Sungguh Horas! terkejut apabila menerima berita yang memaklumkan 5 sahabat Horas! terlibat dalam satu kemalangan ngeri di Putrajaya sekitar jam 5.30 petang semalam.
Kemalangan tersebut berlaku ketika kelima-lima mereka dalam perjalanan pulang dari KLIA menuju ke Kajang selepas menghantar Saudara Al-Dita Aladin yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat yang bakal menunaikan umrah.
Bertambah terkedu apabila diberitahu 2 daripada mereka terkorban, seorang cedera parah dan berada didalam keadaan kritikal, manakala 2 orang lagi masing-masing patah kaki dan bahu.
Estima milik Ahmad Zarani yang dipandu oleh Md Yazid@Atan dikatakan terbabas menyebabkan sisi sebelah kanan kenderaan tersebut merempuh sebatang tiang lampu ditempat kejadian.
Tiga sahabat Horas! yang duduk dibahagian belakang tercampak keluar.

Yang terkorban ialah Khairul Isham Janarudin, Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat dan Saifuddin Kandar, AJK Pemuda Bahagian.
Yang cedera ialah Ahmad Zarani - SU Pemuda UMNO Bahagian, Md Yazid Ghazali (Atan) - Ketua UMNO Cawangan Caw Taming Impian dan Mohd Razif - Ketua Pemuda Kantan Permai.
Yang cedera ialah Ahmad Zarani - SU Pemuda UMNO Bahagian, Md Yazid Ghazali (Atan) - Ketua UMNO Cawangan Caw Taming Impian dan Mohd Razif - Ketua Pemuda Kantan Permai.
Mohd Razif dilaporkan berada didalam keadaan kritikal
Sebaik menerima berita berkenaan Horas! terus berkejar ke Hospital Serdang apabila dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa jenazah yang terkorban telah dibawa kehospital berkenaan.
Sebahagian lagi rakan-rakan bergegas kehospital Putrajaya...tempat mereka yang cedera dirawat.
Ketika Horas! sampai diperkarangan bilik mayat Hospital Serdang, kedua-dua jenazah masih berada didalam landrover polis, menunggu untuk proses pengecaman oleh keluarga masing-masing.
Horas! tidak dapat menahan air mata. Sebak benar rasanya bila melihat 2 orang anak lelaki Allahyarham Saifuddin yang masih kecil menangis kesedihan ketika ibu mereka membuat pengecaman keatas jenazah bapa mereka.
YB Ketua Bahagian, Datuk Hj Johan yang turut berada disitu juga Horas! lihat tidak dapat menahan kesedihan. Bergenang air mata beliau ketika mengusap kepala anak-anak Allahyarham Saifuddin.
YB Ketua Bahagian, Datuk Hj Johan yang turut berada disitu juga Horas! lihat tidak dapat menahan kesedihan. Bergenang air mata beliau ketika mengusap kepala anak-anak Allahyarham Saifuddin.
Begitu juga keadaannya apabila melihat isteri Allahyarham Khairul Isham yang sedang sarat mengandung tujuh bulan anak mereka yang kelima tersedu sedan menangis ketika membuat pengecaman keatas jenazah suaminya.
Jenazah kedua-dua mereka dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Hospital Serdang sebaik sahaja proses bedah siasat selesai dijalankan.
Jenazah Allahyarham Khairul Isham kemudiannya dibawa kerumah keluarga di Sungai Sekamat, Kajang, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat sekitar jam 12.30 malam tadi.
Manakala jenazah Allahyarham Saifuddin pula dibawa kerumah keluarga di Paroi, Seremban dan dijangka akan dikebumikan pukul 9.00 pagi ini.
Terima kasih kepada Datuk Johan yang dari awal hingga akhir bertungkus lumus mengurus dan berusaha mempermudahkan segala hal berkaitan hingga jenazah dua sahabat Horas! itu dapat dituntut dan dibawa keluar oleh waris masing-masing dari hospital dalam jangkamasa yang singkat.

Pada dua sahabat Horas! - Kerol dan Din Ceria - Bersemadilah dengan tenang disana.
Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan kasih sayangNya keatas roh kedua mereka.....
Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan kasih sayangNya keatas roh kedua mereka.....
Allahyarham Khairul Isham Janarudin
Allahyarham Saifuddin Kandar
Juga sama-sama kita doakan agar yang mengalami kecederaan cepat sembuh.....
Saudara Mohd Razif
Saudara Ahmad Zarani
Saudara Md Yazid Ghazali (Atan)
5 comments:
alfatihah. smoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan yg amat berat ini.
mudah-mudahan dicucuri rahmat ke atas roh mereka yang telah pergi..alFatihah
kerol... al-fatihah untukmu...
perjuanganmu akan ku teruskan..
Al-Fatihah
alfatihah utk allahyarham khairul dan allahyarham din.
Post a Comment