Tuesday, March 1, 2011

Bukti Wali PAS Dah Makin Nyanyuk.


Wali cap bulan kesayangan PAS ni dah makin kacau fikirannya. Makin teruk apabila semenjak kebelakangan ni apa saja yang keluar dari mulutnya pasti akan jadi bahan ketawa. Terpaksa lah puak-puak PAS kelam kabut dan konar baring nak cover balik apa yang dah keluar dari mulut Nik Aziz.

Terkini, Nik Aziz dengan bangganya mengumumkan bahawa kerajaan PAS Kelantan yang dah dipimpinnya selama hampir 20 tahun telah berjaya membangunkan rakyat dan negeri Kelantan. Kononnya pulak, kejayaan yang dikecapi di Kelantan tu tak berlaku di negeri-negeri lain melainkan di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Kiranya kemajuan dan kehebatan yang dikecapi tu belaku di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat je la. Negeri-negeri yang ditadbir UMNO atau BN kira haprak, mundur dan tak maju belaka la kot.

Kejayaan yang dikecapi itu kata Nik Aziz lagi adalah disebabkan mengamalkan dasar pentadbiran Islam. Tak apa lah kalau dia nak kata macam tu. Mungkin di Kelantan dan Kedah ciri-ciri pentadbiran Islam tu mungkin ada sikit-sikit.

Tapi di Selangor dan Pulau Pinang ada jugak ke diguna pakai dasar-dasar pentadbiran Islam wahai Nik Aziz oiiii!? Takkan tindakan kerajaan yang membenarkan arak dijual dikawasan majoriti penduduknya beragama Islam tu berdasarkan ciri-ciri pentadbiran Islam?

Takkan sikap tutup mata KERAjaan Selangor pada rumah urut, spa dan pusat hiburan yang ada macam-macam maksiat didalamnya tu pun nak dikatakan berdasarkan ciri-ciri pentadbiran Islam jugak.

Tu belum dikira perbuatan KERAjaan Pulau Pinang yang menindas orang Melayu di sana.

Di negeri Serambi Mekah pun macam-macam ada. Ada judi, ada arak, ada sabung ayam, ada aktiviti pelacuran, aktiviti homoseks dan entah apa-apa lagi perbuatan yang dilarang agama.

Masalah air paip kotor pun tak terselesaikan sampai sekarang lagi mau cakap banyak. Jangan tak tau, nak mendapatkan secawan air teh saja yang cukup mudah di Kelantan. Bagaimana caranya? Ambil sebiji cawan, buka paip air dan tadah. Tarraaaaaa!!!.. Anda dah pun dapat secawan teh. Kalau nak sejuk, tambah jer ais.

Itu pun Nik Aziz masih tak malu nak mengaku kononnya PAS Kelantan melaksanakan pemerintahan berteraskan prinsip ubudiah (keyakinan pada Tuhan), mas'uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik mengikut kehendak syariat).

Tu belum lagi ditengok pulak tahap kekotoran di Kelantan. Sampah yang berlangau dan busuk berlonggok disana sini. Tanda-tandas awam termasuk la sekali tandas masjid punya la kotor. Kalau dah betul-betul terdesak je boleh masuk.

Kalau terdesak sikit-sikit, elok la elakkan. Silap-silap boleh keluar muntah hijau ala-ala warna bendera PAS. Khakkkkk Tuiiihhhhh!

Nik Aziz patut tengok apa kemajuan dan pembangunan yang dia dan parti dia dah buat kat Kelantan. Takkan la setakat ada sebijik dua TESCO dah dikata maju. Takkan bila dapat bina sebijik Bazar Tok Guru@ Bazar Gesel-Gesel dah dikatakan membangun.

Sedangkan warga Kelantan ramai yang terpaksa berhijrah kenegeri-negeri lain untuk mencari peluang pekerjaan. Mereka berhijrah pasal diKelantan sumber pekerjaan yang boleh dijadikan punca pendapatan amat terhad.

Sepatutnya sebelum Wali mereka mula nak bukak mulut, penasihat-penasihatnya bagi tau apa yang boleh dicakap dan apa yang tak boleh dicakap. Jadi tak ada la orang tua tu merapu tak tentu arah dan cakap ikut sedap mulut dia je.

No comments: