Monday, February 28, 2011

PR Selangor : Hasan Ali Bakal Disingkir Daripada Barisan Exco Negeri?


Itulah khabar angin dan desas desus yang sedang hangat diperkatakan kini. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid @ Sahak Gobek dikatakan bakal menyingkirkan Hasan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor daripada barisan exco Selangor.

PKR pula dalam usahanya untuk menjaga hubungan baik dengan DAP pasti tidak kisah jika Hasan Ali terpaksa dijadikan korban. Ada yang mengatakan bahawa usaha untuk menyingkirkan Hasan Ali ini telah lama dirancang oleh DAP.

Rasa tidak puas hati kepada exco Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu sudah lama dipendam oleh pemimpin-pemimpin DAP di Selangor, terutamanya oleh Ronnie Liu.

Ini berikutan tindakan Hasan Ali yang yang sering mempertikai serta tidak akur kepada keputusan-keputusan yang telah ditetapkan oleh DAP dalam urusan pentadbiran negeri Selangor,termasuklah yang berkaitan dengan urusan umat Islam.

Kasihan juga pada Hasan Ali. Dia tersepit untuk membuat pilihan diantara kebenaran dan kuasa politik. Ditelan mati emak, diluah mati bapak pulak.

Sedangkan dari hari kesehari, hak dan kuasa beliau selaku exco yang terlibat menjaga Hal Ehwal agama Islam seringkali diperlekeh.

Beliau hanya mampu ternganga dan terkelip-kelip mata apabila kerajaan negeri membenarkan arak dijual dikawasan yang diduduki oleh majoriti Islam.

Beliau juga hanya mampu tertunduk dan tersipu malu apabila melihat, pusat hiburan, spa, rumah urut haram dan pelbagai lagi pusat-pusat maksiat tumbuh subur dan berkembang biak di Selangor.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahan nasib Hasan Ali dalam arena politik di Selangor. Dalam dok Hasan Ali tengah pening tu, tak mustahil ada dari kalangan teman-teman seperjuangannya sendiri yang sudah berangan-angan bakal mengantikan tempatnya apabila dia disingkirkan kelak..

(kredit kepada Utusan Malaysia)

No comments: