Pedang Rasulullah SAW
Kalau memang benar begitu maksud Hadi Awang, maknanya PAS sekarang ini betul-betul terdesak mahu membela Mat Sabu yang sudah terlanjur kata mengangkat dan mengiktiraf perjuangan pengganas komunis yang mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah Republik Komunis.
Nampaknya untuk menegakkan benang basah dan demi membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh Mat Sabu itu adalah benar, PAS sanggup mengaitkannya dengan apa sahaja hatta dengan sejarah perjuangan Rasulullah SAW sekalipun.
Mari kita baca petikan khutbah Eidulfitri Hadi Awang di Masjid Rusila seperti yang dilaporkan oleh Haramkahdaily.
"Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair. Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian".
“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom."
“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.”
"Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri".
Adakah Hadi Awang cuba mengatakan anggota polis yang dibunuh di Balai Polis Bukit Kepung itu sama keadaan mereka seperti jahiliah Arab? Dan pengganas komunis yang diketuai Mat Indera yang menyerang bangsanya sendiri sama pula keadaannya dengan perjuangan Rasulullah SAW yang mahu membebaskan Mekah?
Jika memang benar begitu maksud Presiden PAS berkenaan, maka memang amat sesuai benarlah Mat Sabu digandingkan dengan beliau untuk memimpin PAS.
Rakan-rakan pembaca sekalian nilaikanlah sendiri apa sebenarnya maksud Hadi Awang itu.
6 comments:
Cerita senang jer lah.
Komunis tidak percaya ugama. Kata komunis ugama adalah candu yang melekakan untuk terus maju.
Mat Sabu dan PAS ugama apa sekarang?
Baca lah sikit apa berlaku dengan Islam bila komunis berkuasa di Russia
Komunis tak sebulu dengan ugama pada setiap masa.
Pada komunis ugama adalah candu yang diguna untuk melekakan golongan pekerja.
PAS akan hilang ugama?
Sila rujuk
http://en.wikipedia.org/wiki/Marxism_and_religion
bler la org2 yg poyo2 alim ni nk goal...ckp mcm btul sume je klu bab2 agama,mcm org lain ni jahil sgt...pg tanya ayah pin plak,silap2 sama je kot..1 negeri..
tak sama langsung dengan apa2 pun perjuangan dlm islam,,sebab dlm islam di larang membunuh kanak2 dan wanita lemah,komunis x kira kanak2 ka wanita lemah ka,,di peristiwa bukit kepong ada kanak2 yg terbunuh,wanita terbunuh,,selepas tu plak di bakar plak,,perjuangkah apa yg di lakukan
Agaknya arwah bapak bapak aku dulu jahiliah lah agaknya pada pandangan dia???? bapak aku lah salah sorg yg menentang komunis dan yg menghantar aku belajar ilmu dunia dan akhirat...org jahiliah ke tu? org jahiliah ke yg memerintah negara skrg ni? yg memberi aku/kami/kau tanah untuk meneruskan hidup dgn selesa skrg ni>?
Ulamak bongok buat cerita separuh separuh. Agaknya dia tau orang PAS tak baca buku.
Nabi tak ganggu orang. Asal puncanya orang jahiliyah Mekah masih ganggu dia lagi. Takkan dia nak biarkan kerana ini jadi masalah yang berterusan.
Oleh kerana beliau pandai maka beliau pergi terus kepada puncanya.
Begitu juga dalam hal Malaysia. Kita mesti hapuskan punca yang menjahanam dan memecah belahkan orang Islam iaitu PAS. Wajib!
Post a Comment