Friday, February 25, 2011

Melayu Di Selangor Bakal Ditindas Lagi?



Pemaju hartanah di Selangor dengan beraninya telah membuat permohonan agar kerajaan negeri melepaskan kuota perumahan untuk Melayu dan bumiputera secara automatik. 

Selama ini, kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO telah meletakkan syarat kepada pemaju agar memberi tempoh selama tiga bulan sebagai ruang untuk pembeli-pembeli Melayu dan bumiputera membeli hartanah yang mereka majukan. 

Sekiranya tempoh tiga bulan itu telah tamat, barulah pemaju boleh memohon pelepasan keatas lot-lot tersebut untuk dibuka dan dijual kepada mana-mana pihak yang berminat untuk memilikinya.

Khabarnya, kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat sedang mengkaji permohonan tersebut. Tidak mustahil cadangan pemaju itu akan diluluskan oleh kerajaan negeri suatu hari nanti.

Kita semua tahu bahawa yang sebenar-benarnya paling berkuasa di Selangor adalah DAP. Oleh itu, permohonan pemaju hartanah di Selangor ini pasti akan menjadi peluang terbaik untuk parti rasis tersebut menghapuskan apa yang telah sekian lama menjadi hak keistimewaan Melayu.

Sekiranya usaha untuk meluluskannya berjaya, maka akan bertambah malang lah nasib Melayu di Selangor. Tiada lagi kuota istimewa untuk mereka dalam memiliki kediaman ataupun hartanah yang lain.

Akibatnya penghijrahan Melayu kekawasan yang dimajukann di bandar-bandar baru akan terhad kerana peluang mereka untuk memiliki hartanah dikawasan tersebut akan direbut oleh kaum-kaum bukan bumiputera, khasnya kaum Cina yang memiliki kuasa beli yang lebih tinggi.

PKR dan PAS pasti tidak akan berani menghalang sekiranya perkara itu benar-benar menjadi kenyatan nanti. Apa lah daya kedua-dua parti tersebut. Sementelah selama ini pun mereka hanya mampu menjadi pak turut yang patuh dan taat mengikut telunjuk DAP.

Secara perlahan-lahan Melayu akhirnya akan dipinggirkan ditanah air mereka sendiri. 

Berbanggakah PKR dan PAS serta penyokong-penyokongnya dengan keadaan tersebut?

2 comments:

Anonymous said...

Tu la..sape suruh pilih PR dulu. Sekarang nasib melayu tader saper nk bela lg dah. Nk harap pas dn PKR bela...mustahil.

Unknown said...

terus terang ckp la,dari dulu sampai sebelum PKR amik alih,BN pegang selangor,OK je..xde masalh pun?yg gatal2 tukar knp?yg sibok pilih org yg asyik nak buat perhimpunan haram tu wat ape?nik aziz tu?da tua kerepot nak memerintah celah bedah mane lagi?dia da tua,org tua semestinya da nyanyok bingai baghal..hamba aku cite bab ni lagi,gi mati la korg,bodoh,org lain sibuk kejar itu ini,yg melayu sibok berpolitik mcm babi menyondol pastu fikiran senang diracuni..oiii korang x sedar ke korg tu bodoh??