Monday, January 30, 2012

Cuba Teka Premis Apa Yang Beroperasi Dihadapan Pejabat Ahli Parlimen PAS Hulu Langat...




Mini market? Salah...!

Kedai peralatan logam aka hardware? Salah...!

Kedai gunting? Salah....!

Pusat Tuisyen? Lagilah salah...!

Kalau rakan-rakan pembaca sekalian mahu tahu....premis berkenaan ialah pusat perjudian yang berselindung disebalik nama kafe siber.

Premis judi berkenaan terletak dikawasan Prima Saujana Kajang yang majoriti penduduknya Melayu dan kedudukannya pula berhadapan dengan pejabat Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Dr Che Rosli Che Mat.

Pernah beberapa kali diserbu pihak berkuasa...tapi selepas serbuan dilakukan, pusat perjudian tersebut akan beroperasi semula sepertii biasa. Seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.

Bahkan pemilik pusat perjudian tersebut kini semakin berani apabila meletakkan pula wanita-wanita yang agak bergetah dan seksi dihadapan premisnya. Tujuannya adalah untuk memujuk orang ramai yang lalu lalang memasuki premis berkenaan bagi tujuan berjudi. 

Nampaknya strategi tersebut menjadi kerana jumlah pengunjung yang berjudi dipremis berkenaan semakin meningkat jumlahnya dari masa kesemasa. Dan majoritinya adalah Melayu.

Jika beginilah keadaannya, tak mustahil dalam waktu terdekat pemilik premis judi berkenaan akan mengembangkan perniagaannya kepada menyediakan khidmat pelacuran pula.  

Mengapa Dr Che Rosli Che Mat tidak mahu mengambil tindakan tegas keatas pusat perjudian yang terletak dihadapan pejabat beliau? Wallahhu a'lam. Itu kena tanya pada beliau sendiri.

Mengapa pihak MPKj juga tidak mengambil tindakan tegas dengan menyita dan seterusnya memotong bekalan elektrik dan air kedalam premis berkenaan? wallahu a'lam...itu pun Horas! tak mampu jawab. Kenalah tanya pada Ahli Majlis Pakatan Haprak di MPKj atau pun tanya Ronnie Liu sendiri.

Cuma yang Horas! pelik, mengapa sejak kebelakangan ini pusat-pusat maksiat yang boleh merosakkan moral dan akhlak semakin galak beroperasi dikawasan yang diwakili oleh wakil rakyat dari PAS? Adakah ini perancangan jahat DAP yang tujuannya ialah untuk merosak serta meruntuhkan akhlak remaja dan pemuda-pemuda Islam?

Horas! bukan menuduh tanpa bukti. Lihat saja dikawasan yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, disitu juga wujud pusat pelacuran yang aktif beroperasi. 

Bahkan lebih dari itu...tidak jauh dari pejabat Nik Aziz yang menjadi Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan sendiri pun ada pusat yang menawarkan perlbagai aktiviti maksiat. Klik disini.

Mengapa agaknya?





5 comments:

Anonymous said...

totok PAS nih kalau kuman duduk nun kat ujung dunia depa nampak. Tapi babi yang mencangkung depan mata depa buat2 buta. Rosak sungguh!

Anonymous said...

PAS sekrg mesra rakyat dan maksiat. Takpeee....

PAS lupa selama ni periuk nasinya adalah Melayu Islam. La ni golongan ini dah tak penting bg PAS. Tapi tunggulah...

PAS is DEAD.

Mamak RIM said...

Passik betul PAS Pis Puss nih..

Anonymous said...

Inilah takrif sebenar Selangor Maju Sejahtera dan Berkebajikan...

Bekas Pemuda PAS said...

”Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [TMQ Al-Maaidah (5) : 90].

Bagi seorang Muslim adalah menjadi kewajiban baginya untuk memastikan dirinya, sama ada pemikiran mahupun perasaannya tunduk kepada hukum syara’. Dari Abdullah ibn Amru ibn Al-Ash ra berkata bahawa telah bersabda Rasulullah SAW,

“ Tidaklah beriman seseorang kamu sehinggalah hawa nafsunya mengikuti apa yang dibawa olehku (Islam)” [hadith hasan sahih lihat dalam hadith 40 Imam Nawawi].