Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memperkenal dan melancarkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang bakal membolehkan golongan muda berpendapatan dibawah RM3,000 memiliki rumah sendiri.
Jika dulu golongan muda yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri pening kepala nak menyediakan 10% wang pendahuluan jika berhasrat nak beli rumah sendiri, sekarang dah tak perlu pening-pening dan sakit kepala lagi.
Dalam skim SRP tersebut, tiada lagi keperluan untuk membayar deposit sebanyak 10%. Pinjaman akan diberi 100% dan mereka-mereka yang layak boleh memiliki rumah idaman yang berharga dari RM100,000 hingga RM250,000.
Jadi duit pendahuluan sebanyak RM10,000 hingga RM25,000 yang sepatutnnya disediakan untuk jadi deposit tu bolehlah digunakan untuk tujuan atau keperluan lain. Bukankah ini menguntungkan golongan muda?
Nak harap Pakatan Rakyat buat benda-benda macam tu, kirim salam saja lah. Kalau boleh semua yang memberi kelebihan kepada Melayu pun nak dihapuskan.
Buktinya, di Selangor kuota istimewa orang Melayu untuk membeli rumah pun dah ada yang pertikai dan mintak dimansuhkan..disini.
Baru bagi air percuma 20m padu yang tak semua rakyat dapat tu pun dah riuh rendah berkokok dan mendabik dada. Itu pun kosnya kerajaan negeri dah tak mampu nak bayar kat SYABAS. Sudahnya hutang bertimbun.
Lagi pun rakyat dari golongan muda lebih memerlukan rumah milik sendiri berbanding 20m padu air percuma. Bagaimana golongan muda nak merancang masa depan kalau rumah pun tak mampu nak beli?
Takkan memadai nak berkahwin, berkeluarga dan beranak pinak ditepi tong berisi 20m padu air. Boleh ke?
Kerajaan BN sentiasa prihatin dengan nasib golongan muda dan dengan skim yang disediakan ini diharap golongan tersebut lebih ramai, terutamanya dari kalangan muda Melayu yang akan mampu untuk memiliki rumah kediaman sendiri.
Syabas BN...syabas UMNO....!
No comments:
Post a Comment