Pada yang masih tak tau atau tak berapa pasti, IFC (Inter Faith Commission) berasal dari IRC ( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang diusahakan untuk menjadi sebagai sebuah badan berkanun.
Melalui sokongan Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, pada 21hb Ogos 2001, Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh telah menghantar memorandum penubuhan IFC kepada Majlis Peguam Negara.
Orang kuat disebalik IFC ialah Ambiga Sreevenasan (gambar bawah), bekas presiden Majlis Peguam. Ambiga juga membawa 'perjuangannya' hingga keperingkat PBB dengan harapan IFC menjadi pemantau mengenai pluralisme bagi pihak PBB di Malaysia.
Matlamat penubuhan IFC adalah untuk membolehkan mereka meminda dan mencampuri urusan umat Islam yang telah sekian lama dipraktik dan diamalkan di negara ini. Selain itu mereka mahu menjadikan agama Islam yang menjadi agama rasmi disamakan kedudukannya dengan agama-agama lain. 14 perkara yang dituntut IFC adalah:-
1 Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi 0rang Islam.
2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Inilah tuntutan merbahaya yang dibuat oleh IFC. Anda setuju jika anak anda yang baru lahir tidak terus menjadi Islam, walaupun kedua ibubapanya beragama Islam..??
Anda setuju jika seorang Islam diberi kebebasan seluas-luasnya untuk menukar agama..??Anda setuju jika status agama anda sebagai Islam didalam kad pengenalan dihapuskan..??
Anda setuju jika ada dikalangan ahli keluarga anda diberi kebenaran untuk murtad jika berkahwin dengan pasangannya yang bukan Islam..?? Sebagai seorang yang beragama Islam...adakah anda setuju dengan kesemua tuntutan IFC tersebut..??
IFC mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin politik didalam Pakatan Rakyat. Antara yang dikatakan menjadi dalang utama dalam memberi sokongan kuat dan tidak berbelah bahagi mereka ialah Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), Ronnie Liu (Pemimpin DAP yang juga ahli EXCO Selangor), Sivarasa a/l Rasiah (Naib Presiden PKR), Elizibeth Wong (Pemimpin Wanita PKR yang juga ahli EXCO Selangor). Beberapa NGO yang berpengaruh turut menyokongnya.
Beberapa gerakan melalui program-program IFC yang berselindung disebalik tajuk masalah kemiskinan telah pun dilaksanakan di Selangor. Contohnya seperti yang dianjurkan oleh MP Klang, Charles Santiago (gambar bawah)
ADUN kawasan Kajang dari parti PKR, Lee Kim Sin juga pernah mengadakan program yang serupa. Klik disini.
Semasa BN menguasai negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat (PR), tidak pernah kita dengar tuntutan-tuntutan melampau sebegini. Sewajarnya kita semua berfikir, mengapa kini ada pihak-pihak tertentu yang semakin berani berani masuk campur dalam urusan agama Islam. Sedangkan sebelum ni perkara-perkara sebegitu tidak pernah wujud.
PAS langsung tidak menentang hasrat IFC ini. Malah PAS seolah-olah memberi lampu hijau apabila sanggup menerima intipati perjuangan IFC melalui Konvensyen Pakatan Rakyat, seperti mana yang dikehendaki oleh DAP dan PKR. PAS seolah-olah mahu dilihat lebih liberal dan terbuka oleh rakan-rakannya didalam PR.
Apakah pemimpin-pemimpin dan penyokong PAS yang lain hanya mampu berdiam diri tanpa sebarang bantahan walaupun mereka tahu bahawa apa yang dituntut oleh IFC tersebut jelas akan merosak dan memusnahkan agama Islam di negara ini?
1 comment:
Perasan atau tidak isu ini sebenarnya telah wujud sejak sekian lamanya. Masih ingatkah kita dengan isu Aisyah Buhkari dan Hartina Haji Kamarudin? Adakan ianya berlaku semalam?
Ianya telah berkalu sejak sekian lama. Jangan kita jadikan mereka yang kemudian sebagai kambing untuk menutupi kelemahan dimasa lampau. Cakap memang senang tapi apa kamu telah buat? Tak ada!
Kelemahan pimpinan kita yang menyebabkan mereka ini semakin vokal dan tak hairan dengan etika dan kewarasan berfikir termasuklah kamu.
Post a Comment