Thursday, January 12, 2012

UMNO Parti Politik Yang Paling Hebat Perancangan Konspirasi Jahatnya Di Dunia.



Memang berat nak diakui, tapi sama ada suka atau tidak hakikat ini terpaksa diterima. Janganlah mana-mana ahli atau pun pemimpin UMNO cuba nak nafikan. Begitu juga dengan blogger-blogger pro UMNO...janganlah sesekali mahu menafikan akan kebenaran perkara ini.

Bukan sekali dua Pakatan Rakyat, baik PAS, PKR mahu pun DAP menjadi mangsa konspirasi politik kotor UMNO ini...tapi dah banyak kali.

Horas! bukan bercakap kosong melainkan dengan bukti-bukti yang ada...yang Horas! kumpul selama ini.

Berikut adalah antara konspirasi-konspirasi besar yang telah dirancang dan berjaya dilaksanakan oleh UMNO. Kalau Horas! mahu menulis kesemuanya...nescaya akan mengambil masa 7 hari 7 malam untuk disiapkan.

Mat Sabu Ditangkap Basah.
UMNO telah berkonspirasi dengan buasir Mat Sabu dan berjaya mengarahkan agar buasir berkenaan menjadi semakin melarat dan sakit. Ini menyebabkan Mat Sabu terpaksa memanggil Normah menghantarkan ubat buasir kebilik hotel tempat beliau menginap.

Hasilnya...Mat Sabu telah ditahan oleh sepasukan penguatkuasa agama atas kesalahan berkhalwat dengan isteri orang.

Kes Liwat Anwar Ibrahim
UMNO telah berkonspirasi dengan 'burung' Anwar dan berjaya mengarahkan 'burung' tersebut meliwat dubur lelaki. Bukan sekali, tapi berkali-kali dan melibatkan banyak mangsa.

Hasilnya...Anwar terpaksa menghadapi tempoh perbicaraan yang panjang dimahkamah, walaupun kemudiannya didapati tidak bersalah dan dibebaskan atas sebab-sebab teknikal.

Anwar Menutuh Pelacur
UMNO yang masih tidak berpuashati, dengan niat jahat lagi sekali telah berkonspirasi dengan 'burung' Anwar dan kali ini berjaya pula mengarahkan 'burung' tersebut menutuh seorang chinadoll dengan pelbagai posisi.

Hasilnya...aksi menutuh dengan pelbagai posisi tersebut telah berjaya dirakamkan dan moral serta akhlak Anwar telah dipertikaikan dan diragui oleh banyak pihak hingga kini.


Jam Omega
UMNO telah berkonspirasi dengan jam tangan Omega milik Anwar dan berjaya mengarahkan jam tersebut menyembunyikan dirinya didalam rumah Anwar sendiri.

Hasilnya...baik Wan Azizah mahupun Anwar sehingga kini masih gagal menunjukkan jam berkenaan kepada umum walaupun telah diminta untuk berbuat demikian oleh banyak pihak.

Kedua-duanya sekadar mampu mengatakan bahawa jam tangan berkenaan masih berada didalam simpanan mereka.

Rasuah 65K
UMNO telah berkonspirasi dengan hati TG Nik Aziz dan berjaya membolak-balikkan hati TG Nik Aziz sehinggakan Mursyidul Am PAS itu hampir-hampr saja menerima rasuah menunaikan umrah dengan pakej mewah bernilai RM65,000.

Hasilnya...TG Nik Aziz yang sudah kemalu-maluan kelam kabut dan lintang pukang membersihkan dirinya yang selama ini nampak zuhud dan serta menolak kemewahan.


Anak Lim Guan Eng Meraba Payudara
UMNO telah berjaya berkonspirasi dengan tangan milik anak lelaki Lim Guan Eng dan berjaya mengarahkan tangan berkenaan meramas 'nenen' seorang remaja perempuan.

Imej suci dan murni KM Pulau Pinang yang dianugerahkan dengan gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz oleh PAS itu benar-benar tercalar akibat insiden meraba  tersebut.

Hasilnya...Lim Guan Eng amat tertekan dengan kejadian itu dan terpaksa membayar gantirugi berjumlah ratusan ribu ringgit kepada keluarga remaja perempuan berkenaan sebagai bayaran tutup mulut.


Krisis Kepimpinan PAS
UMNO telah berjaya berkonspirasi dengan lidah Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib dan berjaya mengarahkan lidah beliau membuat pengumuman bahawa PAS tidak akan mencalonkan Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasha dalam PRU13 yang akan datang.

Hasilnya...berlaku kekecohan dan kemelut dalam kepimpinan PAS yang akhirnya menyebabkan Dr Hasan Ali telah dipecat keahliannya oleh PAS.

Kemudian untuk cover line, UMNO menuduh semua yang berlaku adalah gara-gara PAS terlalu menurut kemahuan PKR dan DAP.

Oh ya! Jangan lupa...UMNO juga telah berkonpirasi dengan kain batik yang dipakai oleh Elizabeth Wong dan berjaya mengarahkan kain batik tersebut tersingkap sewaktu wanita tersebut sedang lena tidur dengan cermin matanya.

Hasilnya...lelaki yang juga ahli PKR yang bersekedudukan dengan Elizabeth Wong telah berjaya merakamkan 'benda buruk' dan 'berserabut' yang terselindung disebalik kain tersebut dan menyebarkannya diinternet.


Masih tak percaya bahawa isu-isu yang berlaku diatas adalah hasil konspirasi UMNO? 

Cubalah tanya pada totok-totok dan jumud Pakatan Rakyat yang anda kenali...mereka pasti akan mengiyakannya selain yakin dan percaya dengan sepenuh hati bahawa kejadian-kejadian diatas berlaku hasil konspirasi politik jahat UMNO.




3 comments:

Anonymous said...

perghhhh! umno mmg hebat,muahahahaha.

Anonymous said...

kahkahkah! Mantap! Hebat dan jahatnya umno!

Anonymous said...

ini semua salah umno...

hehehehheee.....macam pernah aku dengar tapi dimana yee...