Monday, March 7, 2011

Alahai Nik Aziz, Terimalah Qada Dan Qadar.




Cakap pasal Islam bukan main berdegar-degar lagi puak-puak PAS ni. Cukup dengan segala hujah dan dalil-dalilnya. Kononnya parti diaorang lah yang mengamalkan Islam yang sebenar-benarnya. UMNO dituduh menolak Islam, jahil, munafik, malah hingga ketahap kafir.

Tapi sebenarnya itu semua cuma dimulut pak-pak lebai PAS saja. Perjuangan Islam yang mereka war-warkan tak lebih dari sekadar untuk menarik perhatian rakyat agar memberi sokongan. Hasilnya rakyat dikelentong hidup-hidup oleh PAS.

Lihat saja apabila kalah di PRK Kerdau dan Merlimau baru-baru ni, Nik Aziz yang disanjung dan diangkat oleh puak-puak PAS sebagai ulamak yang serba sempurna sendiri tidak dapat menerima qada dan qadar yang telah ditetapkan Allah SWT.

Nik Aziz menggila buat tohmahan kononnya UMNO membelakangkan sistem demokrasi. Masa bila pulak UMNO membelakangkan demokrasi di Kerdau dan Merlimau? Bukankah proses pengundian berjalan dengan lancar?

Tak ada langsung kita dengar timbul isu atau kes ada pengundi atau pak-pak lebai penyokong parti 'Isle' yang dikepung dan tak dibenarkan pergi membuang undi oleh jentera pilihanraya UMNO. Penduduk yang layak membuang undi terjamin haknya seratus peratus semasa PRK Kerdau dan Merlimau. Jadi dimana yang tak demokrasinya macam yang didakwa oleh wali selipar?

Malah Nik Aziz hanya menampakkan sikap bodoh-bodoh alang dan kebudak-budakannya apabila memberi contoh seorang penyokong UMNO peringkat cawangan yang masuk PAS tapi selepas tu tiba-tiba masuk ke UMNO balik sebagai contoh tiadanya demokrasi.

Apa punya sengal lah Nik Aziz, bukankah itu tandanya demokrasi diamalkan dengan bebas?Mamat tu boleh masuk mana-mana parti yang dia suka tanpa sebarang sekatan atau halangan?

UMNO tak ada hal pun, malah menghormati hak mamat tu nak masuk PAS. Tapi mengapa menjadi isu besar pulak kepada Nik Aziz dan PAS bila mamat tu berpatah balik ke UMNO? Bukankah itu menunjukkan Nik Aziz sendiri yang membelakangkan demokrasi?

Sepatutnya Nik Aziz muhassabah lah diri sendiri terlebih dahulu. Kaji mengapa PAS ditolak oleh para pengundi. Bukannya merapu dan merepek tak tentu arah menyalahkan pihak lain. Sedangkan kelemahan PAS yang berlonggok dan berkepuk didepan mata sendiri dinafi dan disembunyikan.

Belajarlah untuk menerima hakikat bahawa rakyat dah muak dengan sikap buruk PAS yang sekadar pandai menabur janji hanya dalam pilihanraya. Belajar jugalah untuk menerima hakikat bahawa semakin jelas dimata rakyat bahawa PAS hanya mempergunakan agama untuk mendapatkan kuasa politik.

Dan yang paling penting, belajarlah untuk menerima qada dan qadar Allah SWT.


No comments: