Setelah sekian lama dicaci hina, difitnah dan dilemparkan dengan bermacam-macam nista, akhirnya Umi Hafilda bangkit mendedahkan segala-galanya. Aktiviti seks haram Anwar Ibrahim telah didedahkan dengan berani oleh beliau.
Kisah Azmin yang hanya menutup mata dan sanggup isterinya dikongsikan dengan Anwar Ibrahim sebenarnya bukanlah satu rahsia lagi. Asalkan terus diberi pangkat dan kuasa oleh Anwar, Azmin rela.
Perlakuan Anwar dan Azmin benar-benar jijik dan memualkan.
Walaupun pendedahan tersebut melibatkan abang beliau sendiri, Umi Hafilda sudah nekad. Anwar Ibrahim dan Azmin harus dan wajar diberi pengajaran. Tindak tanduk mereka berdua yang berterusan cuba memporak peranda dan menjahanamkan negara perlu dihentikan segera.
Umi Hafilda patut dipuji. Beliau meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi kepentingan hubungan kekeluargaannya dengan Azmin.
Penyokong-penyokong totok PKR yang buta mata dan hati bukan main marah lagi dengan pendedahan tersebut. Tak henti-henti mulut mereka meggelarkan Umi Hafilda sebagai pelacur, jalang dan perempuan murah.
Pak lebai penyokong PAS yang nampak alim dan warak pun sama. Caci hina dan nista mengatakan Umi Hafilda jalang, pelacur dan perempuan murah tak sedar diri sudah jadi seperti zikir harian yang wajib untuk lidah mereka.
Mereka tak dapat menerima hakikat betapa buruknya moral dan akhlak pemimpin agung kesayangan mereka.
Yang peliknya, ketika penyokong Pakatan Rakyat mengamuk sakan, mengapa pula Anwar dan Azmin hanya berdiam diri tanpa sebarang penafian dan tindakan? Bukankah itu wajar dijadikan persoalan jika kita berfikiran waras?
Malah baru-baru ini, Anwar tergesa-gesa mengubah tarikh ceramah poltiknya untuk PRK Merlimau kehari lain. Beliau berbuat demikian semata-mata kerana untuk mengelak dan takut bertembung dengan Umi Hafilda yang kebetulan mengadakan ceramah pada hari yang sama.
Mengapa Anwar perlu takut dengan Umi Hafilda kalau yakin dia berada di pihak yang benar?
Tambahan pulak Anwar memang terkenal dengan tindakannya yang suka menyaman sesiapa saja yang kononnya memfitnah beliau. Sikit-sikit saman...sikit-sikit saman. Tapi dengan Umi Hafilda, mengapa Anwar jadi mati akal dan menikus? Jangan kata saman...nak nafikan pun tak berani.
Kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi-pengundi atas pagar yang berhajat nak mengundi Pakatan Rakyat di PRK Merlimau, PRK Kerdau mahupun pada PRU13 akan datang, mari kita sama-sama lihat video dibawah. Kita nilai siapa Anwar Ibrahim dan Azmin Ali sebenarnya.
No comments:
Post a Comment