Mengapa? Tak percaya? Ini bukan cakap-cakap kosong ok. Nik Aziz suatu masa dulu pernah menyebut tentang perkara ini. Undi PAS 3 kali sama pahalanya dengan menunaikan haji. Perkara ni didedahkan sendiri oleh Ustaz Md Noor Deris. Baca disini.
Untung penyokong dan pengundi-pengundi PAS ye. Kalau nak buat haji, tak payah susah payah kumpul duit dan berhimpit-himpit dengan jutaan umat Islam yang lain di Mekah. Tak perlu tinggalkan anak isteri dan ahli keluarga lama-lama.
Tu semua buang masa, buang duit dan buang karen. Prosedurnya pun macam-macam. Mengapa perlu bersusah payah kalau jalan pintas untuk mendapatkan pahala seperti menunaikan haji dah ada depan mata?
Cukup dengan beratur sekejap dipusat-pusat mengundi yang ada calon PAS bertanding. Pastikan pangkah calon dari parti cap bulan. Istiqomah untuk melaksanakannya sebanyak tiga kali. Nah! pahala menunaikan haji dah pun ada dalam tangan. Mudah kan?
Macam-macam fatwa Nik Aziz dah keluarkan pasal kelebihan-kelebihan yang diperolehi kalau bagi undi kat PAS ni. Pengikut tegar pulak terima saja semuanya bulat-bulat tanpa dakwa dakwi.
Bagi pengikut-pengikut tegar ni, apa saja yang keluar dari mulut Nik Aziz wajib untuk diimani kerana ianya adalah benar belaka. Tiada yang tak benar melainkan benar-benar belaka.
Lepas ni Rukun Islam boleh la dibuat pengubahsuaian dan penambahan. Kalau sebelum ni Rukun Islam yang kelima ialah menunaikan haji ke Baitullah (Mekah), sekarang dah boleh ditambah menjadi menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) atau mengundi Parti Islam Se-Malaysia sebanyak 3 kali.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Akan timbul diakhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat dari pada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis dari gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).
Nauzubillah! Mintak kita semua dijauhkan dari orang-orang seperti yang dinyatakan hadis diatas.
1 comment:
Bila lagi UMNO nak debat dengan Nik Aziz pasal fatwa-fatwa dia ni. Hantar jer Presiden baru betul Boss UMNO lawan ngan Boss PAS. Kucing kurap cakap sapa nak layan.... Kalau dapat keluar TV lagi bagus. Live 1 Malaysia boleh tengok. Kita tengok sapa betul sapa salah.
Post a Comment