Dalam rakaman video mahasiswa-mahasiswa kayu yang merusuh di UPSI tempoh hari, apa yang Horas! perasan ada diantara mereka yang menjerit-menjerit memberi amaran agar anggota polis yang terlibat mengawal keadaan tidak menyentuh mereka.
Jangan sentuh student!...Jangan sentuh student!...Jangan sentuh student!....
Itulah perkataan yang mereka jerit dan pekik-pekikkan.
Pada mereka, jika bergelar mahasiswa, mereka bebas melakukan apa saja hatta hingga kepada perbuatan yang melanggar undang-undang sekalipun. Mereka fikir mereka kebal daripada undang-undang hanya kerana mereka bergelar mahasiswa.
Mereka buat-buat pekak malah mengejek-ngejek bila pihak polis memberi amaran akan menahan mereka sekiranya mereka masih berdegil dan tidak mahu bersurai.
Lebih dari itu...mereka maki hamun dan cabar pula pihak polis agar menahan mereka.
Bila pihak polis bertindak menahan mereka, mereka tidak berikan kerjasama dan cuba melawan dengan kekerasan. Mereka menggelupur dan meronta-ronta mahu melepaskan diri.
Persoalannya, bolehkah anggota polis yang menjalankan tugas berkenaan melakukan kekasaran terhadap mereka?
Ini jawapannya....
Kepada mahasiswa mengaku bijak tapi sebenarnya adalah bangang tahap cipan yang merusuh dan ditangkap tempohari, dibawah ini Horas! kongsikan dengan anda semua apa yang ditulis oleh The Malaysian BAR dalam BUKU MERAH : Polis Dan Hak-Hak Asas Anda.
Dalam tajuk yang ke 4 PENAHANAN OLEH POLIS perkara 4.2 dinyatakan, Anggota polis mempunyai hak untuk menggunakan kekasaran yang munasabah sekiranya anda melawan.
Dalam rakaman video rusuhan di UPSI tempohari jelas menunjukkan bahawa mahasiswa-mahasiswa terlibat melawan, menggelupur dan meronta-ronta ketika cuba ditahan oleh pihak polis.
Jadi salahkah pihak polis jika menggunakan sedikit kekasaran (kalau ada) dalam hal tersebut?
Kepada mahasiswa-mahasiswa kayu tapi mengaku bijak yang merusuh tempohari, tak payahlah merintih sedih dan pilu mengadu kononnya anda dikasari oleh pihak polis walaupun hakikatnya pihak polis masih lagi berhemah dan tidak menggunakan sebarang kekasaran menangani perbuatan melanggar undang-undang serta sikap degil anda semua.
Dan kalau ada pun sedikit kekasaran yang berlaku...terimalah kakikat bahawa anda semua memang layak untuk menerimanya.
Anda semua beruntung kerana masih diayan dengan baik oleh PDRM. Jika disesetengah negara lain, mungkin nasib anda tidak sebaik itu. Silap-silap anda semua boleh keluar tahi hijau dibalun dan dipijak-pijak.
Horas!: Sudah lama bosan dengan politik kotor dan penuh penipuan Pakatan Haprak dan konco-konco upahan mereka.
Horas!: Sudah lama bosan dengan politik kotor dan penuh penipuan Pakatan Haprak dan konco-konco upahan mereka.
3 comments:
Good job, bro..
terima kasih coz kongsikan info ni horas...
Apa kerajaan buat untuk bendung perkara macam ni?Tak ade?Hanya amaran dan amaran.Najib tak de telor nak ambil tindakan sbb takut populariti merudum. Tak de beza Najib dan Tun Dol.Eloklah BN digulingkan sebab dua PM lemah berturut-turut.
Post a Comment