Monday, January 9, 2012

PAS Gunakan Blogger Yang Diragui Akidahnya Untuk Aibkan & Serang Dr Hasan Ali.


Matlamat tidak menghalalkan cara.

Tapi nampaknya itu tiada dalam kamus politik PAS yang kononnya memperjuangkan Islam. Bagi PAS, asalkan boleh memberikan keuntungan politik...semuanya menjadi halal.

Tambahan pula PAS tengah terdesak sekarang ini...lagilah semuanya menjadi halal berganda-ganda.

Cuba baca apa yang Blogger Tukartiub tulis mengenai Hasan Ali ini. Horas! yakin tujuannya adalah semata-mata untuk mengaib, memalukan dan membunuh karakter Dr Hasan Ali yang kini sudah dianggap sebagai musuh oleh PAS dan parti sekutunya.
"yang paling rugi apabila
hasan ali di pecat ialah
akhbar harakah
ini kerana hasan ali telah
meminjam 400,000 ringgit
dari harakah untuk bayar hutang  
duit ini diambil ketika hasan ali baru masuk pas
ketika menjadi tim penerangan dan menjaga harakah  
yang akan frus menonggeng
ialah tuan punya syarikat syabas
tuan syarikat air inilah yang menjadi sponsor hasan ali
dengan harapan hasan ali jadi mb selangor  
yang frus macam nak gila ialah gerombolan
kerana tukang kacau dalam kerajaan selangor
telah diketepikan diketepikan"
Rakan-rakan pembaca sekalian nilailah sendiri betapa busuknya cara politik PAS. Makhluk macam blogger ini (Horas! tak lalu mahu menyebut namanya) pun PAS sanggup gunakan untuk menyerang rakan yang pernah berjuang bermati-matian untuk mereka.

Habis hilang dan dinafikan segala jasa-jasa Dr Hasan Ali yang selama ini bertungkus lumus dan bermati-matian menjaga serta memartabatkan agama Islam di Selangor hanya semata-mata kerana dia mengkritik kepimpinan  PKR.

Klik disini dan rakan-rakan pembaca nilailah sendiri bagaimana akidah Tukartiub.




1 comment:

Anonymous said...

siapa hishamudin rais ni kalo nk dibandingkan dgn hasan ali? hakpuihhhh!!...