kemudiannya mencipta pula cerita baru semata-mata kerana mahu dijadikan modal untuk menyerang dan memburuk-burukkan UMNO. 

Walaupun perkara yang cuba diputar belit dan ditipu oleh Nasruddin itu nampak remeh, tapi pada Horas! tidak ada sebab mengapa ianya wajar dilakukan oleh Nasruddin yang berimej alim lagi warak itu.

KP PAS pusat berkenaan jangan buat-buat pekak atau buta. Bukankah Nik Aziz sendiri yang sebenarnya mula-mula sekali membangkitkan soal perlaksanaan hudud berkenaan?

Nik Aziz membangkitkannya kembali kerana terdesak untuk mencari alasan bagi menutup malu setelah Majlis Aids Malaysia membuat satu laporan yang mengatakan Kelantan mencatat bilangan pesakit HIV paling tinggi dalam Malaysia pada tahun 2010.

Kata Nik Aziz punca yang menjadikan negeri Kelantan menjadi negeri yang paling ramai rakyatnya mengidap HIV adalah disebabkan PAS gagal melaksanakan hukum hudud yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan kerana dihalang oleh Tun Dr Mahathir yang ketika itu masih lagi menjadi Perdana Menteri.

Sudah tentu kenyataan Nik Aziz itu akan dijawab oleh bekas Perdana Menteri berkenaan kerana ianya melibatkan diri beliau. Dan sudah tentu juga pemimpin-pemimpin UMNO yang lain akan turut mengulas dan membuat kenyataan kerana tuduhan itu melibatkan parti mereka.

Tapi mengapa KP PAS Pusat cuba membelit dan menipu dengan mengatakan isu perlaksanaan hudud berkenaan sebenarnya dibangkitkan oleh UMNO dan bukannya partinya sendiri?

Begitulah perangai kebanyakan pemimpin PAS. Dari yang tua hinggalah yang muda, sama saja. Bayangkan, perkara atau isu yang umum sudah tahu hujung pangkalnya pun mereka boleh putar belit dan tipu, inikan pulalah perkara atau isu yang samar-samar atau tidak diketahui....lagilah mudah mereka lipat dan belit.

Kepada Nasrudin Hassan, cukup-cukuplah membuat perkara-perkara bodoh seperti itu. Anda tidak akan nampak hebat kerananya.

Lebih baik kalau ditumpukan sepenuh perhatian pada cadangan Pemuda PAS yang berhasrat mahu menghimpun sejuta ummah untuk selamatkan akidah seperti yang diwar-warkan macam nak rak sebelum ini.

Jangan sampai ianya turut gagal seperti mana gagalnya hasrat anda mahu menghimpun 10 ribu orang pemuda PAS bagi menggempur kasino di Genting Highland yang kononnya mahu dilaksanakan atas tujuan dakwah dulu.



3 comments:

usin said...

kalau belit serban sebesar bakul tp cakap opak apekpun tak guna juga. lidah tu yg akan terbelit leher nanti...

Anonymous said...

huh!!! himpunan sejuta ummat?...nie kalau gagal lagi mesti dorang kata UMNO punya pasallll!!!

Anonymous said...

nasruddin nih dulu ok jugak, tp sayang..entah apa sebabnya skrg nih perangai dia jadi teruk pulak.