Friday, September 16, 2011

Jika Keluar Dari Mulut Pemimpin UMNO, Pasti Sudah Dituduh Munafik. Tapi Jika Keluar Dari Mulut Nik Aziz?



Ramai diantara kita yang membesar dan menjadi dewasa dibawah kegemilangan era pentadbiran Tun Dr Mahathir.

Maklumlah, beliau adalah Perdana Menteri yang paling lama memegang tampuk kekuasaan dinegara ini. 

Bukan beliau tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan...tapi pemimpin-pemimpin UMNO yang lain yang masih belum bersedia untuk menerimanya.

Kononnya mereka masih memerlukan kepimpinan Tun Dr Mahathir. Dikalangan rakyat yang amat mengagumi beliau juga begitu.

Cuma yang paling kuat dan beriya-iya mendesak Tun Mahathir meletak jawatan ialah penjaga serambi Mekah dan 'kota suci' dari dari Kelantan.

Mulut puaka Nik Aziz tidak pernah lekang daripada menuntut agar Tun melepaskan jawatannya. Alasannya, Tun sudah terlalu lama memegang jawatan berkenaan.

Pernah pada satu tahap, Nik Aziz dengan lantang mengatakan bahawa dia juga akan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Tun melepaskan jawatannya.

Apa kata Nik Aziz? "Jika Mahathir letak jawatan hari ini, esok saya juga akan letak jawatan".

Tapi kini, selepas 13 tahun Tun Mahathir meletakkan jawatannya, namun sipenjaga serambi Mekah dan 'kota suci' masih tidak menunaikan janji dan masih tetap menyandang jawatan Menteri Besarnya.

Dia seolah-olah lupa dengan apa yang dia sendiri janjikan.

Bahkan tidak lama dulu tanpa memikirkan usianya yang telah lanjut dan sering uzur itu, Nik Aziz membuat pengumuman untuk terus bertanding dalam PRU13. Bercabang betul lidah Nik Aziz.

Bayangkan kalau janji seperti itu dibuat oleh pemimpin UMNO tapi tak ditunaikan, pasti berebut-rebut juak PAS memaki hamun dan menjatuhkan hukum munafik. Tapi bila Nik Aziz sendiri yang mungkir janji...puak karat hijau hanya diam tak berbunyi sedikit pun.

Kalau ada mana-mana pihak yang mempertikakannya, juak PAS akan keluarkan 1001 satu alasan untuk membela Nik Aziz. Atau kalau sudah terdesak sangat...katakan saja Rasululullah SAW pun pernah melakukan perkara yang sama...habis cerita.

Itulah perangai juak PAS, lidah mereka tidak pernah berhenti daripada membelit.

Jika orang lain mungkir janji salah...tapi jika mereka sendiri yang mungkir janji, itu tidak salah.




4 comments:

Anonymous said...

Nik Aziz mana pernah ingat apa yang dia janjikan tu. Dasar munafiq...

AmalUPM said...

Itulah namanya strategi & helah politik. Pemimpin umngok mana tau semua tuh.

Anonymous said...

aku org umno juga, jangan kutuk ulamak, kau tak kenal nik aziz secara dekat jgn ckp, aku wlaupun umno tapi hormat dgn ilmu nik aziz.

Horas! said...

Horas! juga hormat dengan ilmu yang dia ada. Tapi Horas! tidak hormat dengan cara dan pendekatan politik Nik Aziz. Apa hukumnya mungkir janji?